skip to main | skip to sidebar

SEDINGIN SALJU

UNTUK MENGISI MASA LAPANG SAHAJA

Isnin, Mei 26, 2008

Berbual dengan dj Neo fm

Dicatat oleh Teddybear Cute di 10:42 PM

Ha, tentu anda semua pernah dengar siaran radio online neo FM kan?  ha, kalau tak pernah dengar sila klik di
sini
untuk mendengar siaran tersebut.
 
    Aku telah berkesempatan berbual dengan dj tersebut.  Sajalah bersembang kosong.  Dan semalam, sambil aku berbual, aku pun dengarlah siaran tersebut.
 
    Aku juga telah sempat mengenali dua orang dj yang bertugas di radio tersebut iaitu dj Apple Durian dan sorang lagi aku tak reti nak eja nama dia.  Dia dok kat europ sana.  Dok belajaklah tu kot.  Ok, selamat belajar.
 
    Siaran Neo FM ni, ke udara 24 jam.  Banyak lagu-lagu yang sedap didengar.  jadi, dengarlah siaran tu.

   

0 ulasan

Sabtu, Mei 24, 2008

Cerita sana-sini versi politik

Dicatat oleh Teddybear Cute di 9:42 PM


Amboi minggu ni hebatlah cerita yang berlaku.


hari Isnin 19 Mei, cuti umum hari wesak. masa cuti-cuti ni, orang dok relax-relax kat rumah. Ada yang pi jalan bawak anak bini atau anak laki. yalah, pi berkelah, pi taman bunga, masuk hutan, keluak hutan dan sebagainyalah.


Masa tengah dok syiok dengak Buletin Utama kat tv3, tiba-tiba terkeluak berita bekas PM kita Tun Dr. Mahathir keluak parti Umno. Alamak, apa sudah berlaku ni? Ai, nak tsunami politik lagikah ni? Ha, kacau dah kali ni. Ni mesti ada pasai Tun keluak parti. Kalau takdak pasai, dia takkan keluak punya. Hampa bukannya tak tau stile Tun, mukalau dia nak buat sesuatu, dia dah pikiak siap. Lepaih tu dia buat. Hampa toksah dok kata apa dah. Buat penat saja.


Rupanya, Tun kata, dia keluak Umno pasai dah tak yakin dengan perjuangan Umno sekarang dan dia akan masuk balik Umno mukalau Pak Lah dah tak pegang jawatan presiden Umno dan PM lagi. Oh lagu tu. Patutlah.


Ni kes besaq ni. Aku pun gunalah skype, nak contact kawan buta aku Azman Rejab kat Baling Kedah. Alahai, streamyx pulak lambat nak mampos. Streamyx ni, sentiasalah tak sihat. Tm kena buat sesuatulah jangan asyik nak juai iklan saja tentang kehebatan produk depa. Ha, maka berkatalah Azman, tak lama lagi BA ambik alihlah kot kalau pak lah masih tak sedak diri. Orang buta ni i want to story, depa ni mejoriti sokong pembangkang. 90% ke ataslah.


Ok, mai pulak Rabu, 21 April. Mukris Mahathir anak Tun kata akan kekal dalam Umno. Syukurlah. Tapi dia jugak desak supaya Pak Lah letak jawatan. Ah sudah. Ini pun satu haru-biru jugak.


malam tu, ada mesyuarat MT Umno. Kat sidang media, TPM kata depa ambil maklum tentang Tun yang keluak parti dan depa harap Tun akan mai balik satu hari satni.


Mai pulak Khamis, Mukhzani Mahathir pulak keluak Umno. Ha, maka tinggailah si adik dalam Umno. Alamak, ni kes kacau ni. Sorang-sorang keluak habeh.


Sedang dok hangat cerita keluak Umno, malam tu kat Buletin utama tv3 terdengak pulak cerita Ezam Mohd Noor, bekas orang PKR nak masuk Umno. Ha! Ini sudah menarik. maka banyaklah ulasan yang keluak. Ada yang syiok, ada yang terkejut besaq, ada yang syak wasangka dan macam-macamlah.


Pada yang syak wasangka ni, toksahlah, dia nak masuk, terimalah dia dengan ikhlas. Kan hampa kata nak banyakkan lagi ahli? Mungkin dia dah sedak atas kesilapan yang telah dia buat. manusia tak lari dari buat salah. Manusia ni tak sempurna.


Kepada


Pak Lah dan bekas PM harap perselisihan hampa berdua dapatlah diselesaikan dengan segera. Janganlah membuka pintu kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengucar-kacirkan lagi Umno dan seterusnya BN yang dah memang sedia kucar-kacir dah.



Ok, cerita bekas orang PKR nak masuk Umno, menurut Ezam yang la ni dok ada kat luak negeri, dia akan bagi kenyataan bila dia balik satni. Dan menurut berita, dia balik hari Selasa.



Sekian cerita sana-sini versi politik.


   

0 ulasan

Isnin, Mei 19, 2008

Berbual dengan Abian Jambot

Dicatat oleh Teddybear Cute di 9:38 AM


Pada hari Sabtu, malam minggu yang lalu, aku telah berkesempatan berbual dengan salah seorang rakanku iaitu Abian Jambot melalui skype. Almaklumlah dah lama tak sembang, jadi, bila dia dah on skype, aku pun terus calling-calling dia.



Aku pun bertanyalah mengapa dah lama tak online. Seperti biasalah, dia sekarang ni, dah sibuk dengan SBM cawangan Kl/Selangor yang memang banyak aktiviti tu. Jadi, lantak dialah aku tak kisah.



Dia sekarang dah berpindah rumah setelah berlaku kecurian telefon bimbitnya di rumah lamanya. Dia sekarang tinggal bersama dengan nazri dan beberapa orang rakan yang lain.



kemudian, aku pun hantarlah beberapa perisian antaranya skype dan Winamp versi terbaru padanya. Line pulak, memang lambat gila punyalah. Tak taulah apa nak jadi dengan streamyx sekarang ni.



Ha, sekarang, dah sampai masanya untuk aku saja nak panaskan keadaan. "Bian, apa pendapat hang dengan Parti keadilan PKR?" Aku memulakan persoalan yang merupakan satu perangkap. Biasalah, orang buta kalau dengan pembangkang, memanglah teramat sukanya mereka.



"Selagi parti tu tak lari dari perjuangan, aku kira ok." "Kita macam tulah, kalau pihak lain kata orang tu ada kes liwad, kita percaya bulat-bulat, kita tak siasat." Abian memulakan syarahan. Aku hanya mendiamkan diri. membiarkan Abian dengan keghairahannya. Biasalah orang buta, cepat ghairah.



"Wah hari Sabtu pagi aku p ambik beras, wah 10 KG tiap orang dapat." Aku bertukar topik. Sambil aku bercakap, otakku ligat berputar untuk mencari satu titik permulaan cerita supaya Abian dapat berkata sesuatu.



Akhirnya, aku dapat. "Bian, hang tau, ada orang kata, depa bagi beras tu sebab nak mempopularkan parti mereka." Aku berjaya mengada-adakan cerita. kerana aku tau, Abian pasti akan memberikan sedikit syarahan.



"kalau orang kata, mereka bagi ni untuk mempopularkan parti mereka, aku akan kata orang tu berfikiran sempitlah." "Masa Barisan Nasional dulu, adakah pernah dia bagi ni semua?" "Barisan Nasional tak bagi ni semua." Jangkaanku tepat. Abian bersyarah panjang lebar.



"jadi sekarang ni, hang tak baca akhbar biasakah Bian?" Aku bertukar satu lagi topik baru. Aku tau, mesti ada jawapan dari si Bian ni. "Sekarang ni, aku dah tak baca dah akhbar Utusan malaysia, Berita harian, aku baca Harakah, Buletin online, Terengganu kita." "Akhbar arus perdana asyik nak memuji kerajaan saja." Aha, memang telah aku menjangkakan jawapan ini akan keluar. "Macammana pun, aku ni, natural." "mana yang baik, aku sokong." Abian berlapik.



Selepas semua itu, aku pun berundur diri dah. Sebab dah nak mendekati jam dua pagi.


   

0 ulasan

Kecewa dengan rancangan Bersama Bloggers di RTM1

Dicatat oleh Teddybear Cute di 8:53 AM

Salam sejahtera buat hampa semua.




langkah RTM mengadakan rancangan bersama bloggers adalah amat bagus sekali. Ia sekurang-kurangnya dapatlah mengetengahkan para bloggers dan juga para penonton dapat mendengar isi hati bloggers ini.




Tetapi, sayang seribu kali sayang, rancangan ini, cuma disiarkan hanya 20 minit sahaja. Sudahlah masanya pendek, bloggers yang ditemubual tidak dapat meluahkan isi hati mereka dengan baik kerana percakapan mereka sering dipotong oleh pengacara. Dan, keadaan ini amat mengecewakan para penonton/pendengar termasuklah saya.




Di sini, ingin sekali saya mencadangkan agar, rancangan ini dapat diperpanjangkan sedikit waktu dan tolonglah berikan seseorang bloggers itu bercakap dengan lancar tanpa percakapan mereka itu dipotong oleh pengacara yang bertugas ketika itu.




Jika keadaan ini berterusan, RTM boleh disifatkan tidak telus dalam mengwujudkan rancangan bersama bloggers ini. Saya berkata begitu kerana, para bloggers yang ditemubual, tidak dapat meluahkan isi hati mereka dengan baik kerana sering disekat oleh pengacara yang bertugas. Jika hasrat menteri Penerangan ingin mengeratkan perhubungan media alternatif dan juga media arus perdana, keadaan ini harus diubah.

   

0 ulasan

pergi ambil beras di JKM Balik Pulau

Dicatat oleh Teddybear Cute di 12:07 AM


Aha, salam sejahtera semua.



Amboi, semalam, aku pi ambik beras. Sekampit beras tiap sorang. Ehsan dari kerajaan negeri pada warga oku dan mereka yang tidak berkemampuan. Sebelum itu, ingin aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan negeri yang sudi dan berhati mulia memberikan bantuan. Walau pun ianya dipandang kecil, tapi bagi kami yang serba kurang ini, ianya amat memberi makna yang mendalam buat kami. Dan aku yakin, ini bukan untuk tujuan politik tetapi ini adalah pemberian yang ikhlas dari kerajaan negeri. jadi sekali lagi, terima kasih banyak-banyak diucapkan.



Aku bertolak dari rumah pada kira-kira jam 8:45 pagi. Kawan abang iparku yang juga oku telah datang membawa aku. Kami singgah di Bayan Lepas untuk membawa Ah Hong pula. Aku dah janji dengannya sebelum itu.




Setengah jam kemudian, kami pun sampailah di Jabatan Kebajikan Masyarakat Balik Pulau. Amboi mak, banyaknya manusia yang telah tiba. Sampai tempat meletak kereta pun sudah penuh.



Apabila selesai meletakkan kereta, kami pun berjalan masuk ke perkarangan JKM. Wah, penuh dengan kerusi. Aku dan Ah Hong pakai langgar sajalah tak kira. Yalah, jalan dah sempit, apa nak buat.



Kami telah dibawa duduk di satu ruang yang teduh dari panas. Wah, orang begitu ramai sekali. Di samping itu, lagu pop rok juga sedang dimainkan. Antaranya ada lagu dari Salim dan Amy Search.



Jam baru menunjukkan pukul 9:23 pagi. Wah, ini bermakna, ada lagi lebih kurang 37 minit lagi majlis nak mula. Lalu aku dan Ah Hong duduk dan bersembang. Orang begitu banyak. Bukan saja yang cacat, malah orang tua juga ada.



Aku dah Ah Hong terdengar satu suara ah pek cina. Suara itu seperti suara Lee Ah Kaw pak mertua Silatulrahim. "Ah Kaw!" Ah Hong berteriak. "Eh, bukan dialah gila kot." Aku berkata. "Tak, aku dengar, suara tu, sebiji macam suara dia." Ah Hong membalas. "Bukan dialah tu." Balasku balik. "Yalah, memang bukan dia, takkan Ah Kaw dok kat tanjong nak mai sampai sini, lagi pun, dia tak daftar pun dengan JKM." Ah Hong bercerita dengan panjang lebar.



Tidak lama kemudian, pengumuman telah dibuat memberitahu ketibaan exco perumahan dan entah apa lagilah panjang sangat, aku pun tak ingat. nama dia pun aku tak tau. Tapi nama sir dia Wong. Tidak lama kemudian, satu lagi pengumuman dibuat meminta orang alihkan motosikal sebab telah mengganggu ketenteraman awam. Selepas itu, satu lagi pengumuman telah dibuat untuk memberitahu ketibaan Yang Berhormat tuan Hj Abd Malek.




Selepas itu, aku, Ah Hong dan kawan abang ipar aku pun pergilah beratur untuk mengambil kupon. Setiap orang mesti ada kupon untuk mengambil sekampit beras seberat 10 KG tu. kalau kupon takdak, tak boleh ambik. Maka beraturlah kami untuk mengambil kupon itu.



Orang begitu banyak sekali. kami sudah jadi macam ikan sardin. "Wah, nasib baik tak hujan." "Kalau hujan, mesti basah." Aku berkata. "Ha, itulah, kalau hujan, mesti basah." Balas seorang makcik tua.



"Amboi, nak ambil sekampit beras pun, kena jadi macam ikan sardin." Aku berkata. Seorang pakcik tua di belakang kami hanya tergelak di belakang kami. Sementara itu, Moktar Soon telah menelefon Ah Hong. Ah Hong bercakap dengan sangat kuat. Ah pedulilah tak kira. Dan pada masa yang sama, Yb Abdul Malek sedang memberikan ucapannya. Ah, kami dah sedang beratur dan dah jadi macam ikan sardin, jadi tak dengarlah apa dia dok cerita.



Proses beratur pun dah satu jam. Selepas kami dah dapat kupon semua, kami pun pergilah beratur sekali lagi untuk mengambil beras. Wah menjadi ikan sardinlah lagi nampaknya. Dan kali ni, kami beratur di tengah panas. Tapi kali ni cepat saja.



"Ha, bagi depa dulu, bagi depa dulu, depa tak nampak." Kata seorang makcik. maka, kami pun pergilah ke hadapan dahulu. YB Abdul Malek memberikan sekampit beras pada kami. Wah, siksa dah habis.



Setelah mendapat beras, kami pun baliklah. Aku sampai di rumah sudah pun jam duabelas suku tengahari.



Itulah dia ceritanya.


   

0 ulasan

Khamis, Mei 15, 2008

St. Nicholas newslatter. FIF Issue 2

Dicatat oleh Teddybear Cute di 11:45 PM


1
From The Editor
With 2008 ahead of us, there is so much we in St. Nicholas' Home
can look forward to. 2007 was a very eventful year for all of us. Many
events, conferences, functions took place in the Home itself. It was
indeed a very fruitful year for us here and many changes have taken
place.
In the buzz of celebrations towards the end of 2007, we are glad that
the children, trainees and the blind senior citizens in St. Nicholas'
Home had their share of joy and warmth of the festivities. Thanks to
the faithful and kind donors, there were sponsored buka puasa
meals, gifts of duit raya, Deepavali lunch and Christmas gifts for all.
These thoughtful gestures made St. Nicks feel more like a home to
many, especially those who has no other home to return to during
the celebrations. It is always amazing how simple things can bring
such great smiles to these faces as they enjoy the atmosphere of
love and happiness.
The first issue of "Fides In Facto" was also issued during the last
quarter of 2007 and now, with the new year, we hope to bring you
more news about St. Nicks. You can also visit our website at
http://www.snh.org.my to get the latest updates about us. Feel free
to contact us for any further enquiries or even to give us feedback on
our newsletter. Write to us at editor@snh.org.my
- Nicole Pua -
For Private Circulation Only January ­ March 2008
2
National Career Seminar for Blind Students
by Patrick Cheah
Choosing a career is very important and it can be a difficult task for
those who are stepping into the working world for the first time, what
more for those who are blind and visually impaired. It is difficult
because they have to make a choice and face stiff competition for
opportunities that are limited. Choosing the correct career is
important because it will have life-long consequences. As securing a
career is challenging and increasingly competitive, blind and visually
impaired job-seekers have to get themselves prepared: not only
physically i.e. through acquisition of specialized skills, but also
mentally, i.e. by being ready to accept heavy, ever changing and
challenging responsibilities.
Last year, a total of 30 form 4 students from various secondary
schools for the blind nationwide participated in the National Career
Seminar, 2007; which was held on 17-20 November. It kicked off in
Naza Hotel, Penang, stayed there for 2 days and moved on to Pantai
Keracut, Penang for the survival skills programme for another 2
days. The seminar was co-organised by St. Nicholas' Home and the
National Council for the Blind, Malaysia (NCBM). The objectives
were to create awareness on the importance of early preparation
when deciding on a career, as well as to equip participants with the
knowledge and basic skills in self-discovery and adaptation on
career aspects.
During the first two days at Naza Hotel, a number of sharing
sessions on various topics were arranged. Visually impaired
University students, Representatives from Blind Organisations,
Officers from various Government Departments and visually
impaired persons who are currently employed had been invited to
share experiences and ideas about the following:
· The University students: An insight of their University life, the
courses which visually impaired persons can sign up for, and
important skills to pick up such as computer skills; which are
essential when entering University life.
3
· Representatives from National Council for the Blind Malaysia
(NCBM), St. Nicholas' Home, Penang and Malaysian
Association of the Blind (MAB): Information on the types of
training and help given by the various blind organisations.
· Officers from the Welfare Department, Education Department
and Labour Department: Roles and the type of help given by
the Government Department to the disabled community.
· Visually impaired persons currently working in various
sectors: Their working experiences, the attitude to cultivate
and most importantly, the message that there is hope of
employment for the visually impaired.
After sessions of informative sharing, the participants moved on to
Pantai Keracut for some physical and team-building activities. They
were exposed to several Nature-based activities such as a Nature
Walk, Nature Games and a Blind Walk. Participants were also taught
how to pitch a tent. There was a special sharing by staff members of
the Turtle Sanctuary in Pantai Keracut, where they explained about
the conservation activities and showed how the turtle eggs were
safely kept. To some, it was their first time being involved in such
activities and they truly enjoyed it.
It is hoped that the seminar as a whole has helped the students to
see clearly their career future, prepared them to face the challenges
on their way to success and that they have been better equipped
Sharing & Talks by Invited SpeakersParticipating in Nature Games
4
mentally, psychologically and socially. We hope to organize such
seminars again in the years to come.
The Brand-new End
by Nicole Pua
Take a minute and ponder upon this quote.
No one can go back and make a brand-new start, my friend; but
anyone can start from here and make a brand-new end.
­ Dan Zadra
Here in St. Nicholas' Home, we are actually helping visually impaired
and blind persons to make a significant change in their lives; make a
brand-new end in their lives through our Vocational Training and
Employment Department (VTE).
Imagine, one morning you wake up, and suddenly it dawns on you
that you are now blind ... it was the accident last month .... Or the
long-term diabetes you suffered from for so many years ... What do
you do now? Maybe it is just simply that you have been blind since
birth. However, neither your parents nor anyone around you knew
about school for the blind, Braille and the white cane. You are just
sitting at home, doing nothing much, helping out as much as you
can, and wondering ... "What am I to do for the rest of my life?"
The VTE at SNH is the place where the newly blind start to move on
from the point where life seems to be at a halt. We have different
sections of training and services for that purpose: training in basic
living skills and vocational skills, and assistance in finding
appropriate job opportunities for the visually impaired and blind in
Malaysia, especially for those from the northern region. Those who
become blind at the later stage of their life and those who did not get
the opportunity to attend school are offered basic training so that
they can face the new challenges, and at the same time, find new
openings which might never have occurred to them before. They are
trained in how to move around with the help of the white cane, how
to walk with a sighted guide, daily living skills such as self-grooming,
going to the markets, cooking as well as washing and ironing.
5
On top of that, they are also taught how to read and write using the
Braille system - the literary system based on raised dots used by
blind persons around the world. Through training in these skills, it is
hoped that they can readjust to a new journey and embark on a
whole new world of exploration. They should be able to live
independently and be able to communicate well with others as well
as get information via writing and reading.
In the vocational training section, training in a few vocational skills is
offered to the visually impaired and blind to enable them to secure
jobs and hopefully, make a living for themselves. There is the
Massage Training Centre where they are given the training on full-
body massage and foot reflexology; Handicrafts and Basketry Centre
to train them in the skills to make various items such as laundry
baskets, pen-holders, flower vases, and many more articles from
rattan; the Pastry Centre where they learn all the baking skills for
making cookies, cakes, buns and breads.
Throughout the years, we have had many success stories, such as
our trainees being reserved for employment even before they have
completed their courses. This is how the Employment section plays
an important role in identifying potential employers for our trainees.
Further to that, we look into new fields of employment which could
be explored by the visually impaired and blind.
Usually, our training courses are conducted for the period of six to
twelve months per intake. Upon graduation, ex-trainees are
encouraged to find jobs on their own, though the Home may also try
Pastry Class in session Learning Foot Reflexology & Massage
6
to help them out. In the coming issues, we will introduce to you the
individual training sections which were mentioned above.
In Brief
Clear Blue Sky, White Cane Day.
In October, we organized our White Cane Day with resounding
success. All of us from the Home together with some other
participants from the public participated in a walk of about 2 km at
Padang Kota Lama accompanied by the band from the Chinese
Girls' School. With the good weather, everything went well and we
ended the whole event earlier than scheduled. During the walk, we
managed to distribute the pamphlets which were meant to create
public awareness of the blind and their right to mobility like any other
persons.
Music in the Home.
On 24th
November, 2007, the Waseda Brass Ensemble from Japan
put on a spectacular concert for our trainees, residents and staff.
Besides the visually impaired, parents and their children with other
disability from around Penang; also came to enjoy the wonderful
music performed.
It was simply fantastic, the very reason Waseda Brass Ensemble
returned to Penang after a successful performance in 2006, and
specifically indicated that one of the concerts must be staged in St.
Nicholas' Home. We are truly grateful for such a privilege and the
wonderful morning with them.
The most beautiful moment of
the concert was when the
children and visually impaired
persons went around feeling
the different musical
instruments, and even had a
go with them.
7
Graduation Day
On 13th
December, 2007, a total of fifteen trainees graduated from
our training centre; two from the Basketry and Handicraft section,
thirteen from the Massage Training. These trainees had gone
through six to ten months training at the Home. Now, they are ready
to take up the challenge of the job market out there. In fact, they
were being employed even before they graduated.
IT Training for the Blind
In Early 2007, we have 2 intakes for 17 school leavers who have
undergone Level 1 courses. Not forgetting the Home's existing
trainees, another 2 intakes of Level 1 courses were also conducted
for 16 trainees from the Massage Training Centre & Skills
Development Centre. Two of our visually impaired staff has been
coming regularly for revision classes to keep in touch with their
typing skills.
In addition, we had a visually impaired working blind professional
who wish to use the computer again after a lapse of 15 years. A fast
learner, En. Mohamad Shukri has managed to relearn and use the
latest Operating System and Microsoft Word.
Upcoming Events
Toy Library & Playground
The Toy Library and the playground in St. Nicholas' Home will be
launched at the end of February 2008. We believe that learning
Encik Mohamad Shukri receiving his
Certificate from Mr. Ooi Chee Khoon,
Executive Director of SNH
IT Class in session
8
through playing is the best for our children and thus, we are realizing
it after a long wait. Parents of visually impaired and blind children
can bring their children to explore the various well-designed toys,
games, puzzles, and equipment of educational nature. Both the Toy
Library and the playground are made accessible and safe for visually
impaired and blind children.
April 2008 - Opening of Wellness Centre
The opening of our own Wellness Centre will be held in April 2008.
This centre will be the place to provide professional training in
massage and foot reflexology to the visually impaired and blind.
Besides that, the centre is open to the public for various massage
therapy and therefore, creating another employment opportunity for
the visually impaired and blind.
28 March 2008 - Talk on Eye Care and Eye Screening at Penang
School
A talk on eye care and eye screening prevention will be held in
various schools in Penang and the first session is coming up in
March. Our main objective is to make the public aware those steps in
early detection and prevention will help to overcome the factors that
may lead to blindness.
Food for Thought
People will forget what you said, people will forget what you did,
but people will never forget how you made them feel.
- Unknown -
Donations may be made to the Home in cash or cheque made payable
to "St. Nicholas' Home, Penang". All donations are tax exempted
Editorial Team
Nicole Pua (Editor)
Patrick Cheah (Design & Layout)
V. Thangaveloo
Peter Chin


   

0 ulasan

Ahad, Mei 11, 2008

Kalau dah cacat, janganlah nak sensitif tak tentu pasal.

Dicatat oleh Teddybear Cute di 10:05 AM


Pada malam tadi, aku ada berbual dengan seorang rakanku melalui skype. Bermacamlah topik yang telah kami perbualkan. Dan, salah satu yang menarik perhatian ialah di mana kes 20 oku anggota pi marah-marah kat parlimen dek kerana perkara remeh.




Bagi pendapat aku, kalau dah sensitif sangat, itu tak boleh, ini tak boleh, lebih baiklah duduk dalam hutan dan jangan campur masyarakat. Ini hal dalam parlimen, buat apa pulak kita orang luar nak masuk campur? Sebab apa ahli pembangkang tu disuruh berdiri? kerana dia terlalu lancang mulutnya. kalau aku pun, aku suruh berdiri jugak. Orang nak bersidang untuk rakyat, dia nak cari populariti. Siapa tahan kalau dah kecoh sampai macam tu?




Ini tak pasal-pasal, pergi buat bising kat luar bangunan parlimen. Jangan ingat mentang-mentang cacat, kita boleh buat apa yang kita suka. Ini bukan nak tuntut hak kononnya orang cacat kena hina. mana ada kena hina? mereka cuma suruh dia berdiri sebab tak tahan dengan kelancangan mulut dia. macam tu pun nak sensitif? Gila betoi. Kalau dah sampai begitu sekali nak sensitif, jangan campur dengan masyarakatlah. pergi duduk dalam hutanlah lebih baik. Bila dah duduk dalam hutan, barulah tak dengar orang mengata itu dan ini. Yalah, dah nak sensitif sangat. Manja sangat lebih-lebih. Sikit-sikit marah, sikit-sikit nak suruh minta maaf. Apa punya orang pun aku tak taulah.




Ada jugak ahli parlimen yang tak bertanggungjawab tak mau bagi tau perkara betul. Dah tau depa ni manja sesangat, nak mengeksploitasi lagi pulak tu. Benci betoilah aku tengok orang yang over manja ni.




kalau berasa nak bercampur dengan masyarakat sekeliling, buanglah sikap sensitif dan manja dan juga mengada-ada tu. Tapi kalau dah berasa nak duduk dalam hutan dan tak mau campur dengan masyarakat sekeliling, ok lah teruskanlah dengan over manja dan sensitif tak tentu pasal ni.


   

2 ulasan

Sabtu, Mei 10, 2008

Cerita sana sini

Dicatat oleh Teddybear Cute di 11:49 AM


Pada dua hari yang lalu, aku telah menelefon kawan aku di Sarawak iaitu BB Khadijah. Sebenarnya, dah lama aku tidak menelefonnya sebab aku terlupa nombor telefonnya. Tapi nasib baiklah aku ada menyimpan nombor telefonnya dalam fail aku. Dan aku telefonlah dia pada dua hari yang lalu.



menurut BB, cikgu Yong ada bertanya, sama ada, aku ada menghantar sms atau tidak. Dia menjawab, tidak. Dia ada bertanya pada aku apa pasai dah lama tak telefon. Aku beritahu, aku terlupa nombor telefonnya dan nasib baiklah aku ada menyimpan nombor telefonnya dalam fail.



Pada dua hari yang lalu juga, aku ada cuba menelefon salah seorang pendengar THR yang dipanggil kak Ti di JB. Aku pun dial lah nombor yang aku ada. "hello, boleh cakap dengan kak Timah?" Aku bertanya seperti biasa. "Tak ada, tak ada, salah rumah." jawab suara di hujung gagang telefon. Aku meminta maaf dan meletakkan gagang telefon.



Oh, dah tukar nombor telefon kak Timah ni. Sekarang, mungkin kak Timah pun dah berpindah rumah agaknya. jadi nampaknya, tak dapatlah aku nak hubungi kak Timah lagi. Mungkin aku akan cuba hubungi Mira brutal di KL untuk bertanyakan nombor telefon baru kak Timah.



Rombongan SBM cawangan Pulau Pinang akan menghadiri mesyuarat agung dwi tahunan SBM di Kuala Lumpur dengan bas sewa khas. Ini kerana cawangan Pulau Pinang sudah lebih 45 orang khabarnya. jadi, sangat beruntunglah ahli cawangan Pulau Pinang. Dapatlah menjimatkan duit sikit untuk perbelanjaan pengangkutan.



Azman Rejab sudah pun dapat pakai internet setelah beberapa hari tidak dapat menggunakan internet akibat daripada kecurian kabel telefon di tempatnya. Dan setelah sepuluh hari tak dapat pakai internet, akhirnya Mohd Rosmadi Ibrahim juga, dah dapat pakai internet. Tapi masalah yang dihadapi beliau bukan akibat kecurian kabel telefon. masalah beliau adalah kerana talian telefon tempat beliau yang bermasalah.



Lagi tentang BGM. Khabarnya, satu bilik empat orang. Aku sebilik dengan Najeri Adnan atau jeruk, Swarn Singh dan Marzuki. Sementara Soon Eng atau Ah pek sebilik dengan Azrol Afendi, Lee Kaw Chai dan Ah Hong. Tapi nampak macam Ah Pek agak tidak bersetuju saja.



Khabar angin bertiup kencang kononnya saudara Jaafar Md Isa akan bertanding jawatan presiden SBM menentang presiden sekarang iaitu saudara Mah Hassan Omar. Dia nak merebut jawatan tersebut dengan alasan sokongan terhadap presiden sekarang dah menurun dan setengah daripada mereka yang menyokongnya sangat marah pada beliau.



Rosnah Ahmad pula kini dah pakai streamyx 4 MBPS pakej oku. Aku kata kat dia gatai. yalah, tak sabar nak tunggu. Dia mula-mula pakai 4 MBPS pakej normal. Tulah kaya sangat. Daripada buang duit ke situ, baik aku beli rumah kalau duit dah ada.


   

0 ulasan

Khamis, Mei 08, 2008

Cerita streamyx

Dicatat oleh Teddybear Cute di 12:27 AM

Amboi, teruknya streamyx.


    Beberapa minggu yang lalu, kat kawasan aku telah dilanda dengan hujan dan ribut petir yang dahsyat.  Ribut petir yang dahsyat itu telah menyebabkan talian telefon ke beberapa rumah kat kawasan aku, termasuklah salah sebuah telefon kat rumah aku dah terkena kilat.  Ribut petir ni berlaku pada awal pagi Ahad lebih kurang jam dua pagi.  Tapi aku bertuahlah pasai telefon kat bilik aku tak kena.  kalau kena, alahai, habehlah streamyx aku.


    jadi, seharian di hari minggu tu, depa tak dapatlah nak pakai telefon.  Pada hari Isnin, telekom mai repair.  Ha, dah elok balik.  Tapi, mai hari Khamis, lingkop balik.  Aku dial 100 buat laporan, mai pulak pagi Jumaat, dia check tiang telefon.  ha lepas tu krosek punya krosek, elok balik.  Tapi start time tu, streamyx buat taik pulak dah celaka betoi.


    Ingatkan tak apalah pasai selalunya, streamyx ni, masalah tak stabil ni sat saja dia punya perangai.  Tapi, aku tunggu punya tunggu punya tunggu, tak kesudah masalah line streamyx ni.  Wah!  Ini sudah kes berat ni!


    Disebabkan masalah talian streamyx yang tak stabil ni, aku dah tak boleh nak bersembang dengan rakan-rakan aku kat skype tu.  Yalah pasai talian dia tu, asyik nak putus sahaja.


  Dan pada Selasa, 6 Mei, aku buat laporan.  Maka tiga orang kakitangan streamyx mai rumah.  Ha, depa pun krosek-kroseklah komputer aku.  Terpaksalah aku tutup jaws tu.  Yang seronoknya, bila depa ni mai, talian jadi sihatlah pulak.  Ha, maka depa pun bagi taulah yang talian ni takdak apa-apa.  Depa pun balik.


    Bila depa balik, talian streamyx dah start meragamlah balik.  Wah, nilah yang buat tention ni.  Aku dah bercadang nak buat report lagi kat streamyx tu.  Yalah, nak bagi taulah line tak sihat balik.


    Tadi, semasa aku check mail, aku pun terjumpalah satu mail yang menceritakan macammana nak boot up internet spead.  Ha, baca di bawah.  Kalau nak ikut, silakanlah.


Boost Up Internet Speed Without Using Software

Above 90% computers all over the world run Windows... and hence another computer trick.

FACT
But do you know that about 20% of your internet bandwidth is reserved by Microsoft.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---
Uses of Reserved Bandwidth
** Windows Automatic Updates rely on this reserved bandwidth.
** Fast loading Microsoft Websites
** Sending Error Reports
** Online Help support in Microsoft Office
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---
But this can be recovered back...
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---
The Remedy
** Start >> Run
** Type gpedit.msc
** This opens the Policy Editor
** Now, Local Computer Policy >> Computer Configuration
** Then, Administrative Templates >> Network
** Now, click on QOS Packet Scheduler
** Now, on Right hand side
** Double Click Limit reservable bandwidth
** Now in Setting Tab

************ ********* ********* ********* ********* ***
It says : Not Configured
Reality : The Explain Tab says "By default, the Packet Scheduler limits the system to 20 percent of the bandwidth of a connection"

************ ********* ********* ********* ********* ***

** So, on Setting Tab select Enabled
** Now, change Bandwidth limit (%) to 0 (Zero)
** Click OK !!!

That's All !!!


    Ha, setelah aku mengikuti langkah-langkah di atas, sehingga ke jam ini, talian streamyx aku jadi sihatlah jugak tak putus-putus bila call orang di skype.  Kira ok dan lega sikitlah aku.

   

0 ulasan

Rabu, Mei 07, 2008

Berani tapi takut

Dicatat oleh Teddybear Cute di 8:12 PM

Aha, semalam seorang penulis blog yang terkenal iaitu RPK dah kena jil.  Mau tak kena jilnya dia tulis cerita tak betoi depa kata.  Ha itulah pasai dia kena jil.  Tapi tak apalah dia ada lawyer untuk tolong dia.  Ok lah tu.


    Tapi, betulkah dia berani?  Pada pendapat akulah, dia berani setengah saja.  Yang selebihnya tu tak berani pun.  Ha, masa kes saman UUM kat dia tu, pasai apa tak bayaq?  Kalau dah berani, bayaqlah awat tak bayaq?


    Aha, tentulah orang kata, pasai dia tak salah.  Salah tak salah, kalau dah buat, mesti tanggunglah.  Dia kata demokrasi.  Ni demokrasilah.  Orang saman, bayaq saja toksahlah dok koyak buang surat-surat tu.  Ni dia koyak buang pulak.  Ni demokrasi apa pulak wey?


    ha ni kes dia tuduh TPM kat blog dia.  pasai apa bila polis mintak statement, dia tak mau bagi?kalau betoi dia berani, cakap saja apa yang perlu.  Kemukakan bukti-bukti sekali.  Kalau lagu tu, barulah berani, barulah anak jantan namanya.  Ini langsung tak bagi statement.  Lepas tu bila dah masuk jil, dia kata, dia pegang prinsip demokrasi.


    Satu lagi, kalau betoi dia berani, awat buat blog pakai web luak negeri?  Awat tak mau pakai domain Malaysia?  Nanti orang jawab, kang satni goverment tutup pulak.  kalau tutup, bukak hat lain.  Apa kisah?  Aku takdak duit pasai tu pakai blogspot.  Kalau aku ada duit, dah lama aku bukak blog pakai domain Malaysia lepaih tu tuleh saja apa aku berasa nak tuleh.  Bila kena saman, aku bayaq.  kena tangkap pihak berkuasa, aku bagi kerjasama.  Bila depa rampas komputer, aku beli lain.  ha lagu tu, barulah berani namanya.


    Tapi aku tak beranilah, aku takut satni kalau kena tangkap dan masuk jil pasai tuleh kat blog, keluak surathabak muka depan tudia, "Si buta pertama di Malaysia masuk penjara kerana menyiarkan artikal berunsur hasutan di laman blog."  Ha masa tu kacau o.  Satni imej si buta seluruh negara tercemar.  Leceh satni.


Ok artikal di bawah dipetik dari http://www.agendadaily.com/cms/contentPrint.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a&paging=0



Mudahnya nak jadi hero….





Berani buat berani tanggung

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan, pendakwaan terhadap pengendali laman Malaysia Today bukan merupakan usaha kerajaan hendak menyekat kebebasan blog.
Sebaliknya kata beliau, pendakwaan Raja Petra di mahkamah adalah merupakan satu proses undang-undang negara. "Ini bukan soal nak memerangi blog ataupun usaha kerajaan untuk menyekat kebebasan blog tapi pada masa yang sama mereka tidak kebal dairpad undang-undang," katanya di Mersing hari Rabu. Beliau berkata demikian kepada para pemberita ketika ditanya adakah tindakan pendakwaan terhadap Raja Petra merupakan usaha kerajaan untuk memerangi blog. Raja Petra hari Selasa dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Hasutan kerana tulisannya yang didakwa menghasut dengan mengaitkan Timbalan Perdana Menteri dan isterinya dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibu. Menurut Najib, negara mempunyai undang-undang dan sekiranya undang-undang tersebut dilanggar sesiapa sahaja perlu sedia untuk menghadapi sebarang bentuk tindakan. – 7/5/2008

----------------------------------------

Mogok lapar pula...

Raja Petra Kamaruddin yang memilih untuk ditahan reman kerana tidak mahu membayar ikat jamin meneruskan usaha meraih simpati dengan melancarkan mogok lapar dan menolak makanan yang diberikan oleh pihak penjara kepadanya.
Selain itu, beliau juga dikatakan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun di penjara termasuk isteri dan para peguamnya. Perkara ini dimaklumkan oleh isterinya Marina Lee yang pergi ke penjara untuk menemui suaminya itu. – 7/5/2008

----------------------------------------

Mudahnya nak jadi hero….

Hanya mereka yang kena dapat merasanya.Apa lagi yang tak tentu pasal.

Sebab tu Kawan tak merasa keberatan sangat nak kata Raja Petra Kamaruddin tulis 'ikut suka mak bapak dia' semasa merujuk pada satu tuduhannya terhadap Agendadaily tidak lama dulu.

Kalau nak ikutkan memang boleh raya sakan melihat pengendali laman Malaysia Today ni kena gari di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari Selasa.

Namun bukan tujuan Kawan nak tumpang 'kencing' tengok rakan penulis yang nak kena berjawab di mahkamah.

Apa nak buat Raja Petra rasa ada hak nak tulis artikelnya Let's Send the Altantuya Murderers to Hell dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib pun ada hak untuk merasa artikel itu mencemar imej dan maruah beliau.

Salah ke tak salah itu Kawan tak berani sentuh.Ini bab urusan mahkamah buat penentuan.

Pokok pangkalnya berani buat kena berani tanggong.

Namun Kawan masih ragu-ragu samaada Raja Petra kaki yang masuk kategori berani buat berani tanggong.

Dari apa yang Kawan dengar ramai juga rakan penulis yang berpendapat dia lebih condong pada kategori yang setakat berani buat …tapi kemudian lantaklah.

Bayangkan apa halnya kalau semua penulis bersikap begitu.

Apa yang jadi dalam kes artikelnya mengenai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Nordin Kardi bertajuk 'Dato Dr. Nordin Kardi Ciplak Karya Saya? dianggap sudah cukup kuat untuk dijadikan sandaran buat andaian itu.

Dalam kes itu Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkannya membayar RM2 juta.

Dari keputusan mahkamah itu nyata dia bersalah.Namun Raja Petra dengan penuh bangga menulis cerita dia buang semua surat saman peguam dalam tong sampah dan sanggup diistihar bangkrap dari membayar RM2 juta itu.

Dalam tuduhanya terhadap Agendadaily Raja Petra menyepi sampai kesudah setelah dituntut membuktikan apa yang ditulisnya.

Satu lagi dakwaannya terhadap Datuk Azim Zabidi.Dia mengambil taktik memperlekehkan saja surat dari peguam Bendahari UMNO Malaysia itu.

Ada lagi yang Kawan dengar merungut bila dituduh itu ini dalam laman webnya.

Biasanya ia tinggal setakat rungutan kerana merasa buang masa nak melayan.

"Lagipun kita jawap pun orang anggap kita salah….tak jawab pun dianggap salah' setelah dituduh dalam tulisannya.Itu antara cakap yang kerap berlegar.

Kata orang memang senang boleh hidup buat cara ' gila-gila ' macam Raja Petra.

Untuk meraih simpati pula tembak saja kata itu 'tindakan politik'.


Seronoknya sekalipun sudah terserlah gerak caranya …di penamat episod dia tetap dianggap sebagai hero.

Sebab itu Kawan dengar ada juga kawan-kawan rapatnya yang geleng kepala tersenyum mendengar drama Raja Petra tidak mahu bayar wang jamin dalam kes terbarunya ini.

Dia sanggup masuk penjara sementara tunggu wang kutipan dari orangramai RM5,000 cukup untuk menjaminnya.

Hebat memang hebat…Dah tu melangkah ke mahkamah diiringi oleh sebilangan YB.

Juga jangan lupa ada pasukan tujuh peguam tampil untuk membelanya.


Kawan: pemerhati gelagat manusia…



-----------------------------------


Raja Petra tidak mengaku bersalah...


Raja Petra Kamaruddin Selasa didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di bawah Akta Hasutan ekoran artikelnya yang bertajuk ' Let's Send Altantuya's Murderers To Hell' yang disiarkan di laman itu pada 25 April lalu.

Bagaimanapun beliau tidak mengaku salah di atas tuduhan berkenaan. Raja Petra diwakili oleh barisan tujuh peguam yang diketuai oleh Karpal Singh. Manakala pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwaraya, Nordin Hasan.

Di bawah akta tersebut, jika didapati bersalah, Raja Petra boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun dan atau denda tidak lebih RM5,000.

Mahkamah menetapkan perbicaraan kes berkenaan pada 6 hingga 10 Oktober 2008.

Terdahulu, Raja Petra hadir di mahkamah majistret Jalan Duta pada jam 9.20 pagi. Setelah menunggu kira-kira sejam beliau diarahkan pergi ke mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Hadir sama di mahkamah Jalan Duta tadi ialah orang kuat DAP Lim Kit Siang,ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar,Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan PKR Tian Chua.Raja Petra yang ditemui para wartawan kata beliau tidak gentar.Beliau juga mendakwa ini satu tindakan politik dan tiada apa-apa bukti terhadapnya.- 6/5/2008

-------------------------------------



Raja Petra didakwa di mahkamah pagi ini


Pengendali Malaysia Today, Raja Petra yang satu ketika dulu pernah mendakwa beliau kebal dari undang-undang Malaysia kerana laman webnya didaftarkan di luar negara diminta hadir ke mahkamah majistret di Jalan Duta,Kuala Lumpur jam 9.30 pagi ini.

Beliau dijangka akan didakwa di bawah Akta Hasutan dipercayai berkaitan dengan artikel bertajuk ' Let's Send Altantuya's Murderers To Hell' yang disiarkan di laman itu pada 25 April lalu.

Artikel berkenaan mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia itu yang kesnya masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Petang Jumaat lalu Raja Petra telah dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat polis Bukit Aman setelah pada sebelah pagi beliau 'dikunjungi' enam pegawai polis di rumahnya di Sungai Buloh.

Ini bukan kali pertama Raja Petra dipanggil polis kerana tahun lalu beliau turut dipanggil memberi keterangan ekoran satu laporan polis yang dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Muhd Taib terhadap laman webnya yang dikatakan menyiarkan tulisan menghina Yang di-Pertuan Agong.

Pada waktu itu beliau mendakwa tidak boleh disentuh oleh undang-undang Malaysia kerana laman webnya didaftarkan di luar negara.

Terbaru bulan lalu, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan Raja Peta membayar RM2 juta kepada plaintif pertama, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Nordin Kardi, dan RM2 juta lagi kepada plaintif kedua, UUM, berhubung penyiaran artikel bertajuk Dato Dr. Nordin Kardi Ciplak Karya Saya?.

Dalam tulisanya mengulas kes itu Raja Petra mendakwa beliau bukan saja langsung tidak mempedulikan surat saman yang dihantar oleh peguam dan sebaliknya membuang kesemuanya dalam tong sampah.

Ekoran artikel 25 April ,pejabat Timbalan Perdana Menteri menerusi Setiausaha Akhbar beliau Datuk Tengku Sarifuddin Ahmad telah mengeluarkan kenyataan menafikan berbagai dakwaan yang terkandong dalamnya.

Namun Raja Petra masih menunjukkan sikapnya yang tak makan saman sekalipun artikel berkenaan boleh mencetuskan kesan negetif terhadap imej dan maruah Timbalan Perdana Menteri dan isteri beliau.

Beliau seolah masih menggangap dirinya boleh dan berhak menulis apa saja yang beliau suka tanpa mempedulikan batas dan etika kewartawanan yang antara biasanya melibatkan pengesahan sesuatu maklumat dan sebagainya sebelum ia disiarkan.

" My article is political. My blog is political. Najib is political. Altantuya is a political issue ," katanya kepada para wartawan mengenai hal berkenaan.- 5/5/2008


-------------------------------------------------

Artikel Malaysia Today mengenai Altantuya: Kenyataan pejabat Timbalan Perdana Menteri



Pejabat Timbalan Perdana Menteri telah menghantar satu kenyataan kepada pengendali laman web Malaysia Today untuk menafikan berbagai dakwaan dalam artikel di bawah tajuk " Let's Send Altantuya's Murderers To Hell" yang disiarkan di laman itu pada 25 April yang lalu yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Sri Rosman Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia itu. Menurut kenyataan bertarikh 29 April yang ditandatangani oleh Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad memandangkan tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu adalah sangat serius dan membawa kesan negatif terhadap maruah dan imejnya, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.


Berikut ialah kenyataan penuh itu:

 

1. Saya ingin merujuk kepada rencana yang disiarkan pada laman web tuan di bawah tajuk " Let's Send Altantuya's Murderers To Hell" pada 25 April yang lalu. Untuk makluman pembaca laman web tuan, saya membuat kenyataan ini untuk menjelaskan perkara sebenar, memandangkan ada sindiran- sindiran dan juga komen-komen yang tidak berasas yang dilontarkan terhadap Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Razak serta isterinya, Datin Sri Rosmah Mansor.

2. Artikel tersebut menuduh bahawa kononnya Timbalan Perdana Menteri dan isterinya ada kaitan dengan pembunuhan seorang wanita Mongolia; bahawa kononnya Timbalan Perdana Menteri pernah menyokong permohonan visa wanita itu; bahawa kononnya rekod imigresen wanita itu telah sengaja dihapuskan dan kononnya ada gambar yang dirakamkan (menunjukkan Timbalan Perdana Menteri dan isterinya) bersama dengan wanita Mongolia itu. Kesemua kenyataan ini merupakan kenyataan padang-dengar (hearsay) yang tidak pernah dibuktikan, tetapi pihak tuan sewenang-wenangnya menyiarkan kenyataan seperti itu seolah-olah ianya fakta, dan menjelaskan pendirian pihak tuan, dengan menyebut " kami juga telah melaksanakan perbicaraan kami sendiri di mahkamah pendapat umum, dan kami telah mencapai keputusan kami sendiri."

3. Rencana berkenaan juga menggambarkan seolah-olah penyiasatan polis dalam kes ini penuh kelemahan dan kecacatan serta proses perundangan berkaitan kes ini juga dikompromi dengan tujuan menyembunyikan pesalah sebenar dalam kes itu. Gambaran ini pihak tuan nyatakan dengan ayat " show trial in the Kangaroo Court"dalam rencana terbabit.. Walaupun pada hakikatnya tuduhan-tuduhan dalam kes ini adalah tertakluk dalam bidang kuasa polis dan institusi kehakiman, Timbalan perdana Menteri berhak untuk mengulangi pendiriannya dalam "mahkamah pendapat umum' ini bahawa beliau tidak pernah kenal, malah tidak pernah bertemu dengan mangsa dalam kes bunuh ini. Maka segala tuduhan-tuduhan liar yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri , sama ada secara langsung atau secara sindiran, adalah tidak lain dan tidak bukan berniat jahat untuk mencemarkan nama baik Timbalan Perdana Menteri pada mata rakyat Malaysia.

4. Dakwaan seorang saksi dalam perbicaraan kes Altantuya bahawa konon-kononnya si mati pernah makan bersama dengan Razak Baginda dan individu bernama "Najib Razak" tidak pernah disahkan, malah kredibiliti saksi itu juga tidak pernah diteliti. Dakwaan kononnya ada gambar si mati dengan Razak dan Timbalan Perdana Menteri juga tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak melainkan gambar rekaan yang terbukti palsu serta dibuat dan dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PKR, Tian Chua. Jika benar gambar seperti yang didakwa itu wujud, mengapakah ia tidak dibawa ke dalam perbicaraan kes bunuh itu sebagai bahan bukti? Apakah "gambar" yang ghaib itu hanya boleh dijadikan bukti dalam "mahkamah pandangan umum" yang disebut dalam rencana itu?

5. Butiran kes, mengenai penglibatan Razak Baginda dan dua anggota polis yang dituduh, akan terungkai sepenuhnya dalam perbicaraan kes ini. Saya ingin menyatakan di sini bahawa dakwaan kononnya kes pembunuhan Altantuya ini pula bersangkut paut dengan pembelian kapal selam oleh Kerajaan Malaysia adalah tidak berasas sama sekali dan dakwaan itu dibuat semata-mata untuk menjadikan dongengan yang timbul sekitar kes ini lebih menarik.

6. Dato Sri Najib sekian lama menahan dan mengelak dari membuat sebarang kenyataan tentang kes ini kerana ia melibatkan tuduhan terhadap individu-individu yang beliau kenali. Sebarang kenyataan daripada beliau sudah tentu mengundang pelbagai tafsiran atau dianggap sebagai mencampuri urusan mahkamah, memandangkan perbicaraan kes itu sedang berlangsung. Suka diingatkan di sini bahawa pernah berlaku dalam sejarah negara ini, seorang bekas Timbalan Perdana Menteri didapati bersalah atas tuduhan menyalahguna kuasa apabila beliau cuba menutup penyiasatan salahlaku seksual terhadap dirinya.

7. Seperti yang dinyatakan sendiri oleh tuan dalam rencana itu, ada isu berkaitan "subjudice" dan penghinaan mahkamah, apabila membincangkan kes ini secara terbuka. Semua pihak, termasuk Dato Sri Najib, rakyat Malaysia, dan juga pelawat asing yang berada di Malaysia perlu menghormati undang-undang dan peraturan negara ini dan dalam konteks kes ini, menghormati undang-undang dan peraturan tersebut bermaksud tidak membuat pelbagai spekulasi atau kenyataan tentang kes yang sedang dibicarakan. Justeru, amatlah tidak adil tuduhan-tuduhan liar dan tidak berasas berkaitan perkara yang sebegitu serius dilemparkan sewenang-wenangnya terhadap Timbalan Perdana Menteri bagi tujuan menjatuhkan maruahnya pada pandangan umum.

8. Dalam rencana tuan, ada disebut "hal ini bukan hal politik dan tidak harus diuruskan sebagai hal politik". Timbalan Perdana Menteri amat bersetuju dengan pandangan ini dan berpendapat bahawa kes ini perlu mendedahkan kebenaran, dan diselesaikan dengan seadil-adilnya. Namun begitu, jelas sekali ada pihak yang tidak berminat untuk mendapatkan pengadilan yang sebenar untuk Altantuya. Sebaliknya mereka hanya berminat dengan aspek politik kes Altantuya ini. Harapan saya agar pembaca-pembaca laman web tuan dapat membezakan antara apa yang benar, separuh benar, dan apa yang sebenarnya pembohongan dan penipuan yang nyata. Maklum sahajalah, seseorang ahli politik itu diadili di "mahkamah pandangan umum".

9. Akhir sekali, ingin saya tegaskan di sini, bahawa, memandangkan tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu adalah sangat serius dan membawa kesan negatif terhadap maruah dan imejnya, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Terima kasih.

Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad

Setiausaha Akhbar Kepada Timbalan Perdana Menteri

29 April 2008

--- end ---
 
Ni aku nak tanya, lagu nikah penulis yang kita nak bagi hormat?

   

0 ulasan

Ahad, Mei 04, 2008

mesyuarat agung SBM cawangan Pulau Pinang

Dicatat oleh Teddybear Cute di 8:17 PM


hari ini, 4 mei, telah berlangsung mesyuarat agung SBM cawangan Pulau Pinang. Aku yang pada mulanya bercadang nak hadiri mesyuarat tersebut telah membatalkan niatku kerana kurang sihat.



menurut satu laporan yang diterima, Ahmad Saad telah dipilih sebagai timbalan pengerusi SBM Pulau Pinang. Tahniah kepada yang dipilih oleh rakyat.



Aku juga terpegun dengan keberanian saudara Hazimi atau Tok San yang menyatakan mengapa beliau meletakkan jawatan sebagai timbalan pengerusi tempoh hari. Tahniah di atas keberanian anda. Semoga keberanian anda ini akan dicontohi oleh para ahli SBM yang lain.


   

0 ulasan

Terima kasih menteri penerangan dan kabinet Pak Lah

Dicatat oleh Teddybear Cute di 8:08 PM


Wah, lega rasanya.



Di sini, aku secara peribadi ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada Menteri Penerangan dan seterusnya kabinet Pak Lah kerana telah bersepakat meneruskan siaran langsung persidangan parlimen di tv1.



Anda semua telah bertindak dengan bijak dengan meneruskan siaran langsung tersebut. Dengan adanya siaran langsung ini, dapatlah rakyat Malaysia melihat gelagat-gelagat para wakil rakyat yang dipilih oleh mereka. Dan sekarang, dapatlah kita melihat sama ada wakil yang dipilih ini, akan berkhidmat bagi kita atau hanya sekadar omongan kosong sahaja.



Sekali lagi, terima kasih.


   

0 ulasan

Kenangan di Sekolah Hj Zainul Abidin bahagian tujuh

Dicatat oleh Teddybear Cute di 8:03 PM


Bersambung di bahagian tujuh.



Sementara itu, guru matapelajaran sains kami ialah Puan Lim Siew Eng. Cikgu ni tegas orangnya. Dia tidak akan bertolak ansur pada sesiapa anak muridnya yang tidak membuat kerja rumah yang diberi.



Masih kuingat di suatu hari, semasa di makmal, beliau amat marah sebab dikatakan, kami tak buat kerja-kerja rumah yang diberi. Sebenarnya, kami buat kerja-kerja yang diberi tu, tapi guru resos yang bertugas tak buat transcription kepada beliau. Jadi rakan kami Rosmin yang terkenal dengan sikap panas baran telah melawan cakapnya. Apa lagi, dia telah pergi ke resos dan complaint kat cikgu Paulyn. Dan, yang lebih menghangatkan lagi keadaan apabila keseluruhan kelas menyokong tindakan yang dibuat oleh Rosmin. Dan pada sesi tersebut, matapelajaran sains langsung tidak berjalan.



Apabila cikgu Paulyn datang, kami berdiri di luar makmal. Kami berdiri sampai dekat nak habis waktu, barulah kami masuk. Barulah Puan Lim memanggil kami masuk ke makmal. Hari tu, duduk saja tanpa belajar apa-apa.



Semasa di tinghkatan empat, aku telah berkenalan dengan seorang pelajar perempuan dari tingkatan empat Cekal. Namanya Raja Rohaniza Awang. Beliau sungguh baik dan kadang, menolong kami setakat yang mampu. Tapi sekarang, aku pun dah terputus hubungan dengan beliau. Entah ke mana beliau menghilang. Sudah berkahwin agaknya.



Semasa di tingkatan empat, aku dan Yusuf ada mengambil matapelajaran agama islam. Mulanya dikatakan boleh mengambilnya untuk SPM. Tetapi sampai pertengahan, dikhabarkan, dah tak boleh dah. Dan yang menariknya, kami orang bukan islam mendapat markah yang paling tinggi dalam setiap peperiksaan atau pun ujian.



Telah berlaku suatu peristiwa di mana pada suatu hari, seperti biasa kami turunlah ke bilik resos apabila tamat waktu persekolahan. Kebetulan pada masa itu, guru sains Puan Lim Siew Eng berada di bilik resos.



"ha Khai Eong, mengapa tak pergi kelas sains saya?" "Ha cikgu denda kamu, tulis dua puluh kali, saya mesti pergi ke kelas sains." Beritahu Puan Lim. Aku agak terkejut jugak. Rupanya, beliau telah tersalah orang. Apa yang berlaku sebenarnya ialah seorang lagi pelajar resos iaitu Lim Kee Seong yang jatuh mono rail beberapa minggu lalu yang nampak mirip macam aku. Potongan rambutnya, sebiji macam rambut aku.



"Oh bukan Khai Eong lah, ini cikgu sudah silaplah, sorry sorry." "Cikgu ingatkan Khai Eong." Puan Lim berkata sambil meminta maaf. Lim Kee Seong agak panik bila tiba-tiba kena marah.



Puan Lim ada satu meja kat bilik resos. Ini untuk menyenangkan beliau untuk ke makmal bila ada kelas tingkatan empat dan lima. makmal untuk kelas tingkatan empat dan lima terletak di blok D.



Kini, tibalah penghujung tahun 1992. Dan seperti biasa, peperiksaan SPM untuk pelajar tingkatan lima sudah mula menampakkan wajahnya. Salah seorang pelajar resos iaitu Teng Eng Hong, sudah mula kelam-kabut dan seram-sejuk. Beliau ni, memang macam tu. Asyik nak menggelabah dan frust habis.



Semasa berlangsungnya peperiksaan lisan bahasa inggeris, semua pelajar telah pergi menghadirinya. Tidak terkecualilah Teng Eng Hong. Apabila selesai, semuanya balik ke bilik resos. "Aiyo Eng Hong, why are you." "Apa ini, semua basah baju ini." Cikgu Paulyn bertanya.



"Haiyo, i don't know lah, saya susah o mau jawab." Terang Eng Hong. "Aiyo, you janganlah tention, if you tention, nanti susah punya." "You pergi, and then relax saja." Nasihat cikgu Paulyn. "Aiyo, i Don't Know lah." "I afraid i could not anser the question." Cerita Eng Hong. "hey kamu ini, teruklah." Kata cikgu Paulyn.



Kini, tibalah cuti sekolah dan bermakna, tamatlah tingkatan empat. Pada tahun hadapan 1993, aku akan naik setingkat lagi iaitu tingkatan lima. Ini bermakna, tahun 1993 ialah tahun SPM.



Sementara itu, kami pelajar tingkatan empat telah mengucapkan selamat berpisah pada pelajar resos tingkatan lima iaitu Sun Sing, Rizal, Teng Eng Hong dan Saga Yanathan.


   

0 ulasan

Jumaat, Mei 02, 2008

Windows XPSP3

Dicatat oleh Teddybear Cute di 10:16 AM

Salam sejahtera semua.
 
    Wah, semalam, aku dah pun install Windows XP service pack 3.  Wah, ambik masa lama jugak nak install.  Download pun ok lah.  File dia 316 MB.  SP3 ni aku perhatikan, lebih stabil dari SP2.  nak download, ok, sila
klik sini
untuk muat turun file yang besar ni.  Windows harus genuin.

   

0 ulasan

Khamis, Mei 01, 2008

konsert sbm

Dicatat oleh Teddybear Cute di 2:53 PM

Daripada: Saifuddin bin Mohamad [mailto:ustazdin@streamyx.com]
Dihantar pada: 27 April 2008 11:55 PM

Makluman daripada tabung pembangunan usahawan

Satu konsert amal SBM 2008 akan diadakan seperti yang berikut

tarikh: 17 Mei 2008 Sabtu

masa: 8.00 malam

tempat: auditorium dewan bandaraya jalan raja laut Kuala Lumpur

untuk Ahli SBM tiket berharga RM25.00 dan bukan ahli RM50.00

sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai Eksekutif tabung usahawan SBM iaitu puan Siti Mazwiah di talian 03-40212942pada waktu pejabat atau 017-3833611

   

0 ulasan

Tolong jangan hentikan siaran langsung persidangan parlimen di tv1

Dicatat oleh Teddybear Cute di 1:22 AM


Salam sejahtera semua.



Pada pagi tadi, kita telah dapat menyaksikan siaran langsung persidangan parlimen Malaysia yang ke-12. Ini merupakan suatu sejarah buat Malaysia. Dengan adanya siaran langsung ini, maka dapatlah rakyat semua melihat gelagat wakil yang mereka pilih beraksi di parlimen. Sama ada, wakil yang mereka pilih itu membela mereka atau pun sebaliknya.



Tetapi, di hari pertama, kita telah pun dapat melihat gelagat segelintir ahli parlimen yang buat parlimen ni jadi macam pasar. Duapuluh minit berlalu dengan soal teknikal yang seperti mana telah diberitahu oleh speaker telah diselesaikan.



Dan ada lagi gelagat-gelagat segelintir ahli parlimen yang mungkin kita semua tidak dapat melihatnya kerana siaran langsungnya itu, hanya setengah jam sahaja. Ini merupakan suatu kerugian buat kita semua.



Tetapi, pada petang tadi, saya mendengar menteri Penerangan kata, dia akan kaji balik siaran langsung itu kerana terdapat segelintir ahli parlimen yang tidak dapat menjaga kesopanan mereka semasa di parlimen.



Bagi pendapat saya, siaran langsung ini hendaklah diteruskan. Biar rakyat melihat siapa sebenarnya wakil yang mereka pilih itu. Adakah wakil yang mereka pilih itu, sekadar berlakon di depan para pemilihnya atau pun, betul-betul ingin memperjuangkan nasib rakyat. Biarlah rakyat mendengar sendiri gaya bahasa yang mereka sama ada kasar, mencarut atau apa sahaja yang mereka tuturkan. Biarkan rakyat yang menilai. Jikalau mereka membangkitkan soal-soal sensitif, biarkan. Biar rakyat sendiri yang dengar dan nilai.



Ini adalah kerana, selama ini, rakyat mungkin telah disogokkan dengan lakonan segelintir ahli parlimen. Maklumlah, kami tak tau apa yang berlaku di parlimen. jadi mereka yang hadir di parlimen ni, bolehlah kelentong kami. Yalah sebab kami tak tau apa yang berlaku. Jadi, dengan adanya siaran langsung ini, mereka yang cuba nak berlakon ni, akan susah nak kelentong kami lagi. Sebabnya, kami dah dapat lihat sendiri gelagat mereka di parlimen yang mulia ini.



Jadi di sini saya berharap agar kementerian penerangan akan dapat meneruskan siaran langsung persidangan parlimen melalui tv1 dan harap ianya akan ditambah menjadi sejam atau dua jam.


   

0 ulasan

Jun 2008 April 2008 Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)




Arkit blog

  • ► 2006 (5)
    • Mei (5)
  • ► 2007 (56)
    • Jun (12)
    • Julai (13)
    • Ogos (6)
    • September (7)
    • Disember (18)
  • ▼ 2008 (246)
    • Januari (33)
    • Februari (20)
    • Mac (10)
    • April (21)
    • Mei (16)
    • Jun (10)
    • Julai (8)
    • Ogos (9)
    • September (16)
    • Oktober (36)
    • November (34)
    • Disember (33)
  • ► 2009 (251)
    • Januari (28)
    • Februari (58)
    • Mac (55)
    • April (29)
    • Mei (17)
    • Jun (20)
    • Julai (14)
    • Ogos (13)
    • September (8)
    • Oktober (7)
    • November (2)

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Payung Diraja

Payung Diraja

Keris Diraja

Keris Diraja

Ahli BPN


Pengikut

Pengunjung dari

Jumlah pengunjung

 
jumlah pengunjung

Penyumbang

  • Che Moq™
  • Teddybear Cute
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Senarai Blog Saya

  • ANGIN PERUBAHAN
    Bakar Stadium, Banjir & Wang Ehsan - Ketiga-tiga perkara ini bersangkut paut dengan Kelantan. Pada 7 November 2009, sesudah ketinggalan 0-3 kepada Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Ja...
    1 jam yang lalu
  • Bila Harimau Sudah Menaip...
    Kelantan dikuburkan tanpa talkin di Stadium Bukit Jalil - Semua orang menjangkakan bahawa penyokong Kelantan akan bertindak seumpama beruk malam tadi. Dan, semua orang menjangkakan bahawa penyokong Kelantan akan ...
    1 jam yang lalu
  • waadat
    Dr Maza: dosa siapa? - Sudah tentu Demang juga mengikuti perkembangan yang berlaku antara bekas mufti Perlis dengan pihak-pihak yang bertelagah dengan beliau. Cuma pada peringka...
    1 jam yang lalu
  • Suara OKU
    Info SBM Pulau Pinang - Pertandingan membaca brail akan diadakan pada 15TH November ini, kepada ahli SBM Pulau Pinang yang berminat, sila menelefon kerani bertugas pada waktu peja...
    2 beberapa jam yang lalu
  • DEPA KATA
    SIAPA BOS SEBENAR PAS? - Soalan yang dibangkitkan oleh wakil Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anuar Wafa , dalam seminar PAS siang tadi cukup menarik untuk direnung. Bunyi soalannya  c...
    4 beberapa jam yang lalu
  • tun faisal dot com
    Merealisasikan idea Satu Sekolah Untuk Semua - Rata-rata ramai yang menyambut baik idea Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) kerana hasratnya mulia, iaitu untuk meningkatkan perpaduan dalam kalangan masyaraka...
    5 beberapa jam yang lalu
  • ASPIRASI BANGSA - MASA UNTUK BERSATU!
    Abu Bakar Chik : "Saya sendiri rasa tidak hendak tengok muka profesor" - Dalam sesi 'percambahan minda' yang melibatkan Dr Abdul Aziz sendiri, pandangannya di *Sinar Harian* bulan lepas dan wawancara dengan * Malaysiakini* semala...
    5 beberapa jam yang lalu
  • buletin prihatin
    Memeluk islam, harapan pasca seminar khas PAS! - *Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. *Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! Al-Kaafiruun [109:1] Aku tidak akan ...
    5 beberapa jam yang lalu
  • Analisis Ringan Politik dan Isu Semasa Malaysia.
    Nizar OII!!! Kisah Aziz Bari dan Abang Kesayangannya Anwar Atartuk | Nizar News - Hubungan Anwar Ibrahim dan Aziz Bari bukanlah rahsia bagi pengikut gerakan Islam pada tahun 1970-an. Hubungan mereka bermula ketika Anwar Ibrahim berjawat...
    6 beberapa jam yang lalu
  • Pemuda UMNO Permatang Pauh
    Susah Betul Nak Membangunkan Kawasan Luar Bandar Di Pulau Pinang - "Perda telah membuat permohonan untuk memajukan beberapa bidang tanah tetapi tidak mendapat maklumbalas dari kerajaan negeri dan perkara ini dikatakan me...
    6 beberapa jam yang lalu
  • Bersama Mazidul
    Jangan Ke Lombok! - Artis, Sasabila Yunan, 15 tahun, disahkan mengandung beberapa minggu selepas dinikahkan imam kampung, Haji Makmur, dengan Hafiz di Kampung Bala Bali, Lombo...
    7 beberapa jam yang lalu
  • Suara Baru Pemuda Kapar
    Apabila agama tolak ketepi...parti pulak jadik ad..-deen...mabuk ker? adakah orang islam..maruah boleh dipijak...? Jawab sendiri - suara baru mengecam pakatan rakyat yang semakin lama semakin giat mencabul kedaulatan agama islam di bumi tercinta..ini.. Dengan pelbagai kecelaruan da...
    9 beberapa jam yang lalu
  • Panglima Perang Cyber
    Edisi Ahad : Hj Hadi umum akan terus setia bersama Anwar, Lim Kit Siang dalam Pakatan ! - Pas akan terus bersama Pakatan - Hadi 07/11/2009 1:58pm KUALA LUMPUR 7 Nov — PAS akan terus bersama-sama dalam parti pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR...
    10 beberapa jam yang lalu
  • AnwarDotCom
    Nik Aziz tinggalkan seminar politik PAS kerana tidak sihat -
    11 beberapa jam yang lalu
  • DUN KUBU GAJAH
    Menyaksikan Majlis Akad Nikah Puteri Boss Lama - Saya dan Keluarga meluangkan masa, menghadiri majlis akad nikah dan perkahwnan anak perempuan boss lama, Tan Sri Ramli Ngah Talin dan isteri, Raja Puan Seri ...
    12 beberapa jam yang lalu
  • House PK
    NIZAR KKK! AZIZ BARI DISURUH ANWAR UNTUK HINA HADI! - Dikhabarkan yang N.ajis telah dimasukkan ke dalam IJN kerana muntah darah, baca disini, tetapi yang peliknya ahlul-ahlul PAS semua tak ngaku, pelik betul la ...
    14 beberapa jam yang lalu
  • TAIPINGMALI (TM)
    JAIS JAIS JAIS: APA NAK JADI... - KENYATAAN AL-NIDAA’ MENGENAI TINDAKAN JAIS TERHADAP USTAZ DR. ABDULLAH YASIN Pada kira-kira jam 4.30 petang, Isnin 24 April 2006, Ustaz Dr. Abdullah Yasin,...
    14 beberapa jam yang lalu
  • Keris Pusaka Melayu
    SPRM sudah mula siasat isu Menantu Nik Aziz jadi CEO GLC Kelantan - Beberapa link boleh diklik bawah ini : 1. http://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/10/08/kronyism-nik-aziz/ 2. http://www.pmbk.gov.my/ 3. http://rockybru.co...
    18 beberapa jam yang lalu
  • GOMO
    Terkini-Kerajaan Perpaduan Antara PAS dan UMNO Berjaya Di Nikmati Rakyat Kelantan - Syukur kehadrat Ilahi atas kejayaan pasukan Kelantan yang telah mara ke perlawanan akhir Bolasepak Piala Malaysia. Kejayaan pasukan Kelantan ini membawa ...
    23 beberapa jam yang lalu
  • GERAKAN ANTI PKR
    KUMPULAN ATTATURK DALAM PAS. - ada beberapa perkara yang menarik berlaku sepanjang minggu ini. aku membawa aksi menarik politik melayu.anwar attaturk semakin menghampiri ajal politiknya. h...
    1 hari yang lalu
  • Rajahmas
    MUNGKINKAH GEMA "MARAKBAR" BERULANG DI SEMINAR PAS . - ** ** ** ** *Selepas Mursyidul Pas Dato' Tuan Guru Nik Aziz menghentam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi kini dihentam hebat oleh Prof.Dr.Abdu...
    1 hari yang lalu
  • Mohd Saiful Bukhari Azlan
    Mahkamah Tolak Permohonan Tertuduh. Alhamdulillah.. - **Ulasan saya dibawah* * KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- *Mahkamah Rayuan Jumaat menolak permohonan*Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwa...
    1 hari yang lalu
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
    HADI DAH TAK "STIM" - AZIZ BARI - "Dia sudang hilang stim. Sebahagian daripada tindak-tanduknya tidak datang daripada dia atau cuma disuap dalam mulutnya. Contoh yang paling jelas, (idea) k...
    1 hari yang lalu
  • AbangTuah
    GEOGRAFI DAN SEJARAH MINYAK. - WAHAI SEMUA JEBAT-JEBAT, KETURUNAN JEBAT, SUKU-SAKAT JEBAT DAN MEREKA YANG SEMERTABATNYA DENGAN JEBAT..!! SAHABAT BAIK TUAH, HANG MAMAK GERANGANNYA HENDA...
    1 hari yang lalu
  • KEMBARA DI PERJALANAN INI
    ISU WAHABI : KAJILAH SECARA HOLISTIK - Isu Wahabi kini tiba-tiba menjadi antara isu yang menonjol di akhir-akhir ini, ia bagaikan satu SARINGAN atau TAPISAN untuk umat Islam di negara ini. Meng...
    1 hari yang lalu
  • ohpolitik
    Apa Jadi Dengan Logo Jata Negara ni? - * Tengok logo Jata Negara yang dibuang & di'spray'. kerja sapa agaknya?* *Satu ni masih ada lagi logo Jata Negara. Yang len abis semua dibuang. * aku ja...
    1 hari yang lalu
  • PISAU.NET
    konvensyen blogger pas,umno bila lagi? - KUALA LUMPUR, 5 Nov: Lajnah Penerangan PAS Pusat (LPPP) mengambil inisiatif mengadakan Konvensyen blogger PAS, ekoran beberapa polimik besar parti itu ya...
    1 hari yang lalu
  • NOBISHA
    MUHASABAH UNTUK PAS - Esok -- Sabtu -- PAS akan mengadakan seminar bagi membincangkan isu-isu kepimpinan dan hala tuju parti itu. Ia adalah jawapan PAS kepada desakan Dato' Nik ...
    1 hari yang lalu
  • abe MIE
    KONSPIRASI Manohara (part 4) - Apa disebalik kisah Manohara? Adakah ia memaparkan moraliti bakal Pewaris Sultan Kelantan yang diterajui oleh PAS? 1. Benarkah ibu Manohara, Daisy Fajari...
    1 hari yang lalu
  • X - PKR [Dibaca: Pangkah Tolak PKR ]
    AnWAR, NIK AZIZ DAN HUSAM - ROYALTI MINYAK - 1. Pengumuman PM berkaitan pemberian wang ehsan ke negeri Kelantan disambut dengan perasaan bercampur baur oleh rakyat Kelantan. UMNO gembira, mungkin ada ...
    1 hari yang lalu
  • DIMENSI
    OHH CELCOM! MASALAH YANG TIADA KESUDAHAN - * assalamualaikum saudara jeffry, di sini saya ingin berkongsi masalah saya dengan saudara jeffry dan amat berterima kasih jika saudara dapat menyiarkan d...
    1 hari yang lalu
  • Meet Uncle Shah™
    Maaf, Aku Lihat BOGEL Pada Kamu!!! - hodoh! aku sinis pandang kamu perempuan! sisi lengan kamu nampak jijik bagi aku! bodoh! laksana keldai, elok lagi kamu bogel! aku lihat lelaki jalan...
    1 hari yang lalu
  • سڬالاڽ موڠكين
    Baru Setahun Di P. Pinang: Cina Nak Buang Jawi! - Bagaimana dan siapakah yang akan memartabatkan Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi kalau bukan bangsa Melayu itu sendiri. Saya tidak rasa tertekan dengan peng...
    2 beberapa hari yang lalu
  • MAHARAJA BLOGGER
    POLIS TRAFIK PALING RASUAH - Kejayaan Polis Diraja Malaysia memerangi jenayah perdagangan dan jenayah awam di negara ini tidak dapat dinapikan tetapi dilindungi oleh kegagalan polis traf...
    2 beberapa hari yang lalu
  • YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri
    MASANYA KITA BERSATU - Salam bloger, Wujudnya beberapa isu sejak kebelakangan ini, seperti penahanan pemimpin politik dengan rasuah dan terbaharu pula, tangkapan ke atas bekas M...
    2 beberapa hari yang lalu
  • one2many
    Komen Rasis dari Siapa? - [image: Anonymous] Ada satu komen dalam artikel saya yang terdahulu daripada seseorang (cina?) yang sangat rasis pada saya. Komen seperti ini tidak wajar d...
    2 beberapa hari yang lalu
  • MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
    INILAH MARDHATILLAH PAS!!!!! - BERHALA DIUTAMAKAN, QURAN DIPERMAINKAN.RESMI PAS
    2 beberapa hari yang lalu
  • Che Det
    SOUND BITES - PROTON - Dear Ir. Syahrizan, 1. I am not going to deny that in my time Proton was protected. All countries including Britain, Germany, Japan and Korea protect their c...
    2 beberapa hari yang lalu
  • Tugu Bangsa Tembok Negara
    Pelancaran Subsidi Beras Untuk Rakyat di Sungai Besar - PELANCARAN SUBSIDI BERAS UNTUK RAKYAT (SUBUR) DAN MINI MAHA Oleh : Y.A.B Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Bertempat Di : Dataran T...
    2 beberapa hari yang lalu
  • Belantan
    Anwar lah Punca Sebenar Perbalahan Dalam PAS! - Apa yang kita pasti adalah Anwar Ibrahim telah berjaya mempergunakan Pas demi mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Anwar merasakan Presiden Pas, ...
    3 beberapa hari yang lalu
  • Info Corner - Sudut Diskusi
    Bola Tanggung Untuk UMNO Sgor! Tunggu Apa Lagi..? - Klik sini Tajuk : Kafir Di Sgor Lebih Tauliah Dari Dr Asri Klik sini Tajuk : Sultan Dah Beri Amaran, UMNO Buatlah Laporan Polis
    3 beberapa hari yang lalu
  • yeopPERAK
    Kemana hala tuju Ibrahim Ali - Isu status Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali sama ada akan menyertai semula UMNO atau terus kekal di luar parti itu menarik perhatian. Desas-desus menge...
    3 beberapa hari yang lalu
  • ANEKAMINDA
    Nilai Pembaziran.... - Ada orang memberitahu saya bahawa untuk menilai tahap keakraban atau jumlah syaitan yang berdampingan dengan manusia adalah dengan melihat sebanyak mana pe...
    3 beberapa hari yang lalu
  • Malaysia - Kingdom Of Heaven
    Old Town White Coffee HARAM - Saya ada cerita yang mahu abe MIE siarkan di dalam blog untuk dibaca kepada seluruh umat Islam di Malaysia, khususnya orang Melayu mengenai perniagaan kafe...
    4 beberapa hari yang lalu
  • Malim Muda
    Kong ka li kong - cerita itu berbunyi lagi bila dilanda kontroversi cerita itu tidak pernah sunyi bila ada yang cuba `menyanyi´ cerita itu tidak pernah suci bila kotornya se...
    4 beberapa hari yang lalu
  • Dr Mohamad Khir Toyo
    Kereta Lama, Peraturan Baru - 1. Keputusan kerajaan mewajibkan kenderaan berusia 15 tahun ke atas menjalani pemeriksaan tahunan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) denga...
    4 beberapa hari yang lalu
  • *AndAi InI TaKdIrNya UntuKku*
    kerja gilak - 30-11-2009 Tepat jam 2.30 petang Kak Awwa masuk ke bilik air. Selalunya tingkap bilik tak di tutup. Manakala langsir Kak Awwa ikat saja nak bagi cahaya mat...
    4 beberapa hari yang lalu
  • Suara Perpaduan Melayu
    ORANG MELAYU PULAU PINANG TERPINGGIR ATAU DIPINGGIRKAN? - Pada 2 Nov. 2009 jam 10.00 malam, Program Di Luar Lingkup (DLL) RTM1 telah membicarakan tajuk yang sekian lama dibincangkan sejak dulu tapi tidak ke mana-m...
    5 beberapa hari yang lalu
  • Perak Bangkit - Musnahkan Pakatan Riot
    Nik Aziz yang bawa PAS keluar daripada BN - Inilah hakikat yang sebnarnya. Kesusahpayahan Datuk Asri menyahut saranan Tun Razak untuk menyatupadukan Melayu telah dipunahkan sebegitu sahaja oleh Nik A...
    5 beberapa hari yang lalu
  • KEPAL NASI KEPAL BERAS
    KERETA TUA... - Berapa ramai pemilik kenderaan yang berusia 15 tahun ke atas terlibat hasil dari dasar baru automotif negara? 100,000 atau 200,000 atau lebih dari angka in...
    5 beberapa hari yang lalu
  • Pewaris Melayu
    UMNO bukan parti rasis - "Lihat dasar Umno daripada dulu. Jika kita perkauman, sudah tentu kita suruh tukar nama, macam di negara jiran kita... tukar kepada Hartono. Kita tidak a...
    5 beberapa hari yang lalu
  • mimpi916
    Sumpah Saiful menjadi? - Berbual dengan seorang sahabat, pasal kepincangan PKR yang semakin menampakkan keretakkan. Seorang demi seorang meninggalkan PKR dan Pemimpin De' Factor. P...
    6 beberapa hari yang lalu
  • IPOHMALAY
    Tiada Bonus, COLA Kekal, Win-Win Situation - Ramai kakitangan awam yang tersinggung apabila banyak pihak menempelak CEUPACS tetapi bukan semua kakitangan awam yang gagal memahami situasi kewangan nega...
    1 minggu yang lalu
  • SARFAMS
    Hanya Sedikit Komen - Assalamualaikum dan salam perpaduan, 1. Artikel berkaitan Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat yang diwar-warkan ditulis oleh saya adalah tidak benar. 2. Penul...
    1 minggu yang lalu
  • masterpiece
    Sebuah mengapa dari sudut jiwa - (Dia pernah berkata pada suatu hari di sebuah perbukitan kontang) Mengapa dengan selalu memberi, kita jarang menerima? dengan sering menyerah, kita selalu...
    1 minggu yang lalu
  • BESI WAJA
    Bicara Isu - Luahan Rasa Rakan Sejawat Tengah hari tadi, seorang rakan sejawat menelefon saya. Beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar di salah sebuah sekolah pen...
    1 minggu yang lalu
  • SBM Melaka
    LAWATAN SBM MELAKA KE PULAU LAGENDA MAHSURI LANGKAWI,23 -26 OKTOBER 2009 - minyak gamat sedang dimasak.
    1 minggu yang lalu
  • WARISAN@PAHANG
    PAS : Aku Atau Mu Letok Jawatan?. - *Wajarkah 2 Orang Ini Meletak Jawatan?.* *(Gambar Di atas Ditemui Dalam Blog).* ** ** Ajis diminta berdepan di dalam gelanggang pada hari esok Rabu, beliau ...
    1 minggu yang lalu
  • JENTAYUABAKA
    ERA PERPADUAN = TUN RAZAK/DATUK ASRI = DS NAJIB/DS HADI - 1. Exco Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata sesetengah ahli PAS cukup berani berbohong dan memfitnah melalui blog."Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup b...
    1 minggu yang lalu
  • Pemuda IKS
    Kempen DAFTAR & UNDI - Berdaftarlah Dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) - Mesti semua orang tahu pasal kes YB Tian Chua (Ahli Parlimen Batu) gigit polis suatu ketika dahulu. Keputusan kes dah dapat. Kalau beliau hilang kelayakan ...
    1 minggu yang lalu
  • amirul's blog
    Happy Birthday To Mylove... - Salam... Setelah berehat panjang sempena cuti raya ( raya kan sebulan?! )... kini aku kembali mencoret sepatah dua didada blog aku yang sudah berkarat.....
    2 beberapa minggu yang lalu
  • O.N.E forever
    SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI - Assalamualaikum, Pesta cahaya kali ini diharapkan dapat terus memberikan kegembiraan kepada setiap mereka yang menyambutnya tidak kira yang muda mahupun ya...
    3 beberapa minggu yang lalu
  • DOA IBU SEPANJANG JALAN
    Bagan Pinang - PAS TIADA AURA - TAHNIAH BN. Sejak pukul 6:15 ptg mataku ralit melihat skrin LIVE keputusan yang bertukar2 dari masa ke semasa.Dan keputusan terus menerus memihak kepada ...
    3 beberapa minggu yang lalu
  • The Real Malaysian Posts
    Rusuhan Bagan Pinang - 10/10/2009,Sabtu Jalan sesak teramat sangat mulai Teluk Kemang ke Markas BN (roundabout) sekitar 11.00 malam sehingga 3.00 pagi, penyokong-penyokong PAS mela...
    3 beberapa minggu yang lalu
  • UMNO BAGAN PINANG
    PENGUNDI BAGAN PINANG TOLAK CALON IMPORT -
    4 beberapa minggu yang lalu
  • CaBaiKeRinG...
    Jom Pi Tengok Pak Itam Menari! - aku bangun pagi aku gosok gigi aku makan roti dhl telepon aku aku dapat satu aku belek belek aku bukak bukak aku lompat lompat aku dah dapat apa yang aku do...
    4 beberapa minggu yang lalu
  • MASTER DEDAH
    KENANGE LAMO DI MCKK - KALAU MU TOK CAYO..MU GI TANYO KAT SAING SAING NUAR BRAHING DAN KAMARUL BAHRING KAT MCKK. DNA PUNG MASIH ADA LAGI KAT TILAM DOUBLE DECKER TU. SESUAI DI CE...
    4 beberapa minggu yang lalu
  • Utusan Che Moq™
    Khalid Lembu : Perbezaan Pelacur Politik Dan Kisah Itmam Al Wafa - Merujuk kepada artikel Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samat, Firman Khalid di perenggan ke 10 bahawa :- "Menurut kisah ini juga, maka adalah jelas ba...
    1 bulan yang lepas
  • ANAK MELAKA
    MASA TENGAH SAYANG KENTUT PUN WANGI... - *Salam,* ** *1.Ustazah Siti, isteri kepada Ketua Dewan Ulama PAS Perlis Abd Rashid Rahman mendakwa beliau hanya menerima nafkah dari suaminya sebanyak RM30...
    1 bulan yang lepas
  • Welcome
    BN MESTI LETAK CALON TERBAIK UNTUK MENANG - *CALON TERBAIK PERLU DILETAKKAN OLEH BN* BN perlu meletakkan calon yang terbaik yang memenuhi aspirasi akar umbi di DUN Bagan Pinang untuk memastikan kejay...
    1 bulan yang lepas
  • MAWARBERDURI
    REBUTLAH KELEBIHAN DI BULAN RAMADHAN - *KELEBIHAN SOLAT TARAWIH* 1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. 2. Keleb...
    2 beberapa blan yang lalu
  • PEWARIS
    KRONOLOGI ADUAN MASALAH KUIL SEKSYEN 19 (SEPT. 2000 – OGOS 2009): - *KRONOLOGI ADUAN MASALAH KUIL SEKSYEN 19 (SEPT. 2000 – OGOS 2009):* *Info, Aduan dan Perjumpaan penting dbuat oleh penduduk mulai September 2000 - Mei 20...
    2 beberapa blan yang lalu
  • MEMBELA NASIB ORANG BUTA KITA
    Pengalaman rakan: Ada apa dengan KL? - OK. Cerita ini dipetik dari rakan penulis. Mari kita sama-sama fikirkan. Sebab ianya ada kaitan dengan topik yang Barn post tempoh hari. Ramai orang buta...
    2 beberapa blan yang lalu
  • Laman Rasmi Bloggers Pembela Negara
    Resolusi 7/2009 : Anwar Pengkhianat - Ramai sahabat BPN telah mendesak agar dibuat resolusi mengutuk Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Alif Ba Ta. Namun kerana kesibukan dan faktor tertentu mak...
    2 beberapa blan yang lalu
  • warna-warnahidup
    percubaan. - asslamualaikum ini sebagai perbubaan.
    2 beberapa blan yang lalu
  • r b f
    PERTUKARAN ALAMAT BLOG - ATAS FAKTOR SEDIKIT KESILAPAN TEKNIKAL BERMULA 27.JULAI.2009 BLOG RBF TELAH BERTUKAR KE ALAMAT SEPERTI BERIKUT http://ruangbicarafaisal.blogspot.com HARA...
    3 beberapa blan yang lalu
  • Kehidupan Seorang Aku
    Perpindahan..lagi.. - Sudah lama tidak menulis / update blog ini..terasa seperti kisah hidup ada kelompongan dan kekosongan sepanjang beberapa bulan yang lepas. Pelbagai perkara y...
    3 beberapa blan yang lalu
  • Mata Hati Jiwa
    PAS NYAWA IKAN - HASRAT PAS UNTUK MENANG DI MANIK URAI DENGAN LEBIH 2000 MAJORITI TIDAK KESAMPAIAN..MALAH HANYA MENANG DENGAN MAJORITI 65 UNDI... JANGKAAN PENGUNDI YANG BAL...
    3 beberapa blan yang lalu
  • SEDARLAH BANGSAKU
    GAGASAN MALAYSIAN MALAYSIA HANCURKAN MELAYU - Gagasan Malaysian Malaysia Hancurkan Melayu! Daripada apa yang dibaca melalui forum Internet mengenai bahaya gagasan Malaysian Malaysia, jelas sekali gene...
    3 beberapa blan yang lalu
  • SuRiA PaGi
    - test
    4 beberapa blan yang lalu
  • ♠my life revolve just around me♠
    KISAH CINTA - ok...citer nie lak jadik 5.oo pagi hari nie..aku tengah best2 tido then opah aku kejot kan aku..opah aku tuu bese laaa..ngadu saket laa ape laaa tp tak sak...
    6 beberapa blan yang lalu
  • DS SHAHIDAN
    Terima Kasih Semua... - Salam, Alhamdulillah, kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. yang masih memberikan saya kekuatan untuk terus menulis dalam ruangan ini. Saya ingin mengambil ke...
    7 beberapa blan yang lalu
  • Muhammad Muhd Taib
    Perpaduan Asas Kejayaan Malaysia - Salam untuk semua. Apapun yang kita cari dan kejar samada mahu menegakkan ideologi politik kepartian dan sebagainya, kita tidak boleh lupa dan abaikan baha...
    7 beberapa blan yang lalu
  • Profesor Asia
    Kenali Tokoh Perjuangan: Al-Fatih - Sabtu, 2009 07 March Kenali Tokoh Perjuangan: Al-Fatih Muhammad II (Bahasa Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih (الفاتح) atau “Si Pena...
    8 beberapa blan yang lalu
  • Pahang Daily
    “Gua jahit kasut bukan jahit olang” - Salam dari Pak Tam untuk semua terutama pada Warga Pahang yang dikasihi. Semalam Pak Tam menerima satu Khidmat Pesanan Ringkas dari seorang kawan di Perak....
    8 beberapa blan yang lalu
  • air kopi pahit tapi enak...
    DUN Perak mahu dibuat sidang tanpa perkenan Sultan tidak sah - 'Sidang DUN tergempar tidak sah' IPOH 1 Mac - Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Selasa ini yang dicadangkan mengikut Peraturan Tetap ...
    8 beberapa blan yang lalu
  • Arifshah.com
    Anak-Anak Cemerlang DUN Seberang Jaya Diberi Pengiktirafan - Sabtu, 14 Feb 09 – Taman Pauh Jaya ( Oleh : Izwan ) [image: upsar-pmr-1] “ Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian , bersusah-susah dahulu, bersen...
    8 beberapa blan yang lalu
  • PRK Kuala Terengganu 2008
    Unofficial Result from : http://harismibrahim.wordpress.com/ - *9.08pm Update* The team at the PAS IT centre has reported that the tallying process has stopped as PAS has declared victory based on unofficial reports ...
    9 beberapa blan yang lalu
  • andikaputra
    SIMPOSIUM PEKERJAAN ORANG KURANG UPAYA PADA 15 & 16 DISEMBER 2008 DI GRAND PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR - Pada 15 dan 16 Disember 2008 yang lalu telah diadakan satu Simposium Pekerjaan Orang Kurang Upaya di Grand Pacific Hotel Kuala Lumpur. Apa yang menarik per...
    10 beberapa blan yang lalu
  • Komuniti Orang Kurang Upaya. Google Group
    Re: [komuniti_oku: 23949] Potensi kulit durian rawat kanser - Ha, bagaimana pula dengan kulit rambutan, langsat, manggis dan lain-lain? ----- Original Message ----- To:
    1 tahun yang lalu

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner