Rabu, Disember 31, 2008

Selamat tahun baru buat semua.

Di sini, penulis ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pengunjung budiman.  Semoga dengan tahun baru ini, kita akan dapat menghadapi segala cabaran.  Jadi, selamat menyambut tahun baru.

Selasa, Disember 30, 2008

Nyaris terbakar.

Pada hari Ahad yang lalu bersamaan 28 Disember, satu acara indoorgames telah diadakan di bangunan SBM cawangan Pulau Pinang di Lorong Inang 2 Bukit Mertajam.  menulis cerita teman penulis, banyak juga yang mai acara tu.

 

Aha, tetapi di sebalik indoorgames itu, ada sesuatu yang menarik telah berlaku.  Apakah yang berlaku?  Bangunan hampir terbakar akibat litar pintas.

 

menurut cerita teman penulis, pada hari tersebut, kesemua empat biji penghawa dingin telah dibuka serentak.  Akibat daripada penggunaan kuasa letrik yang berlebihan, ianya telah mencetuskan percikan api di suis utama.

 

Teman penulis telah ternampak kejadian itu.  Akibat percikan api itu, asap telah menyelubungi ruang tamu bangunan itu.  Teman penulis telah bertindak pantas pergi menutup semua suis letrik dan membuka semua tingkap yang terdapat di situ.

 

Tetapi, teman penulis agak kecewa dengan perangai si buta yang hadir pada hari tersebut.  Apa tidaknya, bila disuruh mereka lari, mereka boleh duduk dengan releks dan tenang.  penulis merasakan, si buta semua ni, dah tak sabar nak gol agaknya.  malah, ada yang boleh siap makan lagi tanpa memperdulikan apa yang telah berlaku.

 

Teman penulis telah berlari ke tingkat atas untuk mengarahkan mereka yang berada di atas supaya turun dan keluar dari bangunan itu buat sementara waktu.  “Kami sedang dok main.”  “Jangan kacau.”  Itulah yang depa kata kat dia.  Ha, dia pun tinggallah depa.  Mungkin mereka ni, tak sabar nak pergi kot.

 

Di sini saya ingin mencadangkan kepada pihak SBM supaya buat satu peruntukan khas kepada cawangan yang didapati ada penggunaan letrik yang kuat supaya mereka dapat menukar sistem wayaring di bangunan tersebut.  Contohnya SBM Pulau Pinang.  Bayangkan empat biji penghawa dingin dibuka serentak.  nasib baik kejadian litar pintas itu hanya percikan api.  Apa akan berlaku jika sekiranya berlaku letupan dan bangunan itu terbakar?

Undang-undang cyber perlu diwujudkan sekarang

Semenjak akhir-akhir ini, ada individu sudah berani membuat blog semata-mata untuk menghina agama orang.  Ini terutamanya agama islam.  Semua ini berlaku dengan alasan, kebebasan bersuara.

 

Adakah menghina agama orang itu kebebasan bersuara namanya?  nampaknya, ada manusia yang langsung tidak matang di negara ini.  mereka melaung-laungkan kebebasan semata-mata untuk kepentingan diri dan tembolok mereka sahaja.  Mereka tidak memperdulikan perasaan orang lain sama sekali.

 

Penulis berpendapat, sudah tiba masanya sekarang pihak kerajaan mengwujudkan satu undang-undang khusus untuk mengawal kewujudan blog-blog yang tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral ini.  Pihak kerajaan tidak boleh lagi memberikan alasan kebebasan untuk menidakkan kewujudan undang-undang cyber ini.

 

Mungkin ada pihak-pihak yang berkepentingan yang akan menentang kewujudan undang-undang cyber ini.  Tetapi, ianya amat perlu untuk mengekang gejala-gejala yang tidak bermoral yang sedang berlaku sekarang.

 

Kerajaan harus ingat, mereka yang lantang menyuarakan kebebasan ini selalunya ada hasrat dan muslihat yang terselindung.  Pihak kerajaan harus ingat, bukan semua perkara boleh diberi kebebasan.  Sebab itu, manusia perlu beragama.  Untuk apa?  Supaya agama boleh mengatur kehidupan mereka.

 

Oleh itu, penulis menyeru supaya pihak kerajaan dengan tegas, mengwujudkan undang-undang cyber untuk mengekang kewujudan anasir-anasir yang langsung tidak bermoral ini.

Sabtu, Disember 27, 2008

Siaran tv yang tidak mesra oku penglihatan

Beberapa hari yang lalu penulis ada berbual-bual dengan beberapa teman di skype.  Topik yang diperbualkan ialah tentang siaran-siaran tv zaman sekarang yang sudah tidak mesra oku penglihatan.

 

pada masa dahulu, kami oku penglihatan boleh mengetahui rancangan-rancangan tv yang sedang dan akan disiarkan.  Tetapi sekarang, segalanya telah berubah.  kami sudah tidak mengetahui lagi apakah nama rancangan, drama atau pun filem yang sedang ditayangkan di kaca telivisyen.  Semuanya gara-gara tidak ada lagi petugas atau pun dj yang menghebahkannya.  Pada masa dahulu, ya memang ada petugas yang menghebahkan nama rancangan, drama atau filem yang bakal ke udara.  Secara tak langsung, ianya telah amat menyusahkan kami oku penglihatan.

 

kami juga sudah tidak dapat mengetahui susunan rancangan tv untuk disiarkan di sepanjang hari.  Semuanya gara-gara mungkin susunan rancangan itu hanya ditulis di skrin tv sahaja.

 

Begitu juga berita-berita di kaca telivisyen.  ianya juga sebahagiannya sudah tidak mesra oku lagi.  Cuba kita lihat.  Apabila sampai sahaja laporan cuaca atau laporan saham, hanya muzik yang ke udara.  maka terpaksalah kami warga oku penglihatan ini meminta bantuan dari kawan-kawan celik untuk membacakan apa yang tertulis di skrin telivisyen itu.  Ini benar-benar amat menyusahkan kami warga oku penglihatan ini.

 

Begitu juga dengan info-info semasa yang berlaku di persekitaran kita.  Pada masa dahulu, ada juruhebah yang akan membacakannya, tetapi sekarang, ianya hanya terpapar di skrin telivisyen sahaja.  jadi, amat sukarlah bagi kami.

 

Kami juga bercerita tentang kesukaran kami untuk menonton/mendengar drama-drama luar selain dari drama inggeris.  Contohnya yang paling dekat ialah drama mexico dan juga drama Venezuella.  Bagi orang celik, mereka boleh membaca sarikata yang tertulis di skrin telivisyen itu.  Tetapi, bagaimana pula dengan golongan oku penglihatan seperti kami ini?

 

Suatu masa dahulu, RTM melalui siaran tv1 banyak menyiarkan drama-drama alihbahasa seperti drama dari Brazil dan mexico serta Jepun.  Tetapi sampai kepada suatu masa, ianya hilang begitu sahaja.  Dan kami berterima kasih kepada syarikat Media Prima Bhd melalui saluran tv9 kerana telah mengambil daya usaha mengutamakan banyak rancangan dalam bahasa melayu.  Sekarang, terdapat sebuah drama bersiri Filipina yang dialihbahasa yang disiarkan oleh tv9.  Ianya ke udara setiap Isnin hingga Khamis jam 12:00 tengahari.  namanya tak tahu sebab tiada siapa yang baca.  Amat seronok drama itu.

 

Jadi diharapkan agar tv9 dapatlah menyiarkan rancangannya dalam bahasa melayu 100% supaya kami golongan oku penglihatan berpeluang mendengar/menonton drama-drama luar yang selalu dikatakan hebat itu.

 

kerajaan harus mengambil inisiatif untuk melihat permasalahan golongan oku penglihatan ini.  RTM khususnya, perlulah menjadi sebuah stesen contoh mesra oku penglihatan.  Sekurang-kurangnya, apalah salahnya, kalau rakamkan suara dj untuk memberitahu rancangan yang bakal ke udara selepas sesuatu rancangan itu.  Begitu juga dengan berita.

 

Stesen swasta juga tidak harus memikirkan keuntungan semata-mata.  mereka juga harus berbuat sedikit kebajikan.

 

Adalah diharapkan permasalahan kami golongan oku penglihatan untuk mendengar/menonton tv akan sekurang-kurangnya dapatlah diatasi walau pun sedikit.

Jumaat, Disember 26, 2008

KENYATAAN MEDIA BLOGGER PEMBELA NEGARA TERHADAP BLOG HINA ISLAM

 

KENYATAAN MEDIA BLOGGER PEMBELA NEGARA TERHADAP BLOG HINA ISLAM

BPN memandang serius blog blog yang menghina Islam dan juga Nabi Muhammad yang semakin berleluasa sekarang... Ia menggunakan identiti yang disyaki palsu dan sangat berani menyentuh sensiviti agama Islam termasuk menghina Nabi orang Islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w..

Beberapa blog telah seperti http://surind.blogspot.com/,http://pedestrianinfidel.blogspot.com/ termasuk terbaru blog http://adibahahmad.blogspot.com/ adalah antara blog blog yang telah dikenal pasti menggunakan ruang siber untuk mengguris hati umat Islam di seluruh dunia..

BPN akan melawan habis habisan blog yang telah berani secara terang terangan mencemar kesucian agama Islam sedangkan umat Islam tidak sedikitpun disuruh menghina agama lain, demi memelihara keamanan dan kestabilan negara Malaysia.

BPN menggesa Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap blogger tersebut yg sengaja ingin merosakkan perpaduan rakyat M'sia yg berbilang bangsa & agama.

BPN juga tidak akan membenarkan blogger muslim menghina agama agama lain bahkan akan menuntut mereka menghormati kepercayaan agama selain Islam meskipun dalam masa yang sama tetap beriman dengan penuh keyakinan bahawa Tuhan yang Esa ialah Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Nya..



Yang Benar,

PANGLIMA PERANG CYBER
http://penembak-tepat.blogspot.com/
Yang Dipertua,Blogger Pembela Negara ( BPN )

BN dan internet

Seperti yang telah diketahui, internet sekarang menjadi satu medum yang amat penting untuk semua.  Melalui internetlah banyak berita sama ada berita benar atau pun berita fitnah kita perolehi.  melalui internet jugalah gambar-gambar lucah juga amat mudah diperolehi.

 

Dan kini, internet melangkah setapak lagi dengan era baru.  Era baru yang dimaksudkan ialah era blogging.  Blog kini, tumbuh bak cendewan.

 

Seperti yang kita ketahui juga, kemenangan besar parti pembangkang juga adalah hasil blog-blog yang mereka wujudkan untuk memberikan informasi-informasi kepada rakyat.

 

Dan, perkara ini juga telah diakui oleh Pak Lah dan beberapa orang menteri yang lain.  Tetapi, adakah kini BN sudah belajar mendampingi internet?  jawapannya, belum.  Masih ramai ahli-ahli BN yang buta internet.  kalau mereka celik internet pun, mereka buta blog.

 

Malah, ada kedengaran beberapa ahli dari Umno mengatakan bahawa mereka tak cukup duit nak buat blog.  Ini adalah satu kenyataan yang teramat bodoh bagi penulis.  Apakah duit boleh menghasilkan semua yang kita kehendaki?  Tun Mahathir wujudkan MSC, tapi orang BN jadi bodoh tak reti nak manafaatkannya.  Sebaliknya, pembangkang yang telah memanafaatkannya.

 

Tidakkah ahli BN ini banyak membaca?  Tidakkah mereka tahu bahawasanya blog ini boleh diwujudkan tanpa sebarang bayaran?  Kenapakah begitu jumud sekali pemikiran mereka ini?

 

Kepada mereka ini, janganlah asyik sibuk saja dengan hal-hal kerja.  Bukalah mata dan celikkan minda.  Dampingilah rakyat.  jangan asyik ingat duit saja.  mati esok ni, masuk lubang kubok jugak.  Duit tu takkan ikut hang pun.

 

kalau dah tak reti sangat nak buat blog, mai cari aku, aku boleh ajaq.  Aku yang tak nampak ni, boleh buat blog sendiri, ni hampa yang mata celik cerah ni sampai tak reti satu apa pun tentang blog.

 

Umno pulak masih ada undang-undang lapok menghalang penggunaan blog.  Apa punya cerita ni.  Berubahlah kalau nak mengikut peredaran zaman.

 

Jika hanya orang atasan sahaja yang melaungkan perubahan dan anak buah taknak ikut, tak boleh nak salahkan orang atasan.  Salahkan anak buah yang berfikiran jumud, kolot serta ketinggalan zaman.

 

Penulis dapat tahu lembaga diseplin bagi warning kat seorang ahli Umno pasai guna blog untuk kempen.  Apa pasai?  Ada salahkah?  Yang tu tak taulah pasai kita tak tau apakah punca timbulnya amaran tersebut.  harap dapat diperjelaskan oleh lembaga diseplin itulah.  kalau tak dijelaskan, sahlah mereka ni berfikiran zaman type writer.  hello pakcik, atok, nenek, sekarang bukan zaman type writer lah.  Sekarang, zaman komputer dan blog.  Tak reti-reti lagi?  Kalau tak reti, belajaq.  Ilmu mesti dituntut sampai ke lubang kuboq.

 

kepada penyokong BN, marilah kita tegur BN ini seboleh-bolehnya.  Kita jangan menjadi penyokong yang taksub tak tentu pasai.  Ingat, ketaksuban akan membawa rebah.

 

Kepada puak-puak kolot BN, tolong jangan halang penggunaan blog.  Kalau anda merasakan apa yang dibuat itu tidak sesuai, sila berambus dan pergi jauh-jauh dari BN.  BN tidak memerlukan orang-orang kolot dan jumud seperti anda.  Orang-orang seperti anda inilah yang akan membawa kemusnahan kepada BN dan akan menyusahkan masyarakat.

 

Kepada ahli BN yang sudah mula berjinak dengan blogging, teruskan hasrat yang murni itu.  usah dipeduli kepada sampah-sampah yang hanya menyusahkan ini.  Teruskan hasrat dan niat baik anda itu.

Khamis, Disember 25, 2008

Hudud. Adakah ianya kejam?

Hudud merupakan suatu undang-undang di dalam agama islam.  Tetapi, bukan semua negara islam itu mampu melaksanakannya kerana beberapa kekangan yang tertentu.

 

Di Malaysia, sebuah parti islam Pas berkata, dia akan laksanakan undang-undang hudud jika sekiranya dapat menubuhkan kerajaan.  Dan penulis ingin bertanya, adakah mereka berkeyakinan tinggi untuk melaksanakan undang-undang tersebut?

 

Hukum tuhan jangan dipersenda.  mereka harus menilai dan mengkaji, sejauh mana pengetahuan orang bukan islam terhadap hudud itu.  Adakah orang bukan islam telah diberi kefahaman yang secukupnya mengenai hukum hudud?  jawapan penulis, belum atau tidak langsung.

 

Cuba kita tanya orang bukan islam tentang hudud.  Apa jawapan mereka?  Secara automatiknya, mereka akan menganggap hudud itu kejam sebab potong tangan.  Itulah pemahaman yang diberi kepada orang bukan islam.  Hudud itu potong tangan.

 

Kalau betul mereka nak laksanakan undang-undang hudud itu, mereka seharusnya memperlengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang sejelas-jelasnya tentang hukum hudud itu supaya dapat mereka memberikan penerangan yang sejelas-jelasnya kepada orang bukan islam apa itu hudud.  Tetapi, adakah mereka benar-benar memahami hudud itu sendiri?

 

Satu lagi saya syorkan, sebelum nak laksanakan undang-undang islam, sila cermin dulu keadaan diri.  Bagaimanakah keadaan diri itu.  Bagi saya Pas masih belum layak laksanakan undang-undang hudud jika sekiranya mereka tidak mengubah sikap mereka yang suka membuat fatwa ikut sedap mereka.  Kalau mereka buat tak apa, tapi kalau orang lain buat, kafir kata mereka.

 

Contoh yang paling senang ialah mengkafirkan Umno kerana bekerjasama dengan bukan islam.  Nah sekarang?  Siapa yang kafir?  mereka atau Umno?  Mereka bukan setakat bekerjasama dengan bukan islam, malah membiarkan ayat alquran digunakan dengan sewenang-wenangnya.  Tak boleh macam tu.  Pas juga gagal menerangkan kepada kawan-kawan mereka apa itu islam dan cara hidup sebagai muslim yang sejati.

 

Undang-undang ciptaan tuhan, tidak akan ada cacat celanya.  Cuma manusia itu sendiri yang selalu menyempitkan hukum tuhan demi untuk kepentingan diri dan puak mereka.  Inilah masalahnya.

 

Jangan tutup kelemahan diri dengan menyalahkan orang lain tentang apa yang sedang berlaku.  Mungkin anda boleh melepaskan diri dengan berbuat begini.  Tapi ingat, anda tidak akan sekali-kali terlepas dari pemerhatian tuhan yang maha esa di atas segala kelakuan dan tindak-tanduk anda selama ini.  Anda sudah tentu percaya dengan hari akhirat kan?

 

Ingat, di padang Mahsyar apabila perbicaraan dijalankan di depan tuhan, tidak akan ada lagi peguam cara mahu pun peguam bela seperti mana perbicaraan yang dicipta oleh manusia di dunia.  Perbicaraan di akhirat adalah adil dan tulus dan ianya tidak boleh dipertikaikan oleh siapa pun.

 

Untuk melaksanakan hudud di Malaysia, pertama sekali penerangan harus diberi kepada bukan islam, apa itu hudud.  Kedua, harus mampu berhujah dengan tepat dan cepat kepada mereka yang suka nak berdebat.  Hujahan yang diberi itu mesti tepat, kreatif dan tidak memperlekehkan sesiapa.  dan untuk lebih menyakinkan, hujahan itu mesti diberi secara pantas tanpa melihat di atas kertas.

 

Penerangan terhadap cara membicaraan emgikut hudud harus diberikan dengan penuh yakin tanpa melihat atas kertas.  Maksudnya, dia mesti sudah tahu dan betul-betul arif tentang undang-undang hudud itu.  Akhirnya, ubahlah diri sebelum nak ubah orang lain.  Pas jangan sesuka hati keluarkan fatwa ikut sedap mereka saja macam buat nasi kandaq.

 

Pernah pergi kedai runcit orang cina beli barang?  Tengok macammana mereka kira berapa harga barangan yang dibeli.  mereka tak lihat kertas kan?  Sebab, mereka, betul-betul arif dan faham apa itu business dan cara menjalankannya.

Pakai hp bersuara best jugak.

Semenjak dah ada telefon bercakap ni, barulah rasa seronok sikit.  Bolehlah aku sms.  Dan aku dah dapat beberapa kenalan baru.  Antaranya, mastura, manisah, Afiqah dan beberapa lagilah yang aku malas nak menyebut namanya di sini.

 

Jadi, pakat sms lah.  Tapi agak bimbang jugaklah sebab takut nanti, ter over, leceh.  Sudahlah tak kerja.

 

Dengan adanya telefon bersuara ini maka dapatlah aku mengetahui cara ber sms.

 

Tapi satu yang aku dok tertanya-tanya sekarang.  Apa pasai aku punya MMS tak boleh nak jalan?  Walau pun sudah dibantu oleh pihak Celcom, namun masih jugak gagal.  Tapi tak apalah, kalau kita tidak berputus asa, pasti akan dapat pakai juga akhirnya.

Rabu, Disember 24, 2008

RTM jelas mengapa lagu 'Aku Bukan Musuh Harta' dianggap tidak sesuai.

RTM jelas mengapa lagu 'Aku Bukan Musuh Harta' dianggap tidak sesuai.

Lagu 'Aku Bukan Musuh Harta' antara lapan buah lagu yang terdapat dalam album Algebra 'Yang Benar Tetap Benar.'

[SEMASA] KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya meluluskan lagu berunsurkan nilai moral dan kesantunan bahasa di samping aspek teknikal yang dipersetujui oleh Jawatankuasa panel penilai.


"Lagu-lagu yang dihantar ke RTM sama ada individu atau syarikat rakaman adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Panel Penilaian Lagu-Lagu RTM," kata

RTM dalam satu kenyataan hari ini.


Kenyataan itu menjelaskan mengapa lagu puisi 'Aku Bukan Musuh Harta' karya bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin dianggap tidak sesuai untuk siaran. Berita pengharaman lagu Dr Asri heboh diperkatakan minggu lepas apabila RTM membuat keputusan mengharamkan penyiaran lagu Aku Bukan Musuh Harta.


Sebelum ini ketika mengulas tindakan yang diambil oleh RTM itu, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Adilah Shek Omar, berkata lagu nyanyian kumpulan Kopratasa itu tidak diluluskan kerana liriknya tidak sesuai.


"Kita tidak luluskan lagu ini kerana liriknya kasar," katanya.


"Aku Bukan Musuh Harta' adalah satu daripada lapan lagu puisi Dr Asri yang dimuatkan di dalam album Yang Benar Tetap Benar nyanyian Kopratasa, Aishah dan kumpulan baru Algebra.


Namun stesen radio dan televisyen swasta yang lain tidak mengharamkan lagu ini.

Antara lain lirik lagu yang tiba-tiba jadi kontroversi ini menyebut "Ya telah kaya para pendusta, syarat mereka lupakan Yang Esa, harta rakyat semua disebat, harta awam semua dibekam, hukum syaitan mereka bertuhan."


Selain daripada menulis lapan lirik lagu itu, Dr Asri turut menyampaikan dua puisi bertajuk Itulah Politik Namanya dan Salah Menduga dalam album Yang Benar Tetap Benar.

Lagu itu merupakan salah satu dari lapan buah lagu puisi Dr Asri yang dimuatkan dalam album 'Yang Benar Tetap Benar' nyanyian Kopratasa, Aishah dan Algebra.

Sementara itu,Dr Asri ketika dihubungi minggu lalu, berkata beliau melahirkan rasa kemusykilan kenapa liriknya digam.


"Saya hairan mengapa lirik saya 'Aku Bukan Musuh Harta' digam oleh pihak berkenaan, sedangkan nilai moral dalamnya tinggi, ia tidak ditujukan kepada pihak tertentu, tetapi untuk sesiapa sahaja yang menyalahgunakan harta rakyat dan awam," jelas beliau dari kediamannya di Lampeter, United Kingdom.


"Dalam negara kita hari ini berbagai parti memiliki kerajaan, lagu tersebut mempunyai pengajaran untuk semua.

Lirik lagu 'Aku Bukan Musuh Harta' yang tiba-tiba menjadi kontroversi sedangkan bahasa yang digunakan indah dan sinis.

"Jangan anda menghalang sesuatu ungkapan umum atau pengajaran am yang akhirnya orang lain akan menuduh bahawa andalah orang khusus dari yang umum atau am itu," kata Dr Asri yang kini berada di UK untuk tempoh setahun bagi cuti sabatikalnya.

Katanya lagi,"Saya menulis lirik itu untuk mengingatkan sesiapa sahaja yang berurusan dengan harta awam dan rakyat. Apa ertinya perjuangan kerajaan menghapuskan rasuah jika lirik seperti itu pun diharamkan.


"Isinya umum dan untuk kesedaran semua pihak, mengapa ada yang rasa bersalah?

"Semua pihak tahu bahawa saya bukan orang politik, maka ketika saya menulis lirik saya bebas dari kepentingan kerusi atau kepartian. Mereka silap jika bertindak demikian," kata tokoh agama yang terkenal kerana kelantangannya melontarkan idea tentang apa saja berhubung isu agama, politik, sosial mahupun hiburan. Difahamkan sebelum lagu ini diharamkan, terdapat ura-ura untuk menjadikan lagu ini sebagai kempen untuk membenteras rasuah.


Tinjauan yang dibuat di Nasyeed.com, pengedar album ini juga menunjukkan penjualan album 'Yang Benar Tetap Benar' sungguh memberangsangkan kerana ramai yang ingin tahu kenapa lagu 'Aku Bukan Musuh Harta' diharamkan.







Selasa, Disember 23, 2008

Apa dah jadi dengan RTM?

Aha, bekas Mufti perlis ada buat album puisi dan khabarnya lirik-lirik semua dia tulis sendiri.  Tahniahlah buat beliau.  Sungguh mengkagumkan.

 

Tapi, tak taulah apa pasai tak semena-mena RTM ada haramkan salah sebuah lagu puisi ciptaan beliau.  lagu tersebut dinyanyikan oleh kumpulan Kopratasa.  Khabarnya, lagu ini ada kaitan dengan mereka yang mengamalkan rasuah.

 

Bagi penulis, lagu ini tidak menyentuh mana-mana ahli politik atau parti politik.  Lagu ini ditulis secara umum.  jadi, apa pasai RTM nak haramkan?  RTM sebagai stesen radio dan tv yang tertua negara, seharusnya bertindak matang dan terbuka.  Jika RTM hendak dipandang tinggi dan hendak menarik ramai pendengar dan penonton, ubahlah cara bekerja dan cara pemikiran yang sempit ini.

 

Jadi adalah diharapkan menteri penerangan dapatlah kiranya menarik balik pengharaman lagu ini.  Penulis yakin, bekas mufti Perlis Indera Kayangan ini, matang dalam setiap penulisan lagu puisinya.  Penulis juga yakin, bekas mufti Perlis ini tidak menyebelahi mana-mana parti politik.

 

Kepada rakan-rakan BPN, marilah kita mendesak menteri penerangan supaya meluluskan semua lagu ciptaan bekas mufti Perlis Indera Kayangan ini.

Ahad, Disember 21, 2008

Terima kasih kawanku.

Semalam, penulis telah berkunjung ke rumah seorang kawan penulis.  Kawan penulis berasal dari Medan ndonesia.  Selama ini, penulis hanya berchatting dengan beliau hanya di skype.  Apabila beliau berkunjung ke rumah ibu saudaranya di Pulau Pinang, maka, penulis mengambil kesempatan untuk pergi berjumpa beliau.

 

Banyak yang kami bualkan.  Antaranya, mengenai St.  Nicholas dan pelbagai lagi.  kami telah dapat mengenali antara satu sama lain.  Beliau juga, seorang yang cacat penglihatan.  Butalah tu.

 

Beliau telah menghadiahkan sebuah majalah braille dan juga sebiji talking clock pada penulis.  Talking clock penulis pun, dah lama rosak dah.  Jadi, ok lah tu.  Terima kasih diucapkan.

 

Terima kasih diucapkan kepada kawan penulis kerana telah sempat berjumpa dengan penulis.  Terima kasih sekali lagi.

kenangan manis di simposium.

    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan.
 
Ya,   memang seronok dapat berjumpa dengan rakan-rakan sama ada yang lama atau pun yang baru.
 
Kakros sampai di hotel pada pukul 6.30.
 
Pada asalnya nak datang sebelah pagi sebab kakros dah pun daftar untuk menghadiri EGM dan bayaran pun dibuat.
 
tapi oleh kerana kasihatan yang tak mengizinkan maka kakros tak jadi pergi sebelah paginya.
 
mana taknya, semalaman tak dapat tidur sebab batuk yang tak  terhenti-henti.
 
sekali batuk kena lari ke bilik air.
 
masa pukul dua pagi tu abang shariff ada bagi ubat batuk. tapi tulah kejap ajer baik dan tidur pun kejap, lepas tu batuksampai ke pagi.
 
semasa mengosok baju dan tudung untuk ke hotel,  batuk kakros masih tak berhenti juga.
 
Lalu abang shariff kata tak payah pergilah.
 
simposium pun nyaris-nyaris tak jadi tapi bila tengok sebelah petangnya dah ok dan ditambah pula kakros dah bayar dan ingin berjumpa dengan member-member seperti abang Joe, cikgu rashid, abang hashim dan yang lain-lain tu kakros pergi jugalah.
 
sampai kat  hotel  tak ada siapa. jadi kakros pun tanya pada orang kat kaunter nombor bilik kakros dia kata dah ada orang  masuk.
 
 
kami  dengar  macam orang tu kata bilik no.332.
 
jadi kami pun carilah bilik no.332 tapi tak jumpa.
 
lalu kakros pun call arilzoh atau lebih mesra dengan  panggilan ari ajer.
 
dia suruh kami tunggu kat lif dan dia datang jemput kami.
 
rupanya bilik no.322 bukan 332. kalau bilik 322 memang kami jumpa tadi.
sampai di bilik abang shariff pun balik.
 
di dalam bilik tu ada kak fuziah. sebelum ni kakros pernah jumpa kakfuziah tapi tak sempat berbual sebab masa tu nak balik.
 
mereka kata lepas sembahyang baru kita turun makan. mereka juga  tanya  siapa tu  romainun sebab mereka tak kenal tapi namanya ada dalam bilik kami.
 
tak lama tu romainun atau rumi pun sampai.
 
barulah kak fuziah kata.
 
"oh ini kah ronainun. kalau macam tu kenallah sebab pernah jumpa cuma nama tak tahu. lagi pun kak fuziah ada juga ke SBM."
 
 
Romainun pun kata,
 
"oh akak sabun."
 
sebab dia pernah oder  sabun dari kakfuziah cuma dia tak tahu  yang akak  sabun namanya kakfuziah.
 
itu pun sebab kak fuziah ada jual sabun sebab tu dapat   gelaran  akak sabun.
 
 
Lepas  sembahyang kami pun turun ke dewan makan.
 
kami dapati orang dah agak ramai.
 
dalam ramai-ramai tu kakros terdengar suara abang Hashim.
 
apa lagi kakros pun panggil abang Hashim.
 
sekali dua dia tak dengar apa lagi kakros pun jeritlah sikit.
 
"alamak malunya terkuat suara ."
 
rashid pun ada.
 
sedang kami makan dan berbual ada lah seorang tu dengan suara yang mancho,
 
lalu berkata.
 
"boleh saya tumpang duduk kat sini?"
 
 
Pada mulanya kakros tak perasan siapa. lepas tu baru perasaan rupanya cikgu Azhar.
 
dia  pun mulalah macam bunyi ayam yang sedang digoreng.
 
lepas tu dia pun pergi.
 
tak lama kemudian  datang pula abang munir, abang amri dari johor dan abang mustapa ahmad duduk semeja dengan kami.
 
kak saniah isteri abang munir pun ada tapi kejap ajer. dia datan untuk hantar abang munir saja.  dia duduk kat meja sebelah mungkin tak cukup kerusi kot.
 
selain dari tu adalah lagi beberapa orang yang datang.
 
oleh kerana kakros seorang ajer yang kenal mereka maka kakros lah yang banyak berbual dengan ditambah pula dengan abang munir yang suka bergurau.
 
ari dan kakfuziah toling   ambil makanan untuk mereka.
 
kemudian datanglah merak,  abang Hashimdan abang mustapa talib kat meja kami.
 
abang hashim pula ada masalah  synd kad kat  handset.
 
ari cuba nak buat juga sebab dia pun pernah kena tapi tak boleh.
 
lalu kalau tak salah abang mus kot  suruh orang lain buat lepas tu baru okey.
 
lepas makan kami pun naik. abang munir suruh kami duduk semeja lagi demgan mereka pada pukul 10.00 unuk minum malam.
 
masa kami nak naik ke atas romainun dah hilang ikut husband dia entah ke mana cuma dia ada pesan suruh kak fuziah bawa naik botol air dia ke bilik.
 
sampai di atas kakros ajak mereka  singah di bilik CTJ.
 
A    tulah yang bising kat bilik CTJ  pada malam tu.
 
batuk kakros pula makin menjadi-jadi pula.
 
sebenarnya semasa di meja makan pun dah mula batuk.
 
kira-kira pukul 10 lebih kami pun turun minum malam.
 
lepas tu kami pun masuk ke bilik dan berbual.
 
ari nak lagu-lagu nashid dari handset kakros maka berlakulah proses  penhantaran lagu dari handset kakros ke hand set ari.
 
romainun pula hantar program azan dan kalendar dari handset dia ke handset kakros.
 
kami  tidur  agak lewat lebih kurang dekat pukul 2.00 pagi.
 
esok pagi tu lepas minum, kakro dan ari duduk kat kusyen. kami tunggu kakfuziah dan romainun yang belum keluar lagi dari dewan makan.
 
 
kat situ berjumpa pula abang Joe   dengan cikgu   jt.
 
lepas sahaja romainun dan kak fuziah keluar dari  dewan  makan
kami pun naik ke  ke bilik.
abang Joe dan JT ikut kami masuk bilik.
 
sedang kami berbual, ada orang call, kami dengar ari jawab soalan dan sebut nama kakros.
 
bila tanya siapa orang tu dia kata tak tahu tapi orang tu kata nak datang ke bilik kami.
 
tak lama dia pun sampai. di sini berlaku salah faham dan satu kelucuan.
 
sebenarnya yang datang tu zauwiyah.
 
 kebetulan yang bukan pintu tu kakfuziah.
 
kakros tak pasti sama ada zauwiyah kata  muka kak fuziah macam muka salma atau muka zauwiyah yang macam buka salmah.
 
bila dah masing-masing tak kenal kakros pun pergilah kat pintu dan berjumpalah dengan zauwiyah.
 
kakros tanya siapa ni. lepas tu terdengar ssalah seorang dari mereka  sebut nama salmah.
 
kakros tanya juga salmah mana pula ni.
 kak fuziah  kata salmah arifin.
 
lepas tu si zauwiyah kata,
 "kakros raba saya kenal tak?"
 
dia cakap dalam loghat utara.
 
suara dia pula dia buat satu macam.
 
 
kakros terfikir juga kalau salmah ismail kakros kenalah  isteri kepada rezali shariff tapi orang kurus dan mudah ketawa kalau dipegang dah lah tu kuat pula ketawanya.
 
lagi seorang salmah uji.
 
akhirnya baru zauwiyah beritahu  
 
 "sayala  kakros  awi apa lah kakros tak kenal saya."
 
Awi nama singkatan bagi zauwiyah.
 
 
manalah kakros cam suara  orang sangat. macam tu   juga  kakros kalau  pegang  orang dan kalau orang tu tak bunyi suara memang tak kenal.
 
 sebab kakros bukan jenis suka meraba orang jadi kakros tak  tahu sangat sama ada  orang tu gemok atau kurus kalau  selalu jumpa dan jalan bersama tahulah.  ini  jarang berjumpa dan berbual.
 
kalau ada program baru jumpa dengan dia itu pun kalau satu group kalau tak tak jumpa.
 
 tak lama kemudian abang Joe dan JT pun turun sementara  kami pun  masih bersiap untuk betul apa yang patut dibetulkan sebelum turun.
 
di dalam dewan  kami duduk baris yang agak belakang sikit.
 
seblah  kanan kakros zabedi.
 
sebelah kiri arilzoh, kak fuziah dan yang lain-lain.
 
depan kakros along, kusaini dan tak tahu siapa lagi.
 
memang ada member juga yang beritahu gambar kakros ternampak dalam tv. abang shariff tak tahu sebab dia memang jarang buka tv.
 
 kakros dan zabedi banyak juga berbual atau bercerita  terutama tentang kerja dan majikan masing-masing termasuksudlah kisah sarifpah  isteri kepada haji nazari yang rupanya dah  berhenti kerja sebab masalah kasihatan.  
 
tengah kami mendengar apa yang di bentangkan ada orang hantar sebuah kapal layar  di buat di  kertas kepada kakros.
 
tak tahu dari mana kapal tu datang.
 
 bila tanya pada zabedi siapa yang bagi dia kata orang depan yang bagi.
 
bila tanya orang depan, orang depan kata orang depan dan begitulah seterusnya.
 
kakros pun bagilah kapal tu pada along yang duduk betul-betul depan kakros.
 
 
tak lama tu pula ada lagi  sebuah kapal layar.
 
dia kata yang tadi bahtera merdeka yang    ini kapal untuk orang  haji.
 
 
kesosakan hari pula kakros terima pula kapalterbang yang juga dibuat dari kertas.
 
bila tanya orang depan juga.
 
sampai sekarang kakros tak tahu siapa yang hantar dua buah kapal layar dan sebuah kapalterbang kepada kakros.
 
walau bagai mana pun terimakasihlah orang yang menghantarnya kepada kakros.
 
pada hari isnin sebelah malam sekali lagi kakros ke bilik CTJ.
 
Kak fuziah dan ari tak ikut mereka kata nak tidur sebab letih seharian tak berehat.
 
Raimah pun ada juga dia minta christy tolong urut
kami pun berbuallah.
 
tak lama tu abang munir dan abang Am call ajak kakros turun minum dan berbual dengan mereka.
 
kakros tak nak sebab kakros seorang ajer perumpuan.
lagi pun kakros takutlah turun sorang-sorang.
 
 
mereka kata tak apa nanti kami hantar baliklah apa nak takut lagi  pun abang amri nak bagi kakros ubat batuk sebab mereka tenggok kakros batuk teruk.
 
kakros juga bagitahu yang kakros tak nak minum sebab dah kenyang.
 
 
tak lama kemudian fazilah pula ajak turun kakros pun turunlah minum dengan fazilah dan beberapa orang lagi.
 
lepas minum fazilah pun hantar kakros ke bilik.
 
sampai di bilik kata ari tadi abang munir ada call dan cari kakros.
 
dia ada bagitahu yang amri nak bagi  ubat batuk.
 
kakfuziah pun kata,
 
"jomlah akak temankan ros."
 
pada mula tu malas juga tapi oleh kerana kakfuziah nak temankan lalu kakros pun call handset abang munir.
 
dia suruh kakros datang ke bilik no.217.
 
kakros dan kakfuziah pun pergi ke bilik no.217. rupanya itu bilik amri masa tu dah pukul 11 lebih.
 
sekali lagi mereka ajak  kakros duduk berbual dengan mereka sebab kata mereka bila lagi nak berbual bukannya senang nak jumpa.
 
tapi kami tak naklah sebab hari dah malam.
 
lagi pun kami datang pun untuk ambil ubat.
 
mereka kata
 
"apa nak takut bukalah pintu lagi pun ramai kat dalam ni."
 
kakros kata tak nak  jugalah dan lepas ambil ubat terus balik.
 
sebenarnya ramai lagi member-member lain yang kakros jumpa yang tak sempat kakros sebut kat sini.
 
hari ni nak ke hotel grand pacific lagi sebab menghadiri bengkel bahasa.
 
mudah-mudahan berjumpa lagi member-member.
 
Shimah hari tu tak sempat jumpa cuma main calling ajer.
 
nanti bolehlah jumpa kan?
 
dengar kata cikgu norehan datang juga hah dapat lah jumpa  dengan dia.
 
 tapi sebelum ke hotel,  kakros akan ke MAB dulu kerana ada majlis makan malam anjuran persatuan sukan.
 
lepas tu baru kakros dan beberapa orang akan ke hotel.
 
tak tahulah pukul berapa.
 
masa kat simposium nak juga beri cadangan tapi suara asyik batuk jadi tak jadilah.
 
masa seksi bersama moses terutamanya kakros berminat juga nak tanya fasal scanner and mp3 tapi tu lah bila bangun nak tanya soalan dah ada orang lain tanya.
 
tu yang kusaini asyik kata kakros lembab dan macam-macam lagi.
 
kebetulan dia duduk  sebelah kanan kakros.
 
 
sebelum tu bergaduh sekejap dengan kusani.
 
sebab dia  kata kakros ambil tempat dia dan suruh kakros  duduk depan.
 
padahal dia yang salah tempat. itu tempat kami semasa seksi sebelah pagi.
 
tempat dia di belakang kami.
 
akhirnya baru dia perasaan  yang dia dah salah tempat rupanya ada lagi satu baris, dia ingat itu baris yang terakhir.
kakros pun kata.
 
"tak malu duduk tempat orang mengaku tempat dia. lepas tu nak gaduh pula dengan orang."
 
ok lah kawan-kawan hanya setakat ini saja yang dapat kakros berbicara.
 
dah panjang pula kakros berbicara.
 
nanti ada pula yang borring.
 
insya allah kalau ada waktu kita berjumpa lagi.
 sekian wassalam.
 
Hasil nukilan, Rosnah Ahmad,
< /DIV>

Jumaat, Disember 19, 2008

Resolusi ke 13 / 2008 pada 18 Disember 2008

Friday, December 19, 2008

Resolusi ke 13 / 2008 pada 18 Disember 2008

< O:SMARTTAGTYPE name="City" namespaceuri="urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags">< O:SMARTTAGTYPE name="place" namespaceuri="urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags">
TAJUK : KEDUDUKAN BAHASA MALAYSIA DI MAHKAMAH NEGARA KITA

1. Blogger Pembela Negara ( BPN ) merasakan sudah tiba masanya Bahasa Malaysia ( BM ) digunakan sebagai bahasa pengantar dan penulisan di mahkamah. Situasi sekarang BM menjadi bahasa kedua jika berlaku percanggahan di dalam penghakiman. Untuk kes terpencil yang melibatkan orang asing di dalam mahkamah, prosiding perbicaraan tetap mengunakan BM, tetapi boleh dialihkan bahasa supaya memudahkan urusan pengadilan


2. Firma Guaman dikehendaki menggunakan BM dalam surat menyurat dan juga perjanjian agar penipuan kepada orang Melayu tidak akan berlaku ekoran penggunaan bahasa Inggeris secara pilihan pertama perjanjian atau urusan perundangan. Pemahaman dalam perjanjian mengelakkan orang ramai daripada dieksploitasi oleh orang-orang yang berkepentingan

3. Syarat menjadi peguambela atau pendakwaraya hendaklah DIKETATKAN dengan hanya mereka yang berjaya dan lulus dengan gred A atau gred 1 bagi kertas Bahasa Melayu sahaja diterima jadi peguam.

4. Firma guaman yang berbaur politik dan yang secara terangan atau senyap mencabar kedaulatan bangsa dan agama perlu dielakkan dari dipilih sebagai wakil guaman kita bagi apa jua urusan perundangan supaya sesitiviti semua kaum dapat dijaga terutamanya ketuanan Melayu dan Kedaulatan agama Islam.

5. Peguam-Peguam Melayu seharusnya menghadiri Mesyuarat agung majlis peguam bagi mengimbangi dominasi Orang Bukan Melayu dalam Majlis Peguam bagi menghalang aktiviti-aktiviti bertentangan dengan kedaulatan bangsa dan agama...Seterusnya Majlis Peguam yang dikuasai orang Melayu boleh menjadi tulang belakang memperjuangkan penggunaan bahsa melayu di mahkamah.

6. Hakim-Hakim dan Peguam-Peguam berbangsa Melayu seharusnya bersatu tidak kira ideologi politik bagi meperjuangkan penggunaan Bahasa Melayu dan kedaulatan Bahasa Melayu di dalam mahkamah.....Seterusnya mendesak penguatkuasaan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam prosiding.

7. Kelon ggaran bagi menggunakan bahasa Inggeris di mahkamah selepas 51 tahun merdeka adalah satu penghinaan kepada martabat dan kedewasaan Bahasa Melayu di mahkamah. Penggunaan secara total di mahkamah perlu bagi memartabatkan kembali bahasa Melayu yang merupakan lingua franca di kepualauan melayu yang berpusat di Melaka....

Seharusnya bahasa Melayu dihormati oleh semua warga Malaysia dan menjadi bahasa perpaduan kita.


Disediakan oleh :


Panglima Perang Cyber

http://penembak-tepat.blogspot.com/

Khamis, Disember 18, 2008

Macam-macam cerita

Wah, pada Isnin dan Selasa, teman-teman oku penglihatan telah menghadiri suatu semposium di Kuala Lumpur.  Semposium ni dihadiri oleh oku penglihatan dari seluruh Malaysialah.  Saya ada siarkan keratan akhbar tentang semposium tersebut pada petang Isnin yang lalu.

 

Ok, ni bukan nak cerita pasal semposium, tapi nak cerita hal gelagat rakan-rakan oku penglihatan.  Ada macam-macamlah.  mereka berasa amat seronok apabila dapat bersua muka dan bertentang suara.  yalah, dah buta, macammana nak bertentang mata kan?

 

Ada yang malu-malu ada yang gelagatnya seperti kebudak-budakan pendek kata, pelbagailah gelagat yang dapat disaksikan.  mereka kelihatan riang dan gembira.  Dan, yang lebih menggembirakan mereka, apabila ada di antaranya yang mukanya yang serba tak handsome tu dah terpampang di kaca tv dalam berita.  Wah kalau penulis, penulis pun teramatlah gembiranya sekali.

 

menurut saudara Hashim Ishak, beliau berasa amat gembira sekali kerana telah dapat bertemu dengan rakan-rakan yang selama ini, hanya bertemu di alam internet sahaja.  “Aku dah jumpa abang Joe, Siti Jineh, Christy, Azhar dan ramai lagilah.”  “Aku dah pegang dah abang joe tu.”  “Badan dia besar sekali.”  “Orangnya tinggi.  Itulah penerangan ringkas dari saudara Hashim Ishak dari Melaka.

 

Kak Rosnah Ahmad juga meluahkan kegembiraannya apabila telah dapat bersua tangan dan muka dengan rakan-rakan lamanya.  Dia sebilik dengan kak Romie Merak atau pun Romainun Zakaria serta dua orang lagi sahabatnya.

 

Itulah ceritanya.

Kan kau selalu kutuk Talks?

Ha, itulah satu persoalan yang kawan penulis, Mohd Rosmadi Ibrahim bertanya bila penulis beritahu, penulis dah ada telefon yang punya suara Talks.  “Dulu, kau kutuk Talks, sekarang, kau beli pulak.”  Itulah yang dia kata.

ya betul, dulu penulis ada mengutuk.  Penulis yang rasa nak kutuk ni sebabnya perangai orang buta itu sendiri.  mereka ni bila dah ada telefon Talks, mereka suka nak menunjuk-nunjuk.  Dah geram sangat, kutuklah.

 

Untuk pengetahuan, Talks merupakan satu perisian pembaca skrin untuk telefon.  Buat sementara, model telefon yang boleh dipasangkan dengan software ini ialah Nokia.  Yang 3310 tu tak bolehlah.  Dan, kalau nak tau lebih lanjut, sini.

 

Sekarang, zaman dah maju, telefon dah pun boleh berkata-kata.  Dengan adanya perisian Talks ini, dapatlah golongan oku penglihatan menghantar dan membalas sms daripada teman-teman.  Mereka juga termasuk penulis, dapat mengetahui siapa yang calling, boleh dengar mp3 dan sebagainya.

 

Biasalah, perisian semacam ini, datangnya dari U.S.  Satu perisian asli boleh mencecah harga RM 900 ke atas.  jadi, biasalah, oku penglihatan akan mendapatkan versi crack.  Versi crack ini kami dapatkan melalui sahabat-sahabat kami di luar negara.

Rabu, Disember 17, 2008

kepada sesiapa yang nak beli.

Ok, saya ada hantar satu cerpen yang panjang kan?  Lihat pada tarikh 16 Disember.  kemudian, ada yang bertanyakan cara nak hubungi penerbitnya.  Ok, sila ambil butir-butir di bawah.

 

Penerbit 

pinang sdn bhd

03 56377846

 

Ok, bolehlah bantu rakan saya ini.

Selasa, Disember 16, 2008

Cerpen

Cerpen tulisan Roslan Bidin seorang oku penglihatan dari Perlis.
 

SUARA HATI PENULIS.

 

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah yang telah memberikan limpah Rahmat-Nya kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya di dalam bidang penulisan ini ke arah mengenengahkan kisah-kisah kehidupan masyarakat OKU penglihatan hasil dari pengalaman yang saya ada.

            Hasil dari jualan buku ini sesungguhnya adalah untuk digunakan sebagai menampung kos perbelanjaan modal membeli bahan mentah iaitu rotan bagi projek kami di dalam kumpulan ini serta sebahagianya akan diagihkan ke dalam tabung bangunan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Kawasan Kedah yang merupakan tempat berteduh bagi kami di Perlis.    Ini sahajalah sumbangan saya yang amat sedikit untuk diberikan kepada mereka yang senasib dengan saya untuk dikongsi dengan orang normal. 

            Apa yang saya harapkan ialah sokongan serta dorongan dari pembaca.    Sudi-sudikanlah membelinya untuk dijadikan sebagai koleksi bahan bacaan tambahan seisi keluarga dengan harga yang mampu dibeli oleh setiap golongan walau pun sedikit tinggi harganya.    Bukan simpati yang diminta, cukuplah sekadar sokongan serta dorongan yang anda berikan untuk kami terus mengharungi liku-liku kehidupan ini.   Tanpa sokongan serta dorongan dari anda, maka sukarlah kami untuk meneruskan hidup di bumi yang maha mencabar ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KATA-KATA ALUAN DARI PRESIDEN PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA.

 

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kesempatan serta peluang yang diberikan kepada saya untuk melahirkan sepatah dua kata dalam buku antologi ini.     Semoga sedikit sebanyak akan dapat dikongsi bersama dengan pembaca di seluruh Malaysia amnya.

            Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, saya ingin mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan tahniah kepada Encik Roslan bin Bidin yang sebegitu murni hasratnya untuk membantu demi kesejah teraan kawan-kawannya.   Semoga usaha beliau akan dijadikan sebagai contoh kepada mereka yang lain.    Hendak menghasilkan sesebuah karya sebegini sebenarnya bukanya sesuatu kerja yang senang.   Ianya perlukan kesabaran yang kental.

            Golongan cacat penglihatan sebenarnya seperti insan-insan lain juga.   Mereka memerlukan peluang untuk mencari rezeki yang halal.   Untuk mendapatkan wang.    Mereka juga memerlukan kehidupan yang selesa seperti orang lain.    Mereka perlukan apa sahaja yang diperlukan oleh orang normal.    Sehubungan itu, sokongan serta dorongan dari anda sangatlah saya harapkan serta hargai.   Mereka tidak berhajatkan simpati, namun mereka perlu diberikan peluang serta kesempatan untuk mencuba melakukan sesuatu demi untuk semua masyarakat.

            Sehubungan itulah maka pertubuhan ini diwujudkan untuk mereka yang kurang bernasib baik.     Dengan tertubuhnya pertubuhan ini akan dapat serba sedikit menghimpunkan mereka yang cacat penglihatan di seluruh Malaysia serta kemunculan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Kawasan Kedah merupakan sebuah keluarga baru di dalam pertubuhan ini serta warga cacat penglihatan di Perlis juga bergabung sekali dengan pertubuhan orang cacat penglihatan Kawasan Kedah ini bergerak di dalam sebuah pertubuhan.   

            Kepada anda semua, saya berharap semoga sudi-sudikanlah mendapatkan sebuah buku ini sebagai sebuah bahan bacaan tambahan seisi keluarga.   Dengarlah isi hatinya.   Semoga sedikit sebanyak dapat dikongsi bersama serta dijadikan teladan untuk kita mengharungi liku kehidupan ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KATA-KATA ALUAN DARIPADA PENGERUSI PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA KAWASAN KEDAH.

 

 

Saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah s.a.w yang telah memberikan nikmat serta kelebihanya yang tidak terhingga kepada kita.   Sebenarnya bukanya mudah hendak mewujudkan sebuah pertubuhan.    Namun dengan berkat doa dari kawan-kawan dan keluarga serta sokongan serta dorongan dari ahli exco, maka tertubuh juga sebuah pertubuhan ini yang rasanya baru kini sedang berlajar bejalan sendiri.

            Dengan tertubuhnya pertubuhan ini pada tahun 2005 yang lalu setidak-tidaknya akan membangkitkan semangat warga cacat penglihatan agar bangkit dari lena mereka masing-masing.    Hasrat saya ialah ingin melihat kejayaan dari kalangan warga cacat penglihatan di Perlis dan Kedah.     Saya tidak mahu lagi melihat warga cacat penglihatan diibaratkan seperti mengemis di negeri sendiri.

            Tahniah saya ucapkan kepada Encik Roslan Bidin yang telah berjaya menghasilkan serta menghimpunkan karya-karya beliau seterusnya menerbitkanya.    Paling istimewanya buku ini ialah kerana di dalamnya terbuah sebuah puisi khas ditujukan kepada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia sebagai hadiah sempena perkahwinanya baru-baru ini.   Setidak-tidaknya dengan terbitnya buku ini akan dapat memudahkan usaha memperkenalkan pertubuhan ini khususnya kepada masyarakat negeri Kedah dan Perlis serta di seluruh Malaysia amnya akan wujudnya pertubuhan ini.   Ikhlas saya nyatakan bahawa bukanya senang hendak mengumpulkan karya sebegini untuk diterbitkan.    Malahan pula hasrat murni beliau itu amat membuatkan saya merasakan sungguh terharu.

            Kepada pembaca amnya, berikanlah sokongan serta dorongan kepadanya dengan membeli buku ini sebuah sebagai sebuah koleksi bahan bacaan di rumah.    Semoga pengalamanya akan dapat dikongsi bersama.    Semoga sedikit sebanyak kisah yang terpapar di dalam antologi ini akan memberikan rasa kesedaran untuk kita bersama.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SEJARAH PENUBUHAN PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA KAWASAN KEDAH DAN KUMPULAN PENGUSAHA BARANGAN KRAF TANGAN ORANG CACAT PENGLIHATAN NEGERI PERLIS.

 

Keluar dari alam persekolahanya, dengan sokongan serta dorongan dari orang-orang ternama seperti Cikgu Shabuddin dari St. Nicholas Home, Rejab F.I dari Persatuan Penulis Perlis 3P, beliau merasakan bahawa beliau seolah-olah masih berharga di muka bumi ini.    Tamat sahaja mengikuti kursus anyaman kraftangan rotan di St. Nicholas Home Pulau Pinang, beliau merasakan bahawa beliau dan kawan-kawanya mesti membangun setelah mendengar cerita bahawa kawan-kawan yang senasib denganya di luar dari Perlis sudah lama membangun serta sudah maju.   Maka pada tahun 2001, maka beliau bertindak mengajak kawan-kawanya di Perlis bersatu serta membina sebuah kumpulan yang ketika itu hanya seramai lima orang sahaja yang bergiat di dalam kumpulan tersebut kerana menghadapi masalah pergerakan yang maha terhad.    Namun beliau sedikit pun tidak berputus asa mengajak kawan-kawan yang lain sama-sama bangun untuk berdiri di dalam satu kumpulan.

            Beliau bergerak perlahan-lahan dengan sokongan serta dorongan dari orang ramai yang perihatin serta tampil memberikan sokongan serta semangat.     Walau pun tidak mempunyai persatuan, beliau tetap bergerak jua dengan mengadakan berberapa aktiviti seperti mengadakan kelas Al Qur'an serta promosi jualan hasil anyaman kraf tangan di ekspo serta majlis keramaian.   Beliaulah yang bertanggung jawab menemui pengajur sesebuah ekspo atau badan kerajaan yang menganjurkan sesuatu program dan memohon agar mereka menyertai program tersebut.     Beliau yang dimaksudkan ialah Roslan Bidin yang diberi amanah oleh kawan-kawanya menerajui kumpulan ini.   

            Kemungkinan ada yang masih belum mengenai kumpulan ini.     Namun inilah hakikatnya.     Biar pun sesukar mana pun, mereka terus bergiat aktif mengusahakan seni anyaman kraf tangan.   Tidak keterlaluan lagi, Kumpulan Pengusaha Barangan Kraf tangan ini sudah dikenali di kalangan orang ramai serta Jabatan Kerajaan dan turut mendapat perhatian oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Raja Perlis pada tahun 2003.    Sehinggalah pada 1, Mei, 2006, Kumpulan ini telah diterima sebagai peserta bengkel di bawah program Inkubator Kraf tangan Malaysia di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis yang beralamat di di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis.    Batu 5, Jalan Kuala Perlis.   01000, Kangar Perlis.   Dan aktiviti pertama yang diadakan di bengkel ini ialah kursus bimbingan teknikal anyaman rotan anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis pada 30, Mei, hingga 3, Jun, 2006.   Namun kumpulan ini terpaksa berundur dari program ini kerana masalah pengangkutan serta berberapa berberapa masalah yang lain yang tidak dapat dielakan.

            Kemunculan Encik Musa bin Abdul Rahman dari Kampung Pokok Sena Kedah  mengajak semua peserta dari Kumpulan Pengusaha Barangan Kraf tangan Orang Cacat Penglihatan Perlis menyertai atau bergabung satu suara untuk menubuhkan sebuah Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (Society Of The Blind in Malaysia) Kawasan Kedah  bagai orang mengantuk disorongkan bantal.   Mereka yang dahagakan sebuah pertubuhan yang mampu membela nasib mereka sebulat suara menerima pelawaan Cikgu Musa itu.    Dan akhirnya sebuah Pertubuhan untuk mereka berjaya juga ditubuhkan dan mesyuarat agung pertama mereka diadakan pada 15, April, 2006 di Dewan Institiut Insanniah  Alor Setar yang dirasmikan oleh YBHG Encik Mah Hassan Hj. Omar selaku Presiden Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia.

            Hasil penubuhan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Kawasan Kedah, Kumpulan Pengusaha Barangan Kraf tangan Perlis semakin berani menampilkan diri dengan masyarakat.   Biar pun ketiadaan pejabat lagi ketika itu, namun mereka berjaya juga mengadakan berberapa aktiviti.    Dan setelah usaha gigih barisan AJK pertubuhan ini yang ketika itu diterajui oleh YBHG Encik Sumairi bin Zainol sebagai pengerusinya serta Encik Roslan bin Bidin selaku timbalan pengerusinya.    Pertubuhan ini akhirnya mereka juga berjaya mendapatkan sebuah bangunan pejabat sendiri yang beralamat di No. 221A, Jalan Shahab 4, Kompleks Shahab Perdana.  05150, Alor Setar Kedah berhadapan dengan stesen bas Shahab Perdana dan boleh berhubung dengan menggunakan talian Fax 04 7302568. serta dapat mengadakan mesyuarat AJK pertama bagi sesi 2007 pada 2, Februari, 2007.    Sebagai pertubuhan baru, mereka terus melangkah terus mara ke hadapan.    Dan mereka berjaya mengadakan mesyuarat agung kali ke dua pada 14, April 2007 di dalam pejabat mereka sendiri.    Di dalam mesyuarat agung tersebut Encik Musa bin Abdul Rahman dipilih sebulat suara sebagai pengerusi pertubuhan sementara timbalan pengerusinya masih kekal oleh Encik Roslan bin Bidin.    

           

 

 

    

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SELAMAT PENGANTIN BARU PAK LAH.

Khas Buat Y.A.B Perdana Menteri Malaysia.

 

Seikhlas hati mud an setulus kalimat

lafaz cinta kasih mu yang diluah

sesuci cinta Adam dan Hawa

sesuci cinta pada nabi

untuk seorang wanita

di antara ribuan wanita

yang sanggup berjaga malam untuk mu

menemani dan merungkai kepahitan

berdepan seribu tugasan

sebagai seorang Perdana Menteri.

 

Ku tahu

betapa hati mu kosong dan sepi

berbaur rasa hiba di kala malam

pemergian Datin Seri Bukan senang dicari

kerana cinta seorang wanita

hanya dilihat dengan harta

bukan dengan kejujuran.

 

Tulus kasih dan murni hati kami

warga cacat penglihatan

mengirimkan doa

dan ucap selamat berbahagia buat Pak Lah

moga panjang umur dan murah rezeki.

 

Selamat Pengantin Baru Pak Lah

Lupakanlah kepahitan hidupmu

nikmat manis dan hidup bahagia sudah menjelma.

 

Jangan bimbang Pak Lah

Harungilah hidup baru mu bersama Datin Seri Jeanne Abdullah

jutaan rakyat tak kan lupakan mu

tumpang gembira di hari bahagia mu.

 

 

ROSLAN BIDIN

Beseri  --- 6, Jun, 2007.

Mewakili Kawan-kawan di Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

Kawasan Kedah

Dan Kumpulan Pengusaha Barangan Kraf Tangan Orang Cacat Penglihatan Perlis.

 

 

 

 

CALON ISTERI.

 

Ingin sekali ku miliki sang purnama

malam yang gelap gelita bercahaya indah

dialah puteri jelita  ...  bakal mencorakkan

warna bahagia setelah peminangan diikat.

 

Nota usang mencatat seribu kenangan

sebuah pertemuan dengan mu sang puteri jelita

lahirlah benih yang bercambah

bagai sebuah dunia sang merpati tak bersayap

untuk terbang beriringan bebas.

 

Sebuah soalan yang dahagakan jawapan

tersembunyi dalam sebuah kanvas alam percintaan

bolehkah sang puteri idaman menjadi teman hidup

sedangkan aku seekor burung pipit kecil?

 

 

Roslan Bidin.

Beseri  ---  Jun, 1996.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Suara Azan Di Subuh Yang Bening.

 

 

Di waktu fajar menyinsing

merampas kedinginan yang kudus

zikir alam penyeri hari.

 

Nun!  Terdengar kalimah Suci

mengalunkan nada indah

mengejutkan tidur

insan-insan bernama manusia.

 

Mengabdikan diri kepada mu

Tuhan.   Pencipta sekalian alam.

 

 

Roslan Bidin.

Kangar  ---  Julai, 1994.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PANGGILAN KA'ABAH.

 

 

Setiap kali musim itu menjelang

hatiku bagai ditarik, dipimpin

menuju kepada mu

bersama muslimin muslimat.

 

Setiap kali menjelang musim mu

terbayang wajah-wajah itu melaungkan seruan Allah Hu'akbar!

Seruan dan rasa cinta tetamu mu

yang datangnya dari seluruh pelusuk dunia

seolah-olah satu jalur cahaya

Nur  ...  Iman.

 

Hantarkanlah suara ku

buat menyahut panggilan mu

Ya Ilahi.

 

Allah Hu'akbar!

Allah Hu'akbar!

Allah Hu'akbar!

 

 

 

Roslan Bidin.

Beseri  ---  1994.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KERINGAT SEORANG AYAH.

 

 

 

Saban hari yang merangkak

seorang ayah menyusuri di permatang

bersama Cuma sebatang cangkul

meredah Lumpur pekat di sawah

merelakan sang lintah yang dahagakan darah

menghisap pada kedutan kulitnya

lalu titisan keringat membasahi baju;

Namun kasih mu penuh syahdu

tak pudar walau seribu halangan

diulit kemesraan di antara dedaunan

bagai hamparan permaidani hijau

menjanjikan seribu rahmat

untuk keluarga dan bangsa.

 

 

Roslan Bidin.

Beseri  ---  1997.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SATUKAN HATI KAMI.

Sempena Mesyuarat Agung Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Tahun 2006..

 

 

Satukan hati dan impian kita

agar dapat didengar Tuhan Pencipta.

 

Satukan hati kita

agar dapat disemadikan dalam satu rasa.

 

Satukan jiwa di antara kita

agar dapat disimpulkan dalam satu suara.

 

Satukan Ukhwah kita di dalam sebuah persatuan

agar dapat diikat di dalam satu mudzakarah.

 

Satukan suara kita

agar dapat didengar orang sempurna sifatnya.

 

Hari ini kita satukan hati jiwa kita

di dalam mesyuarat agung persatuan kita.

 

 

ROSLAN BIDIN.

Kangar  ---  2006.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selamat Pagi Komputer.

 

 

Selamat pagi komputer

ucapan pertama kuucapkan setiap pagi

tika wajah mu ku tatapi

dan jejariku menari di dada mu.

 

Aku kau sindirkan

kerana kebodohan ku.

 

Namun tak jemu juga

untuk terus kuucapkan

selamat pagi komputer.

 

 

ROSLAN BIDIN.

Student Computer Training

St.  Nicholas Home  ---  2005.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

AKU BUKAN PEMINTA SEDEKAH.

 

 

"KALAU aku main muzik di pasar malam  ...  orang akan kata aku minta sedekah.   Kalau aku jual barang dari rumah ke rumah dan pejabat, orang juga akan anggap aku peminta sedekah,"   aku mengeluh sendirian.    Telingaku terdengar berberapa buah motorsikal berlumba-lumba menunjukan kehandalanya ketika membelok di bulatan Persiaran Jubli Emas Kangar.

            "Hmm!  Entahlah!   Aku pun tak tahu dengan dunia sekarang ini  ...         Manusia

 

hanya menilai sesuatu dengan pandangan mata kasar sahaja,"   keluh Yasmi memegang tanganku dan menghulurkan ais skrim yang baru dibeli dari Pasar Raya Karim   di Taman

Sena Indah tidak jauh dari situ.    Aku memegang bungkusan ais skrim    yang    diberikan

 

oleh kawanku itu.     'Baiknya Yasmi.    Kalaulah di dalam dunia ini manusia berfikir sepertinya, senanglah orang cacat cari makan,'    bisikku sendirian.   Aku menyedut ais skrim yang sudah mulai cair itu.

            Aku masih ingat lagi pada suatu hari, ketika itu aku sedang berlegar-legar di sekitar kawasan perumahan di Taman Sena Indah ini.    Sambil membawa pemegang kunci yang ku reka dengan bebagai bentuk serta kata-kata menarik menghiasi di permukaanya.    Aku sendiri yang mengarangnya.    Manakala bentuknya aku tempah dari seorang kedai membuat cendera mata di Bazar Kangar.    Dua tahun lamanya aku berurusan denganya, kami semakin mesra.   Tapi tak boleh standing Mi.    Yasmi memang sahabatku yang setia.      Cerita tentang pengalaman sewaktu aku sedang merayau-rayau di sekitar kawasan perumahan itu, bebagai ragam orang ramai sudah aku temui.    Ada yang menyangka aku ini penipu dan berpura-pura buta.

            "Ini buta betul ke main-main?"   kata seorang lelaki yang aku temui.    Kata Yasmi, lelaki itu berbadan gempal.

            "Encik!  ...  Saya cari rezeki.   Ini sahaja cara yang mampu saya lakukan.   Saya tak menipu,"   kataku lembut.    "Saya tak memaksa kalau encik tak mau ambik pun,"   sambungku lagi.     Aku dibawa oleh Yasmi ke rumah lain pula.

            "Assalammu'alaikum!  ...  Assalammu'alaikum,"  laungku sebaik sahaja sampai ke sebuah rumah.   Namun salam ku tidak dijawab.    Telinga ku mendengar ada beberapa orang kanak-kanak sedang bermain.

            "Mak!  ...  Mak!  Ada orang buta datang mintak sedekah,"   kata kanak-kanak tersebut.

            "Jomlah kita ke tempat lain,"  ajakku.   Aku benar-benar terhiris dengan kata-kata itu walau pun hanya dari mulut seorang kanak-kanak.

            "Mujur Yasmi menurut ajakanku.     Ketika aku sedang berdiri di hadapan rumah yang lain pula, kanak-kanak tadi datang menghampiri ku.   "Pak cik!  ...  Ini duit, mak saya sedekah,"  kata kanak-kanak itu.

            "Adik!   ...  Sampaikan salam pak cik dengan  mak.     Beri tahu mak, pak cik bukan minta sedekah.   Pak cik jual pemegang kunci ini,"  kata ku lembut.

            "Oh!  Ingatkan minta sedekah,"  kata kanak-kanak tersebut lalu berlari kembali ke rumahnya.

            "Apa kau nak jawab kalau mak kau tau yang kita ini menjual pemegang kunci dari rumah ke rumah dan pejabat dan bukanya kita edarkan ke kedai-kedai di Bandar Kangar ni seperti yang kau selalu katakana kepada mak kau selama ini?"   tanya Yasmi.   Yasmi duduk di sebelah aku di atas kerusi yang disediakan di hadapan Pasar Tani yang disediakan setiap hari ahad.    Aku pernah datang main muzik di sini.    Sambutanya Alhamdulillah, memberansangkan.

            "Entahlah Mi  ...  Aku pun tak tahu apa yang nak aku cakapkan lagi,"  aku menghela nafas panjang.   Ku lepaskanya agak berat.   "Kalau boleh aku tak mau buat kerja macam ni kalau begini sekali hebatnya dugaanya.   Tapi aku pun nak juga cari duit.   Aku  ...  aku nak bantu mak ayah aku,"   sambung ku.

            "Macam mana kalau kau buat saja pemegang kunci tu banyak-banyak di rumah.   Satu hari orang akan tau juga yang kau mengusahakan projek perusahaan membuat  pemegang kunci tu.   Haa  ...  Kau juga boleh menganyam bakul rotan bukan?   Nah!  Kau anyam saja bakul tu banyak-banyak.   Aku yakin orang akan bantu kau,"   cadang Yasmi panjang lebar.

            "Kau tak sanggup membawa ku ke sana ke sini?   Atau kau dah berputus asa dengan pekerjaan kita ni?"  aku ingin menduga perasaan sahabat ku ini.    Seketika angin petang membelai lembut ke tubuh ku yang agak gempal ini.

            "Tidak terlintas di hati ku begitu.   Cuma aku  ...  aku kasihan melihat keadaan kau yang sebegini,"   keluh Yasmi dengan ikhlas.

            "Biarkanlah apa orang akan kata.   Nantilah  ...  aku akan menulis sebuah cerpen.   Aku nak hantar ke akhbar  ...  Aku akan berikan tajuk 'AKU BUKAN PEMINTA SEDEKAH,'  Biar orang akan baca tulisanku,"  balas ku. 

            Semalaman aku tidak tidur.   Aku sedang menyiapkan sebuah cerpen hasil pengalamanku.    Sebuah karya yang aku rangka sejak berberapa hari lalu.

            "Lan!   Bangun sembahyang subuh.   Dah lewat benar ni,"  terdengar suara garau memanggil nama ku dari luar bilik ku.    Ayah memang cukup ambil berat tentang sembahyang.    Emak sedang sibuklah sekarang ni di dapur menyiapkan sarapan pagi untuk kami tiga beranak.     Kak Melah mengikut suaminya tinggal di tanah rancangan Felda Rimba Mas Padang Besar.

            Lepas sembahyang, aku duduk kembali di hadapan komputer ku yang baru ayah belikan hasil jual padi tahun lepas.     Aku masih belum habis membayarnya.   Kalau aku tak buat kerja keras, macam mana aku nak bayar balik duit ayah sebanyak RM 2000 ringgit yang telah aku janjikan kepadanya.    Aku tetap akan membayar walau pun dengan harga sepuluh ringgit.    Mak pun turut mengeluarkan duit dari Tabung Hajinya untuk membantu ku mendapatkan komputer ini

Haruskah aku berterus terang dengan ke dua orang tua ku tentang tujuan ku ini?     Aku kebingungan.

            "Cis!   Celaka engkau!  ...    Kerana perbuatan engkaulah kami orang-orang buta terputus pencarian rezeki,"   Namun kepada siapakah aku akan tujukan makian itu?   Kepada siapa?

            Aku teringat beberapa berita yang tersiar di dada akhbar yang menyatakan bahawa banyak penduduk tempatan terutama orang kampung yang terpedaya dengan kedatangan manusia ini.   Mereka berpura-pura menjual barang atau ingin mengutip derma untuk sesuatu badan persatuan dan sebagainya, dan mereka akan mengambil kesempatan merompak, dan meragut barang kemas atau apa sahaja demi mendapatkan duit dengan cara mudah.    Mereka ini memang celaka.

            'Apalah yang ada pada ku,'

            Aku menangis sendirian di hadapan komputer sambil menadah tangan memohon doa.    Moga-moga manusia sebegini akan dapat di hapuskan oleh pihak yang berkuasa.   Dan manusia dapat kiranya menilai, yang mana benar dan yang mana palsu.   

 

 

     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MEMORI 15 OKTOBER.

 

 

BERBICARA tentang tarikh keramat 15, Oktober yang kami sambut setiap tahun, besar  kemungkinan ramai yang belum tahu peristiwa pada 15, oktober yang begitu bermakna bagi aku dan rakan-rakan.   Tarikh yang begitu istimewa bagi ku serta kawan-kawan ku semua.

            "Hari tongkat putih!   Kau datang bagai memberi sebuah kekuatan.   Kau datang bagai membina semangat!"  

            Tiada seindah kalimat.   Tiada semanis kata.    Tiada kenangan yang lebih indah di antara kenangan-kenangan yang telah aku lalui.    Lantaran itu membuatkan aku tidak dapat melelapkan mata sehingga kokokan ayam menjemput usia hari baru setelah aku kembali ke rumah sebaik sahaja selesai majlis gilang-gemilang itu.

            Hujan renyai-renyai di dada tarikh 17, disember, 2005 di perkarangan St. Nicholas Home Pulau Pinang bagai seruan dari langit menyatakan bahawa ada rahmat Tuhan buat hamba-Nya.    Akulah yang bangun seawall jam lima pagi meredah kedinginan subuh di asrama lelaki di sekolah itu.     "Apa nak di bimbangkan.   Di sini tempat kita.    Dunia kita.     Malahan segala-galanya dibina untuk kita,"  demikian kata Abang Pa.    Aku akui akan kata-kata itu.     Lalu kalau aku berlanggar dengan orang lain pun tidak menjadi masalah kerana mereka juga seperti ku.    Kembali semula ke bilik, Abang Pa, Abang Kassim, Pak Lang Rosli sudah bangun.   Selesai urusan menyucikan menyucikan diri, mandi dan membersihkan badan dan kemudian aku menunaikan solat subuh,  jam 7.00 pagi, kami ke dewan makan untuk sarapan dan kemudian terus ke dewan besar St. Nicholas untuk acara selanjutnya.

            "Assalammu'alaikum.   Saya Ina dari Intel Technology Sdn. Bhd Bayan Lepas.   Saya akan membantu abang dalam acara berjalan kaki nanti,"   suara lembut itu sedikit memeranjatkan lamunan ku.    Aku hanya menguntum senyuman kecil yang mungkin ketika itu Ina akan melihatnya.

            Lantas suara tersebut benar-benar membuatkan debaran jantung ku berombak maha dahsyat.   Kenapa tidaknya kerana aku mempunyai kenangan ku sendiri setelah sekian lama aku dikecewakan oleh dua orang wanita.    Kini Ina muncul di sebalik kenangan itu.    Membuatkan aku seperti di alam mimpi dan sedikit tergamam ketika acara berjalan kaki sempena sambutan Hari Tongkat Putih yang dilangsungkan pada 17, Disember, 2005 kerana 15, Oktober, 2005 jatuh pada 11, Ramadhan, 1426 Hijrah.    Kami dilepaskan oleh YB ahli majlis mesyuarat kerajaan Negeri Pulau Pinang mewakili Y.A.B timbalan ketua menteri Pulau Pinang.

            "Abang peganglah saya,"  pelawa gadis itu.

            "Baiklah,"   jawab ku lalu terus memegang pegelangan siku kiri gadis tersebut mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.    Orang buta akan memegang pegelangan siku atau bahu orang yang akan membawa atau ingin membantunya bergerak sementara sebelah tangan lagi memegang tongkat putih.

            Macam-macam dibicarakan.    Tapi  ...  Ah!   Biasalah.   Orang perempuan.    Pertemuan kali pertama memanglah malu-malu.   Menunjukan cirri-ciri kemelayuanya.    Mujur dia tidak segan silu melayani ku yang sesekali berceloteh di dalam keadaan hujan yang masih belum reda.    Dia akan ketawa.     Sehinggalah tiba saat yang paling membuatkan debaran jantung ku bergelora sekali lagi.    Aku jadi serba salah.     Mestikah aku bertanyakan soalan itu?

            "Tanya soalan peribadi sikit boleh tak?"    tanya ku.

            "Boleh!   Apa salahnya!"  jawabnya.

            "Cik Ina ni dah berumah tangga ke belum?"  tanya ku setelah ku dapati reaksi gadis itu yang mengizinkan aku terus jadi mesra denganya.

            "Belum lagi,"   jawabnya ringkas.   "Baru dua puluh tiga tahun,"    tambahnya lagi.

            "Oh!  Gitu!"  aku separuh berbisik.

            "Tentu abang ni sudah berumah tangga dan mempunyai anak kan?"   alangkah terperanjatnya aku bila menerima soalan itu.   Adakah ini kelihatan seperti orang sudah berkahwin?    Namun aku gagahi juga melayani soalan Ina.

            'Abang sebenarnya  ...  sebenarnya  ...  Oh!  Ya!   Sudah pun tua kerepot.     Dah pun tiga puluh tiga tahun dah pun,"   ah!  Kenapa aku tidak berterus terang sahaja keadaanku sebenarnya?  

            "Rasa macam tak percayalah,"   balas Ina sambil ketawa kecil.

            "Nampak muda ke?"  tanya ku menambahkan lagi tawanya.

            "Yalah   ...   Macam tak percaya yang abang sudah berumur,"  

            Kami terus berjalan menuju ke arah sebuah stesen minyak.    Di situ kami menyampaikan pelekat kereta HARI TONGKAT PUTIH kepada pemandu kenderaan yang singgah mengisi minyak di situ.      Selama lima belas minit kami di situ, perjalanan diteruskan lagi.

            "Macam mana pengalaman Cik Ina,"  aku membuka topik lagi.    Moga-moga topik yang baru aku kemukakan itu akan membuatkan kami akan terus berbual lebih panjang.    "Yalah  ...  Pengalaman sepanjang Cik Ina bersama dengan kami.   Maksud abang, tadi Cik Ina ada menyatakan bahawa Cik Ina pernah membantu orang buta macam abang dan kawan-kawan abang kan?"    soalan itu sebenarnya sengaja ku reka untuk menguji keikhlasanya terhadap insan-insan seperti ku.    Adakah bantuan yang diberi kerana ditugaskan oleh majikanya?

            "Eerr  ...  Tak ada masalah.   Walau pun abang tak dapat melihat, tapi itu bukan satu penghalang.    Sekadar membantu dari segi pergerakan saja,"   jawabnya dengan panjang lebar.

            'Ikhlaskah jawapan itu?'

            Lantaran kesuntukan masa, aku tak sempat menyelami perasaanya dengan lebih mendalam.    Bukan perasaan cinta.   Siapalah aku hendak menjalinkan percintaan dengan gadis itu.    Tentu Ina cantik orangnya dan sudah mempunyai teman lelaki yang kacak serta mampu memberikan kebahagiaan kepadanya.

            "Nanti abang akan tuliskan sebuah artikel tentang majlis ini dalam majalah WAWASAN ORANG CACAT PENGLIHATAN terbitan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia.   Kalau sudi, berikanlah alamat Cik Ina kepada abang, nanti bila artikel abang disiarkan abang akan kirimkan untuk Cik Ina sebagai kenang-kenangan,"  kata ku ketika kami memasuki ke perkarangan St. Nicholas.

            "Boleh  ...  Tak ada masalah,"   jawabnya.

            Kami berpisah di situ.    Ku sangkakan perpisahan itu sebagai penamat pertemuan ini.    Rupa-rupanya lain yang terjadi di sebaliknya.    Ina menepati janjinya bila Abang Remli berjumpa dengan ku selepas aku selesai menunaikan solat zuhur.

            "Cik Ina bagi,"  katanya ringkas.

            "Wiuuttt!"   Terdengar siulan panjang dari Abang Pa dari belakang.    "Pandai juga Lan mengorat ya!   Kami juga yang melepas,"   katanya sambil tergelak besar.   Abang Remli juga ikut ketawa sama.

            "Itulah lain kali jangan pandang orang sebelah mata saja,"   sahut ku.   Aku juga turut ketawa puas hati.    Mereka sudah menganggap aku sudah berjaya mengorat seorang gadis.      Namun aku bukan jenis lelaki 'buaya darat,' seperti orang lain sesetengahnya yang mana ada juga di kalangan orang buta yang berperangai semacam itu.   Aku minta simpanglah jauh-jauh,        

            "Lan!   Rumah kita dinaiki air.   Cuba kau telefon Kak Ramlah.    Jangan-jangan rumah dia pun dinaiki air,"   suara mak memeranjatkan lamunan ku.

            Kasihan mak!   Susah payah mak bergegas ke sana ke mari bersihkan rumah.    Diam-diam aku berbisik 'kalaulah aku mempunyai isteri yang perihatin, taklah mak dan ayah yang selalu saja sakit-sakit teruk-teruk membersihkan rumah,'   aku benar-benar mengharapkan  ada insan yang perihatin di luar sana memahami perasaan ku.

            'Adakah Cik Ina?'

            'Ah!    Mana mungkin Cik Ina dapat menyelami perasaan ku kerana pertemuan kami yang sesinmgkat itu.   Lagi pun  ...'   hati ku berhenti berbisik kerana dikejutkan suara jam robot di tangan ku mengumumkan sudah pun pukul satu tengah hari.   'Aku yang silap kerana tidak memberi tahu yang aku masih membujang,'

            'Kalau aku berterus terang, sudikah dia menerima ku?'

            'Tak mungkin  ...!'

            'Sebab?'

            Aku menghela nafas panjang.     Aku berikhtifar panjang.    Semua manusia mempunyai nafsu sedemikian.    Tapi aku harus menerima ketentuan dari kekuasaan-Nya.   Hadis menyatakan bahawa ;

            "Sesungguhnya rezeki, jodoh, ajal dan maut seseorang anak Adam adalah ketentuan Allah,"   

           

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



TERIMA KASIH MENTERI BESAR.

 

 

Kau yang telah membuka mata pembangunan hakiki

segalanya impian sekalian rakyat di desa kota

yang dahagakan kemajuan, dahagakan kemerdekaan.

 

Sesungguhnya cinta dan kasih kami

tak pernah pudar tak pernah berubah

setia kami hanya Satu curahan hati

buat seorang pemimpin.

 

Terima kasih Menteri Besar.

 

 

Roslan Bidin.

Beseri  - 2000.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                         ;            &nb sp;            & nbsp;             ;            &nb sp;            & nbsp;             ;            &nb sp;            & nbsp;             ;            &nb sp;            & nbsp;             ;    

             ;            &nb sp;            & nbsp;             ;            &nb sp;            & nbsp;                        ;            &nb sp;        

ST NICHOLAS YANG SERING DISEBUT.

Pengalaman sewaktu Berkursus Anyaman Kraftangan Rotan

Di Sekolah Bagi Orang Buta.

 

Masa silam yang sesekali datang

membawa kenangan di zaman keanak-anakkan

dan nama itu sering kudengar

sering disebut-sebut orang

St. Nicholas  ...  Berdesir hatiku berbisik

St. Nicholas  ...  Bergerak di bibir kucuba menyebut

St. Nicholas Home  ...  Kucuba bertanya, apa maksudnya?

St. Nicholas Home  ...  Kucuba mencari di mana letaknya?

 

Masa kini yang terukir di jiwaku

tika pertama kali hatiku jatuh di kamar resah dan sepi

lalu kucuba dekati padanya

menyelami ribuan rahsia

atau ratusan kisah suka-duka

yang datang dan pergi.

 

Masa depanku yang kian terpancar

memecahkan rasa kesangsian hidup

tabahnya kaki tangan di sini

memungut daun-daun impian

lalu diwarnai ke dalam diri ku

yang selama ini kurasakan gelap

dan tak punya erti.

 

Rupanya  ...  Barulah kutahu

St. Nicholas yang sering disebut-sebut orang

destinasinya di Utara Semenanjung Malaysia

diciptakan untuk kami

warga-warga cacat penglihatan.

St. Nicholas yang selama ini

bermain di bibirku

adalah ibu  ...  adalah bapa

untuk aku dan kawan senasib.

 

 

ROSLAN BIDIN.

Handicraft Training St. Nicholas Home. - 1999.

 

 

 

 

 

PUISI UNTUK KEKASIH.

 

Senyum mu lukisan jiwa ku

tawa mu penghibur hatiku.

 

Senyuman mu penawar resah

diri mu rentak jantung ku.

 

Andai bulan mengukir kata

akan kujadikan puisi indah.

 

andai mentari tersenyum

menjadi tarian cinta.

 

 

ROSLAN BIDIN.

Beseri – 1998.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TAK INGIN MENJADI PENGEMIS!

 

 

Lahirku di atas pentas opera

dipenuhi lakonan dan lagu cinta.

 

Aku mencari rezeki dan sesuap nasi

menjadi seorang seniman jalanan.

 

Aku tak ingin menjadi pengemis

membuang resah di pinggir waktu.

 

Aku tak ingin menjadi mangsa cinta

yang tersembunyi seribu muslihat.

 

 

 

Roslan Bidin.

Kompleks Penyayang Dr.  Siti Hasmah Jejawi  -  1997/

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BERKAWANLAH KITA!  ...  BERMESRALAH KITA!

Sajak Khas Sempena Sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2007.

Kenangan ku Yang Tak Pernah Ku Lupakan Walau Pun Sedetik.

 

Bertemu lagi kita buat sekian kalinya

bersama sebuah kenangan dulu.

 

Biar pun dunia kita berbeza.

 

Bertemu lagi kita biar pun terasa sekejap

bersama suara serta warna hati anak seni kraf tangan Semenanjung.

 

Biar pun rumah kita berbeza.

 

Bertemu lagi kita yang bernama warga kraf tangan

bersama satu tujuan, satu matlamat.

 

Biar pun kampung kita berbeza.

 

Bertemu lagi kita di dalam satu majlis

sempena sambutan Hari Kraf Kebangsaan.

 

Berkawanlah kita!  ...  Di sini tempat kita berkawan!

Bermesralah kita!   ...  Di sini tempat kita bermesra!

 

Berpisahlah kita sementara menanti hari esok

jika Tuhan izinkan kita berjumpa lagi.

 

Terima kasih dari kami sekawan usahawan OKU Penglihatan

atas peluang dan kesempatan yang diberi.

 

Kami tidak rasa sangsi  ...  kawan kita baik semuanya

kami tidak rasa malu  ...  staf di sini ramah semuanya.

 

Berkawanlah kita  ...  biar pun dunia kita berbeza.

 

 

Roslan Bidin.

Pengusaha Kraf tangan Anyaman Rotan Orang Cacat Penglihatan Perlis.

5, Mac, 2007.

 

 

 

 

 

 

PUISI BUAT REALITI AMAL TV3.

Sempena Rakaman Kisah Hidup Mustaffa bin Dahaman.

Disiarkan Pada Jun, 2007.

 

 

Sekian lama titisan keringat yang mengalir

dari tubuh seorang penjaja yang daif dan buta

tak pernah kenal penat dan erti kemiskinan

kerana jualan bakul yang tak seberapa

cukup menyara hidup  ...  biar pun hari ini

ikan tamban kering menjadi hidangan istimewa.

 

Timbul hasrat si penjaja buta

kalau kisah hidupnya yang serba payah

jadi perhatian media cetak

atau paling glemor kalau jadi hero di kaca tv

bukan mencari nama dan bukan mencari pangkat

tapi sekadar ingin berkongsi pengalaman

tapi sekadar ingin berkongsi kesusahan.

 

Hari itu si buta bagai bermimpi

kerana impianya menjadi kenyataan

tika kru Realiti Amal 'BERSAMA MU TV3'

datang mencari cerita erti hidup.

 

Si buta amat terharu

bila suara hatinya dapat didengar

keluhanya dapat dikongsi

sambil tanganya menuding kesusahan

Lihatlah tuan!

Rumah ku yang rosak

dindingnya berlubang di sana sini

atap yang bocor di merata-rata

sakit demam datang sesekali

semuanya perlu dibaiki

semuanya perlu diubati

hanya bantuan JKM yang masih tak mencukupi.

 

Si buta ingin mengucapkan jutaan terima kasih

buat mereka yang sungguh perihatin

hanya doa kepada Ilahi buat hadian

moga amal yang ditabur dirahmati Tuhan.

 

ROSLAN BIDIN.

Kumpulan Pengusaha Barangan Kraf tangan.

Orang Cacat Penglihatan Perlis.

Beseri  09, Jun, 2007.

 

 

KELUARGA BARU.

 

Sempena Penubuhan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia.

(Society Of The Blind In Malaysia) Kawasan Kedah.

 

Apakah kebahagiaan itu akan berkekalan

bila datang lagi keluarga baru di kalangan kita

kebahagiaan dibina akan bersemanyam

pada setiap aktiviti, kursus dan seminar

 

Apakah kebahagiaan itu akan menyubur

bila lahir lagi keluarga baru di kalangan kita

kebahagiaan bermastautin di sebuah pejabat

payahnya dicari  ...  yang dulunya

barisan AJK hanya duduk berbincang, bermesyuarat

berlantaikan alas tikar, berhawa dingin deruan kipas syiling.

 

Apakah kebahagiaan itu akan terus tumbuh

bila sudah akrab hubungan keluarga kita

tapi ahlinya tak mengenali satu sama lain

barisan AJK dok cari  modal bermesyuarat

cari jalan untuk bangunkan kita, adik dan abang

dari terus duduk lena di rumah.

 

Wahai kawanku!   Tahukah kalian

kita sudah mempunyai sebuah keluarga

yang dulunya kalian menumpang

pada SBM Pulau Pinang dan KL Selangor

yang dulunya kalian impikan.

 

Apakah kita mahu melihat barisan AJK menangis hampa

melihat kita yang masih lagi dok lena

apakah kita mahu melihat keluarga baru kita

yang sekian lama dicari dan ditebas semak samunnya

bersama pengerusinya saban malam

lenanya tak pernah lelap

memikirkan perancangan dan aktiviti

untuk kita orang cacat penglihatan Kedah dan Perlis.

 

Apa pun sebenarnya SBM yang kita sebut dan kita terjemah

(Society Of The Blind In Malaysia)

seharusnya kita mesti memberikan sebuah cenderamata

yang bukanya sebuah gubahan bunga

atau ciptaan madah dan puji-pujian

cukup hanya sebuah penyertaan kalian

membentuk keluarga baru kita.

 

Apa pun halnya  ...  Itulah rumah kita

keluarga baru kita yang sudah pun jauh melangkah

pejabatnya yang dulu beralaskan tikar kini terhias indah

kerusi empuk dan hembusan lembut penghawa dingin.

 

Datanglah kalian melihat rumah kita

yang belum berdaftar, sudikanlah berdaftar

agar terbela nasib mu di hari muka

duduk sebumbung, ketawa serumah

makan sepinggan, tangis senada.

 

 

Roslan Bidin.

Timbalan Pengerusi SBM Kawasan Kedah.

1, November, 2007.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAJU KURUNG MERAH JAMBU.

 

 

"AWAK sudah sampai,"   demikian kata kendaktor bas yang membawa          penumpang-penumpang dari Kangar ke Kampung Guar JentikBeseri kepadanya.    Bas PPMPs berhenti tepat di hadapan papan tanda warna biru yang bertulis "SELAMAT DATANG KE KAMPUNG BELUKAR BELUKAR,'  seperti yang diminta.

            "Oh!  Sudah sampai rupanya.   Err  ...  Terima kasih ya bang,"  ucapnya.

            Ruhiyat bangun dari kerusi di atas bas tersebut sambil tangan kirinya menggenggam kemas berberapa bungkusan barang-barang yang baru dibeli dari Bandar Kangar tadi.    Termasuklah sebuah bungkusan yang sangat penting buatnya.     Kalau boleh dia ingin segera turun dari dalam bas tersebut untuk menyampaikan bungkusan tersebut kepada tuan punyanya.    Sementara tangan kananya memegang tongkat hikmatnya sebagai lambang bagi orang cacat penglihatan.    Biasanya orang ramai atau pemandu kenderaan yang ternampak tongkat tersebut akan membantu atau memberhentikan kenderaan mereka untuk memudahkannya melintas jalan.

            "Saya  ...  sukakan  ...  Abang  ...  Ruhiyat.   Abang  ...  Ruhiyat  ...  boleh  ...  buat  ...  berbagai  ...  jenis  ...  bakul,"   demikian kata Siti Musliana dalam bahasa isyarat dan diterjemahkan oleh Munirah kawanya pada suatu pagi.    Siti Musliana yang lincah orangnya mengambil berus serta sebuah tin berisi syelek yang disimpan di satu sudut di dalam rumahnya.   Lantas Siti Musliana membantu Ruhiyat menyapukan syelek tersebut ke atas bakul-bakul hasil anyaman Ruhiyat yang telah disiapkan.

            "Oh!  Gitu!"   Ruhiyat tersenyum mendengar terjemahan dari bahasa isyarat yang disampaikan oleh Munirah tadi.    "Tolong tanyakan kepadanya  ...  Ikhlaskah pujian itu?"   tanyanya sekadar bergurau sedangkan dia tahu benar akan perasaan gadis  tersebut.

            Ruhiyat terdengar suara tawa dari Siti Musliana.   Kalau dengar suara tawanya, orang buta sepertinya sedikit pun tidak akan pecaya bahawa Siti Musliana itu bisu.   Siti Musliana manja perwatakanya.   

            Munirah pula seorang gadis yang sering keluar masuk ke hospital kerana selalu diserang penyakit lelah.     Bulan Ramadhan baru sahaja sebulan berlalu.     Dengar-dengar Munirah sudah dimasukan ke wad.    Ruhiyat hanya mampu melawatnya sahaja kerana apalah ada pada dirinya sedangkan dia hanya insan biasa.     Dia bukanlah seorang doktor.     Ruhiyat hanya mampu menghela nafas panjang mengenangkan kejadian yang semestinya sudah ditentukan Allah kepada hamba-Nya serta terkandung hikmah di dalamnya kalau bersabar.

            "Eloklah tuuu  ...  Kalau dah tak sihat tu, siapa yang nak berkenan  ...  Yang seorang tu pulak bisu,"  

            Berdesing telinga Ruhiyat bila mendengar kata-kata sindiran dari Mak Cik Peah petang itu.    Walau pun berbentuk gurauan  ...  tapi hati siapa yang tak sakit.    Tapi begitulah sifat manusia.    Mujurlah mak buat tak dengar saja dengan sindiran kawan-kawanya yang tinggal di Kampung Abi itu.      "Buat tak dengar saja mak.    Orang macam tu bukanya boleh dilayan sangat,"     kata Ruhiyat malam itu bila akhirnya mak merungut juga serta melarangnya menjalinkan hubungan lagi dengan gadis-gadis malang tersebut   

            "Apa yang kau beli banyak sangat ni,"    tanya mak.   Suara mak memeranjatkan lamunanya yang hanyut bersama sebuah lagu raya menerusi slot 'Gong Sensasi,' terbitan Radio Perlis fm serta seloteh DJnya Ramzan dan Mat Shah Hashim petang itu.     'Pandai mereka memilih lagu raya.   Sedap,'  bisik hatinya.

            "Nak buat kuih rayalah mak.   Kuih sampret  ...  kek dan ada beras pulut tu,"  Ruhiyat berjalan perlahan-lahan menuju ke arah kerusi di ruang tamu dan duduk di situ.      "Bukankah ayah suka makan ketupat,"    sambungnya membilang jenis-jenis makanan kegemaran mereka setiap kali menjelang satu Syawal.

            "Kenapa tak dibeli yang dah siap?  ...  Sapa yang nak buat semua tu?"  sungut mak.     "Kalau ada bini tak apa jugak,"   sambung mak.

            Tersentuh juga hati Ruhiyat menerima kata-kata dari mak.   Namun Ruhiyat tahu bahawa mak tidak terlintas untuk melukakan hatinya.     "Malam ni kan Kak Melah nak balik  ...  Zaini dan lakinya juga balik.   Kita suruhlah diaorang buat.   Makan kuih raya buat sendiri lebih sedap mak,"    Ruhiyat merebahkan tubuhnya ke atas kusyen tersebut.    Teringat pula bungkusan yang ditempah dari sebuah Pasar Raya Borong Dinhh  di Kangar tadi.    Mujur bungkusan itu tidak diberikan sekali kepada emaknya.     Kalau tidak, alamatnya pecahlah tembelangnya.     Inilah upahnya yang paling lumanyan yang diberikan pada bulan ini selain dari upahan iaitu seringgit untuk sebuah bakul bersaiz kecil dan dua tiga ringgit untuk sebuah bakul bersaiz besar.     Bulan Ramadhan selalunya Ruhiyat akan mendapat jualan yang sungguh memberangsangkan termasuklah tempahan dari pelangganya.

            Barangkali itulah kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan yang sering diceritakan oleh Ustaz Syafiee yang mengajar kelas Agama di Masjid Ar Rahmah Kampung Belukar.     Sebabnya berlaku ke atas dirinya sendiri.    Kalau bulan lain, rezekinya hanya cukup untuk makan pakai dirinya, ayah serta mak.  

            Sejak kebelakangan ini ayah selalu sahaja tak sihat.    Namun digagahi juga masuk ke hutan rumbia.    Ambil daun rumbia untuk dibuat atap dan dijualkanya di kedai Kak Misah di Kampung Darat.   Puas dinasihatkanya, namun ayah tetap nak buat kerja juga.   Akhirnya Ruhiyat terpaksa mengalah serta berdoa semoga Allah melindungi ayah dan maknya.

            Petang yang sungguh damai di penghujung Ramadhan yang membawa seribu kenangan serta Rahmat dari Allah kepada hamba-Nya.   Ramadhan akan pergi.   Entah akan bertemu atau tidaknya pada Ramadhan yang akan datang.     Ruhiyat memanjatkan kesyukuran.   Sekian lama dia berpuasa, tidak pernah sehari pun dia tertinggal kerana sakit dan sebagainya.

            "Mana Siti ni?  ...  Dah seminggu dia tak datang,"   sungut Ruhiyat sendirian.   Ditekan jam di tanganya.   Sudah pun pukul tiga petang.     Pukul empat nanti teksi Abang Long akan datang ambilnya untuk pergi berniaga di Pasar Ramadhan di Balai Baru.     "Munirah pun tak nampak-nampak?   Ke mana dia orang ni?"  bisik hati kecilnya.   "Aku mesti menelefon rumah Munirah,"   Ruhiyat membuat keputusan sendiri.       

            Lalu Ruhiyat bangun dari tempat duduknya.   Di bendul rumahnya masuk ke bilik ambil handfon.      Kalau guna telefon rumah nanti didengari mak.     Bukan tak tahu, mak tidak menggalakanya menjalinkan hubungan dengan gadis-gadis tersebut.

            "Munirah dimasukan ke wad semalam  ...  Siti Musliana balik ke kampung bersama keluarganya di Parit Buntar Perak,"    demikian beri tahu Puan Rosnah ibu Munirah.

            Ruhiyat bagaikan hilang anggota.  Rasa kesalnya amat sangat kerana merahsiakan hajatnya untuk memberikan hadiah istimewa itu kepada Siti Musliana.     Ruhiyat bangun perlahan-lahan menuju ke arah sebuah meja kecil di sebelah katilnya.     Diraba-rabanya.   Ruhiyat jumpa radio.   Di sebelah radio itulah sebuah bungkusan kemas sepasang baju kurung warna merah jambu yang dibelinya disimpan.     Mahu tidak mahu, Ruhiyat terpaksa menyimpan baju tersebut sehingga Siti Musliana balik nanti.

            "Maafkan abang!  Siti!"   bisik hati kecilnya.

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KUDRAT.

"KITA mesti mencari jalan penyelesaian mengatasi masalah ini.    Kasihan Abang Mus kita yang terpaksa mengorbankan tenaga anak isterinya semata-mata untuk memikul rotan yang mencecah puluhan kilo,"  demikian kata Rostam.   Dan itulah perbincangan yang paling utama dan menjadi sebab kenapa Rostam memanggil kawan-kawanya bermesyuarat pada hari itu.

            Bukan untuk kepentingan dirinya.   Tetapi untuk kepentingan bersama.   Cukuplah sudah sepuluh tahun lebih mereka memikul beban itu.    Kerana itulah sahaja pencarian rezeki mereka.    Dia mesti cari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah ini.    Mereka sudah tidak ada kudrat lagi untuk memikul rotan yang terpaksa mereka bawa beli dan bawa balik dari Jalan Lebuh Pantai Pulau Pinang itu.  

            Pernah suatu hari Abang Karim mengajaknya ke Pulau Pinang beli rotan.   Tempahanya bertimbun-timbun.    Ada yang menempah bakul loundry, beg tangan dan bakul bakul fail macam-macam lagi.   Tak kurang juga dengannya.    Tak menang tangan dibuatnya.    Rostam mengambil kesempatan itu, membeli juga sepuluh kilo rotan kerana rotan di dalam simpananya sudah hampir habis.

            Paling teruk masalahnya ialah ketika mereka hendak berjalan kaki melintasi lorong menuju ke feri.     Tiba-tiba rotan yang dipikul oleh Abang Karim terburai dari ikatanya.      Kelam kabut jadinya.   Mujur Rostam dapat melihat sedikit berbanding dengan Abang Karim yang tidak dapat melihat langsung.    Kasihan Abang Karim yang terpaksa meraba-raba mengikat kembali rotan-rotan tersebut.     Dicuba membantunya.   Namun rotan tersebut tetap terburai juga dari ikatanya.    Berpeluh-peluh mereka dibuatnya kerana dalam keadaan di dalam lorong penumpang menuju ke arah feri yang sempit.    Kalau mereka dimarahi penumpang-penumpang yang sedang ada yang berlari, dan kalau yang berjalan bersahaja sahaja tak apa juga untuk mengejar waktu perjalanan feri.

            "Aiyaa!  Apa pasal ini?"  seorang lelaki Cina muncul di situ.   "Ini lotan angkat tolon,"  katanya lagi.    "Lu mau bikin laga?"  tanyanya.

            Mereka hanya angguk sahaja membiarkan lelaki tersebut mengikat ikatan pada rotan tersebut kemas-kemas.     Bila mengingati peristiwa itu, Rostam tersenyum sendirian.    Diceritanya kepada kawan-kawanya yang berada di dalam perjumpaan mereka hari itu.    Rostam dan Abang Karim yang memahami bahawa lelaki Cina tersebut meminta mereka membantunya menurunkan rotan dari atas bahu masing-masing terus meletakan ikatan rotan tersebut ke lantai.    Namun lelaki Cina tersebut menjerit lagi.    "Aiyaaa!  ... Angkat tulon,"   sambil mengangkat rotan tersebut dan diletakan ke bahu mereka.    Barulah mereka tahu bahawa lelaki tersebut ingin membantunya meletakan rotan tersebut ke bahu mereka.   Sepanjang perjalanan, mereka ketawa terbahak-bahak sehingga hilang rasa letih dan dahaga yang dirasai sebentar tadi.     Bayangkanlah.   Sebelah tangan memegang tongkat putihnya yang menjadi lambang bagi orang-orang cacat penglihatan sepertinya.    Mana kala sebelah tangan lagi mengawai rotan agar tidak terburai dan jatuh lagi.     Rostam juga terpaksa membantu membawa Abang Karim berjalan bersama denganya.

            "Ini tak boleh jadi  ...  Kasihan Abang Karim     .    Tentu teruk juga nak mengimbangi badan dengan rotan yang terpikul di bahunya,"   celah Lim Yie Keong yang lebih mesra dengan panggilan mesranya Lim saja.   

            "Masalahnya di kalangan kita ini tak ada yang mempunyai adik-beradik yang mempunyai van,"   celah Kak Ani membuat ulasan.

            "Kalau kita ada adik beradik yang mempunyai van pun tak guna juga kalau dia orang tak mau nak bantu kita,"   celah Abang Mus.   "Lagi pun Pulau Pinang dulu dengan Pulau Pinang sekarang banyak perubahanya tau,"    tambahnya lagi.

            "Saya ada satu jalan,"   kata Lim.

            "Apa dia?"  tanya mereka serentak.

            "Sebelum tu  ...  berapa agaknya kos yang kawan-kawan semua keluarkan selain modal beli rotan tu.   Maksud saya, belanja tambang, makan dan lain-lainya?"    tanya Lim.

            "Lebih kurang dalam RM 65.00 seorang,"  jawab Abang Mus ringkas.

            "Saya ada satu jalan,"  Lim mula membuka cadanganya yang sedang berada di kotak fikiranya.     "Apa kata kalau kawan-kawan gunakan duit itu untuk membayar upah kepada van  pergi mengambil rotan itu dan membawa balik ke pangkuan kawan-kawan semua.    Kali pertama, seorang yang tahu jalan ke kedai rotan tu ikut sama van tersebut dan menunjukan alamat kedai rotan dan rumah kawan-kawan sekembalinya ke Perlis nanti,"   cadang Lim panjang lebar.

            "Lim ada saudara-mara yang mempunyai van  tu?"   tanya Mak Su Nab.

            "Saya akan cuba carikan kalau-kalau ada kawan bapa saya yang mempunyai van dan selalu ke sana,"   kata Lim.   "Kita boleh minta tolong dia,"   sambungnya.

            Lama mereka membisu memikirkan cadangan Lim tadi.   Sementara di jalan raya di hadapan rumah Abang Mus kedengaran kenderaan lalu-lalang dengan urusan masing-masing.   Setiap kali bermesyuarat, Rumah Abang Muslah pilihan Rostam kerana rumahnya dalam kawasan Kangar dan mudah kawan-kawan yang lain datang.   Niat Lim memanglah baik.   Ingin menolong kawan-kawanya.    Namun Rostam merasakan harga itu terlalu mahal.    Namun Rostam sedikit tidak bersuara membantah cadangan itu.   Biarlah keputusan mesyuarat membuat kata putusnya.    Dengan kata putus mesyuarat setidak-tidaknya tidaklah menyinggung sangat perasaan Lim.

            "Saya rasa kos itu terlalu mahalah Rostam.    Sebab kita boleh carikan jalan yang lebih baik lagi,"   kata Abang Mus setelah sekian lama mereka menyepi.

            "Jalan yang macam mana pula?"  tanya Rostam.

            Selaku ketua di dalam kumpulan kecil yang diamanahkan oleh kawan-kawanya di Perlis, Rostam perlu mendengar semua pendapat kawan-kawanya.   Dan Rostam juga pernah menyatakan bahawa dalam kumpulan kita ini tak ada siapa yang lebih.   Dan tak ada siapa yang kurangnya.    Sama-sama senasib.   Oleh itu, dia rela melepaskan jawatannya jika ada orang yang sanggup memegangnya demi untuk memberikan keadilan dalam memilih ketua di dalam kumpulan ini.

            "Kalau seperti cadangan Lim tu  ...  Lebih baik kita cuba tanyakan kepada pengurus Kedai Unisyion di Taman Sena di Kangar tu,"   cadang Abang Mus.    "Dia orang tu sering berurusan dengan pemborong-pemborong di Pulau Pinang tu.   Kita tanyakan dengan dia orang tu, kalau-kalau kita boleh tumpangkan rotan kita sekali,"  terang Abang Mus.    "Saya rasa dengan cara tu mungkin kita akan dapat harga paling murah,"   tambahnya.

            "Ya!  Saya rasa itu lebih baik  ...  Sebab kita tidak sewa sebuah van tersebut,"   sokong Kak Ani.    "Kita hanya tumpangkan barang kita,"   tambahnya lagi.

            "Saya setuju!"  sahut yang lain.

            Rostam menghela nafas lega.   Sekurang-kurangnya sekarang ini sudah terongkai segala kekusutan yang selama ini bermain di kotak kepala mereka tentang masalah besar yang sedang mereka hadapi.    Cuma sekarang ini mereka perlukan jawapan dari pihak Kedai Unisyion Kangar.     Sedar tidak sedai jam sudah menunjukan ke pukul satu tengah hari.     Yang pastinya mereka masih di dalam delema menanti.    Menanti sebuah jawapan yang akan melegakan mereka semua.   Setidak-tidaknya kudrat yang mereka gunakan untuk memikul rotan itu mereka gunakan untuk menghasilkan lebih banyak barangan kraf tangan.

 

             

 

 

           

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

GLOSARI.

1.         Cambah            & nbsp;          : Tumbuh. 

2.         Kanvas            & nbsp;            : Si kain yang tebal.   Beg yang tebal.

3.         Fajar            & nbsp;             ;   : Mata hari/Mata hari waktu pagi.

4.         Kudus.            & nbsp;            : Suci murni.   Tidak berdosa.

5.         Pelusuk.            & nbsp;          : Ceruk atau penjuru.

6.         Nur            & nbsp;             ;     : Cahaya.

7.         Keringat            & nbsp;          : Peluh dingin.   Peluh yang keluar dengan banyak.

8.         Syahdu.            & nbsp;           : Elok, Cantik, Mulia.   Cth : Malam yang Syahdu (Mulia)         

9.         Semadi            & nbsp;            : Simpan.

10.       Ukhwah.            & nbsp;         : Persaudaraan.

11.       Mudzakarah.            & nbsp;   : Perbincangan.

12.       Jom.            & nbsp;             ;    : Dialek Negeri Kedah Perlis bermaksud "Mari."

13.       Tongkat Putih            & nbsp;  : Tongkat yang digunakan oleh orang cacat penglihatan             & nbsp;             ;            &nb sp;              untuk berjalan.

14.       Reaksi             & nbsp;            : Aksi/Pergerakan/Tingkah laku kerana sesuatu pengaruh.

15.       Buaya Darat            & nbsp;    : Lelaki yang suka main kayu tiga (Menyimpan perempuan)

16.       Hakiki            & nbsp;             ; : Yang hak.  Yang Benar Nyata.

17.       Desir            & nbsp;             ;   : Bunyi seperti daun kayu ditiup angin.  Atau Bisikan.

18.       Sangsi            & nbsp;             ; : Ragu-ragu.

19.       Opera.            & nbsp;            : Drama yang disertai nyanyian dan muzik.

20.       Daif.                 & nbsp;           : Cacat, Hina, lemah dan terlalu miskin.

21.       Dok.            & nbsp;             ;   : Dialek Negeri Kedah Perlis bermaksud "Tinggal,"

22.       Ikan Tamban             & nbsp;  : Ikan dari laut yang sedap jika dikeringkan dan digoreng.

23.       Glemor             : Popular.

24.       Realiti            & nbsp;             ;  : Benar, nyata.

25.       Bermastautin            & nbsp;    : Tinggal menetap.

26.       Syelek            & nbsp;             ; : Minyak digunakan untuk menyapu pada kayu, papan dan             & nbsp;             ;            &nb sp;                    rotan.

 27.      Bisu            & nbsp;             ;     : Tidak bersuara "Orang itu bisu."  sunyi.

28.       Gong.            & nbsp;             ;  : Alat muzik tradisional untuk menginsahkan bunyi-            & nbsp;             ;            &nb sp;            & nbsp;                    bunyian.

29.       Bini.            & nbsp;             ;    : Dialek Negeri Kedah Perlis bermaksud  "isteri."

30.       Laki.            & nbsp;             ;   : Dialek Kedah Perlis bermaksud "Suami,"

31.       Kudrat            & nbsp;            : Kuasa Tuhan.  Kekuasaan.   Kekuatan.

32.       Burai.            & nbsp;             ;  : Terungkai. 

 

Maklumat diperolehi dari KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.

                 

 

 

 

 

 

 

Isnin, Disember 15, 2008

Disabled Persons Are Capable Of Working Well, Says SBM President

December 15, 2008 18:05 PM 
Disabled Persons Are Capable Of Working Well, Says SBM President
 
KUALA LUMPUR, Dec 15 (Bernama) -- Persons with disabilities are capable of performing up to par in the workplace despite their shortcomings if given ample
opportunity and proper guidance, a career symposium was told today.
 
"Persons with disabilities, especially the visually challenged, are hardworking, not easily influenced by external forces, and are less distracted people,"
said president of the Malaysian Society for the Blind Mah Hassan Omar.
 
He told the National Career Symposium for the Visually Challenged 2008 here that employers were reluctant to employ persons with disabilities because they
felt that they needed to look out for their well-being.
 
"In fact, all they need is to be given the opportunity to work and proper guidance," he said.
 
Mah said there were some irresponsible employers who took advantage of the situation when they handed out work beyond the disabled person's capacity.
 
"There were also complaints that their employers did not even provide them with desks to work on," he said.
 
The Public Service Department (PSD) had create 10,000 jobs for persons with disabilities but only 700 of them were registered with the public sector, he
said.
 
The two-day symposium is to initiate better understanding between employers and the visually challenged workers as well as to provide updated information
on facilities and equipment with the latest technology to assist in increasing the productivity and quality of the visually challenged workers.
 
-- BERNAMA
 
Kita berharap dengan semposium kali ini, akan dapat merobah apa yang diharapkan.

Ahad, Disember 14, 2008

Penghinaan agama. Apa semua ni?

Salam bahagia encik-encik semua.

 

Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar kes-kes penghinaan agama.  Ini terutamanya agama islam.  Ini adalah perbuatan yang amat-amat jijik dan terkutuk.  Sebenarnya, agama walau apa sekali pun, tidak boleh dihina.  Agama adalah pengikat kepada manusia.  Dalam agama, ada peraturan-peraturan yang dibuat untuk penganutnya.

 

Sekarang, mari kita lihat serba sedikit faktor penghinaan terhadap agama islam.

 

  1. Faktor penganut.

Seperti yang tersedia maklum, penganut agama islam rata-ratanya mundur dan buta huruf.  Taraf hidup juga begitu rendah.  mereka juga berperang sesama sendiri.  mereka sendiri tidak memahami ajaran sebenar agama islam.  Mereka juga, banyak bergantung pada negara-negara kaya.  Negara-negara islam juga, tidak bersatu dan tidak bersependapat dalam segala macam aspek dan hal.

 

2.  Ketidakfahaman orang bukan islam terhadap islam.

Ini berlaku akibat dari kesilapan orang islam itu sendiri.  mereka hanya mengharapkan para ulamak, ustaz dan ustazah untuk memberi penerangan kepada golongan bukan islam tentang agama islam.

 

Ini adalah dua faktor saja.  Sebenarnya, ada lagi faktor lain.

 

Dan, apabila penghinaan berlaku, apa yang orang islam buat ialah hanya mampu tunjuk perasaan.  Bagi penulis, yang keras harus dilawan dengan yang lembut.  Tunjuk perasaan dan ugutan bukanlah cara terbaik untuk menangani kes penghinaan ini.  Bagi penulis, cara terbaik untuk menangani penghinaan yang berlaku ialah dengan berdiplomasi.  Terangkan kepada si penghina tentang ajaran agama.  Cuba lihat artikal sebelum ini.  Penulis tertarik dengan cara ahli BPN menangani blog Surind Raj yang menghina agama islam.  Bagaimana penerangan yang panjang lebar telah dilakukan oleh ahli BPN ini kepada saudara Surind.

 

Ini merupakan cara yang paling baik untuk menangani masalah penghinaan agama.  Bukan dengan bom sana-sini dan ugut serta tunjuk perasaan.  kalaulah cara kekerasan ini terus diguna pakai, percayalah, masalah penghinaan terhadap agama islam tidak akan selesai.  Sebabnya, orang bukan islam akan lebih percaya bahawa orang islam memang pengganas seperti yang digambarkan oleh barat dan musuh islam.

 

Untuk pengetahuan, penulis beragama Taoisme.  Agama Taoisme tidak membenarkan penghinaan terhadap agama lain.

Sabtu, Disember 13, 2008

Surat terbuka(1) untuk blogger Surind Raj.

KHAMIS, DISEMBER 11, 2008

Surat terbuka(1) untuk blogger Surind Raj.

Saudara se-negaraku surind Raj,

Pertama sekali saya menyeru anda supaya masuk islam dan belajar islam secara menyeluruh supaya anda benar benar faham islam,ajaran dan cara hidup islam

yang sebenar.

Sesungguhnya islam itu amat menggalakkan persaudaraan,kasih sayang,keamanan,menyintai ilmu dan tidak sesekali menolak duniawi.Ia adalah sebuah agama samawi

dan teramat sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.

Islam tidak pernah menganjurkan kekerasan,radikal atau ekstrim ,apa lagi untuk menyuntik benih-benih permusuhan dan kebencian sesama kita.Justeru itu islam

amat menentang kekerasan dan kekejaman malah peperangan dizaman Rasulullah adalah untuk menegakkan kalimah tauhid dan mempertahankan diri dan agama dari

ancaman kuffar.Peperangan qital dizaman nabi mempunyai sebab sebab syarat-syarat yang tertentu yang boleh kita pelajari melalui kisah kisah perjuangan

nabi dalam ilmu Al-maghazi.( lihat artikel saya sebelum ini)

Saya seorang islam,Saya tidak pernah memusuhi saudara,tetapi adalah tugas saya untuk menyedarkan saudara bahawa sebenarnya saudara sudah keliru terhadap

ajaran agama islam yang maha suci ini dan sudah terlalu jauh menyimpang dari fitrah beragama manusia sejagat malah sudah lari dari kebenaran sejati yang

saudara cari-cari selama ini..Apa pun pandangan yang diberikan kepada saudara,nyata teramat payah untuk saudara terima kerana saudara kini sedang melihat

islam dari kacamata saudara yang sudah jauh terkeliru.Oleh itu doa saya kepada Allah agar saudara diberi taufik dan hidayah untuk mendekati islam dan jika

saudara menerima sinar islam sebagai penyuluh hidup saudara…..sayalah orang yang paling gembira sekali terhadap pengislaman anda!

Saya mendapat tahu berkenaan dengan blog anda dari beberapa rakan blogger saya.Setelah menjenguk dan membaca beberapa artikel tulisan anda,ternyata tulisan

dan kritikan anda terhadap islam dan ibadat haji berjaya membuatkan segelintir umat islam di negara ini marah terhadap anda tambahan pula kritikan anda

dibuat ketika umat islam sedang bersiap sedia untuk menyambut Aidil Adha.Kritikan anda itu seolah-olah menyimbah minyak keatas api setelah golongan hindraf

bertindak tidak sopan dihari perayaan aidilfitri yang lalu dimajlis rumah terbuka PM.Kritikan anda juga mengimbas kembali pembunuhan tragis Saddam ditali

gantung sempena Aidil Adha yang lalu.Setelah meneliti blog anda,rupa rupanya anda telah menjadi seorang blogger semenjak oktober 2006 lagi,anda juga telah

mempunyai ramai pengikut dan peminat yang tersendiri.Secara peribadinya biarlah saya menggambarkan diri anda melalui maksud tersirat disebalik tulisan

, gambar dan logo yang ada di blog anda itu.Ini hanya pendapat peribadi saya saja,dan semoga anda terimanya dengan hati yang terbuka.

Kesimpulan saya,anda seorang yang agak berani,dengan menggunakan nama Surind Raj.Anda berani menyuarakan pendapat anda…anda bebas berhujah dengan akal anda.Namun

anda perlu ingat..keberanian biarlah kena pada tempatnya…kebebasan media dan IT ini janganlah anda salahgunakan sehingga dengan kritikan anda itu boleh

menjadi sumber perpecahan dan ketegangan kaum dan agama di negara ini.

Tanggapan saya, anda adalah seorang Atheis.Anda juga penyokong sosialis dan sifat perkauman anda juga saya rasa agak tebal.Anda juga penyokong Gay-straight

alliance.dan banyak lagi gambar/logo di blog anda yang mempunyai maksud yang tersendiri dan saya tidak mahu mengulas lanjut disini.Rasanya suara anda tidak

mewakili agama hindu,budha,kristian atau islam.Anda seorang pejuang sosialis,penentang ISA dan gambar tangan yang menggengam keatas,adalah simbol freemason

dan agak keterlaluan jika saya juga meragui anda sebagai penyokong hindraf .

Setelah meneliti hujah dan beberapa artikel tulisan anda,sememangnya anda banyak berhujah menggunakan akal.Disinilah titik bermulanya perbezaan pendapat

antara anda dan kebanyakan rakyat negara ini yang secara keseluruhannya hidup beragama dan mengamalkan gaya atau cara hidup yang selari dengan ajaran agama

masing masing.Mungkin bagi anda ianya tidak salah.Ini adalah kerana anda sudah membebaskan diri anda sendiri dengan ikatan agama atau tuhan.Kemungkinan

juga sekarang ini blog anda dijadikan medan tempat anda memperbaiki diri,ilmu perbandingan agama yang anda pelajari dan sememangnya blog anda telah menjadi

kelas tutorial atau forum untuk anda menjadi lebih vokal dan berani untuk bersuara ! Namun anda sedikit bernasib baik kerana anda menulis dalam bahasa

inggeris,dimana orang orang tertentu saja yang boleh memahaminya.jika anda menulis dalam bahasa Malaysia saya percaya sudah ramai umat islam melayu yang

akan menyerang blog anda!

Biarpun anda sendiri begitu yakin dengan kemampuan akal,tetapi semua orang sudah tahu akan keterbatasan akal.Akal tidak mampu mengupas isu kerohanian atau

ketuhanan kerana ilmu ini berkaitan dengan keimanan dan keimanan itu biasanya berkaitan dengan alam ghaib! Anda lebih mempercayai fakta,angka dan logik

akal.

Baiklah..saya mulakan polemik perbahasan kita kepada satu cerita yang mungkin saudara telah mendengarnya…ada seorang guru sekolah rendah yang cuba untuk

mendangkalkan pengertian murid tentang Tuhan didalam kelasnya…dialognya begini:

Guru :Apakah kalian dapat melihatku?

Murid: Ya,dapat!

Guru:Itu tandanya saya wujud.

Guru : Adakah kamu dapat melihat batu kapur untuk menulis ini?

Murid: Ya,kami melihatnya!

Guru: Itu buktinya batu kapur untuk menulis ini wujud,dan apakah kalian melihat pembaris ini pula?

Murid:Ya,kami melihatnya!

Guru:Apakah kalian melihat Allah?

Murid :Tidak!

Guru:Nah,itu tandanya Allah tidak ada,tidak wujud!

Lalu ada diantara mereka seorang murid yang pintar

Lalu dia bertanya kepada kawan –kawan dihadapan gurunya pula

Murid:Adakah kamu melihat akal guru kita ini?

Murid lain: Tidak!!!...jawab mereka serentak..guru tadi terkebil kebil matanya..

Murid:Nah..maka jelas sekali guru kita ini tidak mempunyai akal !!!

Saudara surind,

Ilmu yang anda pelajari iaitu “comparative religion” di kolej tertentu adalah menjadi landasan utama anda membelasah agama islam,kristian dan agama lain

dalam penulisan saudara.Namun percayalah saudaraku,kehebatan logik akal saudara tidak boleh membawa kita kemana-mana.Dunia dan segala isinya ini semakin

menjadi tidak bererti jika saudara terus berhujah menggunakan logik akal saja.Keterbatasan akal dan ketidakmampuan akal untuk mencungkil seribu satu macam

kejadian di alam ini adalah bukti kita adalah makhluk yang lemah dan ada Yang Lebih Bijak mencipta kita dan mengatur segala gerak geri kita ini dan seluruh

kehidupan ini.Contoh mudah ialah kenapa perjalanan hidup anda hari ini yang dirancang rapi dari A hingga Z tidak seperti yang dirancang saudara seawal

saudara bangun dari tidur tadi?kenapa???kalau ikut akal logik anda semuanya akan berjalan lancar bukan?bagaimana pula anda mengalami mimpi,lalu anda menceritakan

mimpi itu kepada orang lain.Apa perasaan anda jika ada diantara mereka yang tidak percaya akan mimpi anda itu sedangkan anda betul betul mengalaminya!

Kalau anda percaya kepada mimpi anda,kenapa anda tidak boleh percaya kepada adanya alam ghaib dan wujudnya Allah yang Maha Pencipta.Sekiranya anda kata

anda sendiri yang mengatur kehidupan anda,maka anda sendiri kah yang menidurkan anda dan anda sendirikah yang mengejutkan anda dan siapa pula yang menjaga

anda sewaktu anda tidur itu ,dan sekiranya anda berkata itu sudah lumrah hidup manusia secara semulajadinya,mesti tidur,makan,minum,kahwin…maka soalan

saya lagi… kenapa pula antara kita waktu tidurnya tidak sama,mimpi kita tidak sama dan banyak lagi perkara yang kita buat ini tidak mengikut atau menghasilkan

apa yang kita mahu tetapi… telah diatur oleh Sang Pencipta!

Saudaraku Surind,

Jika anda berkata Tuhan tidak ada,Al-Quran itu sihir atau ciptaan Muhammad,maka saya ingin sekali lagi mengajak anda supaya masuk islam,belajar islam secara

menyeluruh bukan separuh separuh.Maka saya percaya anda akan menemui kebenaran yang hakiki hanya dalam agama islam.Percayalah!sesungguhnya islam adalah

sebuah agama kebenaran…disampaikan melalui nabi Muhammad yang sudah terkenal sebelum kerasulannya lagi dengan gelaran Al-Amin..iaitu yang bercakap benar!...

Firman Allah didalam Surah Al-Fushilat ,ayat 44 yang bermaksud “Katakanlah : Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman.Dan

orang-orang yang tidak beriman,pada telinga mereka ada sumbatan,hingga Al-Quran merupakan suatu kegelapan bagi mereka.”

Para pejuang Atheis terlalu mengagungkan logik akal,namun mereka lupa bahawa akal berfungsi disebabkan mereka ada pancaindera yang menjadi alat untuk akal.Bagi

mereka sesuatu yang tidak boleh dikesan oleh pancaindera adalah tidak wujud.Pancaindera bekerja untuk akal.Mereka menolak akal ini diciptakan Allah.Oleh

itu soalan saya lagi,bolehkah pengertian akal sahaja dapat menetukan kebenaran yang hakiki? Bagaimana pula akal yang selalu berkata bahawa kepala kita

selalu berada diatas ketika kita berjalan baik ketika kita berjalan di kutub utara atau dikutub selatan? Bagaimana pula pendapat anda bahawa akal ini melihat

bumi ini adalah satu hamparan mendatar secara horizontal dan bukan bulat?

Maka disinilah kita menilai keterbatasan akal itu jika akal berfungsi tanpa ilmu.Dengan ilmu,akal akan menerima kenyataan yang bumi ini bulat,setiap objek

yang di lambung keatas akan jatuh kebawah kerana adanya daya graviti…lalu kamu berkata ahhhh…hukum alam memang begitu!!!…malah kamu percaya adanya kuasa

graviti atau kuasa tarikan magnet,tetapi adakah kamu nampak tenaga yang boleh menggerakkan objek itu…jawabnya juga tidak…jadi, kenapa anda masih percaya?…jawabnya

kerana anda ada ilmu…ilmu anda menyatakan kejadian itu terjadi mengikut hukum fizik semata mata dan “full stop”.Jika saya tanya anda lagi, setiap hukum

atau undang undang itu mesti ada penciptanya,jadi siapa yang mencipta hukum alam itu pula?

Jika anda berkata anda benar,maka sila kemukakan satu atau banyak bukti apa yang dinyatakan oleh kitab suci kami Al-Quran itu salah atau bertentangan dengan

hukum fizik atau hukum alam.Al-Quran adalah mukjizat atau keajaiban dunia yang perlu anda terokai wahai saudaraku Surind.Dengan kemudahan IT dan teknologi

terkini anda bukannya susah untuk mencari Al-Quran digital dan bacalah makna atau isi Al-Quran itu moga moga anda beroleh cahaya yang terang dan kebenaran

nya tidak boleh dipertikaikan lagi.Bacalah surind,Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada seluruh umat manusia,bukan hak milik mutlak kami umat islam sahaja,ia

adalah mukjizat.Dalam sejarah islam,hati Saidina Umar boleh cair dan berubah menyintai islam bila mendengar dan menghayati isi kandungannya yang dibacakan

oleh adiknya yang lebih dahulu memeluk islam.Anda kenal saidina Umar?dia adalah musuh utama nabi Muhammad,tetapi bila Allah memberikan cahaya dan hidayah

pada hatinya,beliau memeluk islam dan menjadi sahabat nabi,malah menjadi khalifah islam yang kedua selepas Abu bakar untuk memperjuangkan Islam.Kamu cubalah

Surind,moga moga hati anda menjadi tenang dan pintu hati anda terbuka untuk islam!Kebenaran Al-Quran adalah sepanjang zaman.Ilmu al-Quran cukup sempurna

,kerana ia adalah rujukan dan panduan hidup kami umat islam.

Setelah anda mengerti berkaitan islam,menimba ilmu dari Al-Quran,ingin sekali saya mengajak anda untuk mengenali diri dan hati kita pula wahai Surind.Tahukah

kamu hati atau Qalbu atau hati nurani itu adalah rahsia dalam rahsia seorang manusia itu.Alangkah ruginya kamu jika kamu tidak mahu mengenal hati kamu

sendiri wahai Surind.Islam kuat kerana iman dan iman itu terletak dihati kami semua.Ada yang nilai imannya tinggi dan ada imannya bernilai rendah malah

ada orang islam yang sanggup menggadai iman demi sedikit habuan dunia.Allah menilai segala amal perbuatan kita melalui setakat mana keikhlasan dan takwa

kita yang tersembunyi didalam hati kita.Alam Qalbu adalah alam tertinggi yang mengalahkan sistem teknologi terkini dan hukum akal.Percayalah Surind!

Allah sebagai Pencipta sudah menyatakan akan ada orang seperti kamu Surind yang membantah tentang adanya Tuhan dan segala ciptaanNya.seperti Firman Allah

ini ‘Katakanlah: terangkan kepadaku tentang apa yang kamu sembah selain Allah?Perlihatkan kepadaKu,apakah yang telah mereka ciptakan dari bumi ini?Atau

adakah mereka bersekutu dengan Allah dalam penciptaan langit?Bawalah kepadaKu kitab yang sebelum Al-Quran ini atau peninggalan dari pengetahuan(orang-orang

dahulu),jika kamu adalah orang-orang yang benar”…(surahAl-Ahqaaf : 4)

Allah juga telah menceritakan golongan Atheis ini melalui firmannya yang bermaksud “Dan di antara manusia ada orang –orang yang membantah tentang Allah

tanpa ilmu pengetahuan,tanpa petunjuk dan tanpa kitab(wahyu) yang bercahaya”..( surah Al- Hajj:8),firman Allah lagi yang bermaksud “mereka hanya mengetahui

yang lahir sahaja dari kehidupan dunia;sedangkan tentang kehidupan akhirat mereka adalah lalai”..( surah Ar-Ruum:7)

Bersesuaian dengan turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad saw dengan ayat “Iqrak!” yakni “bacalah olehmu: wahai Muhammad”,islam memang menggalakkan

proses pembelajaran dan ilmu,namun ilmu yang amat dituntut oleh Allah ialah ilmu yang boleh membawa kepada pengertian iman dan mengenal Allah.Ia juga adalah

ilmu untuk mengenal kebenaran!.Firman Allah “Dan orang-orang yang diberi ilmu berpendapat bahawa wahyu yang diturunkan kepadamu(wahai Muhammad) dari Tuhanmu

itulah yang benar”..(surah sabaa’ : 6)

Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah itu telah sesat hati mereka dan mereka ini tidak akan mendapat hidayah dari Allah.Dan sesungguhnya orang-orang

mukmin ialah mereka yang beroleh petunjuk. Dan kehidupan mereka diredhai Allah.

Semoga saudara surind sudi memeluk islam dan semoga Allah memberi petunjuk kepada anda sebagaimana firman Allah yang bermaksud “Dan barangsiapa yang beriman

kepada Allah,nescaya Dia akan memberikan petunjuk kepada hatinya.”…(surah At-Taghaabun : 11)

Saudaraku Surind Raj..

Persoalan hati dan iman inilah yang membuatkan jurang perbezaan antara kita makin jauh,keimanan bagi golongan Atheis adalah berdasarkan apa yang boleh dicapai

oleh pancaindera dan diterima oleh akal sedangkan islam amat menekankan soal hati dan bagaimana untuk menjaga dan menghidupkan hati.Dari hatilah timbul

jiwa yang tenang tenteram,damai dan bahagia.Melalui hati barulah kita boleh mengenal Allah(makrifat kepada Allah).Cara untuk meyakini wujud Allah ialah

melalui bukti-bukti(ciptaan-Nya) yang menunjukkan Zat-Nya.Bukti bukti itu perlu dinilai dengan hati dan akal.Dengan akal sahaja ia tidak akan dapat membawa

kita kemana-mana.Hati memerlukan akal supaya mampu menerima pengetahuan tentang bukti-bukti kekuasaanNya.Tanpa berfikir kita sudah tentu tidak akan mengetahui

siapakah pemilik sebenar dari bukti bukti itu.Tanpa ilmu pegetahuan pula maka tidak akan ada makrifat untuk mengimani bukti bukti penciptaan itu.Oleh itu

janganlah kau berpaling dari kebenaran ini wahai Surind,nanti allah akan memalingkan hati kamu dari usaha mencari kebenaran sebagaimana firman Allah bermaksud

“Maka,bila mereka berpaling dari kebenaran,nescaya Allah(pasti) memalingkan hati mereka”…(Ash- shaf : 5 ) dan lagi firman Allah.. “mengapa kamu sampai

menjadi kafir,padahal ayat-ayat Allah telah dibacakan kepadamu”..( Ali-imran :101)

Menurut fahaman guru utama anda…Richard Dawkins…rujuk posting diblog surind : pada hari Isnin,24.11.08 :

Richard Dawkins - "What if you're wrong?" (A video excerpt of Richard Dawkins at a Q & A session after a lecture on the God Delusion at the Randolph-Macon

Woman's College in Lynchburg, Virginia on October 23, 2006).

Menurut Richard dawkins,orang yang percayakan Tuhan dan beragama ialah orang yang ada DELUSION…apa makna delusion itu wahai sahabatku Surind?..delusion

adalah satu komponen major untuk penyakit schizophrenia (sakit jiwa)selain dari HALLUCINATION….Mengikut pengelasan ICD10 dan DSM1V, mental disorder dibahagikan

kepada psikosis dan neurosis.Seseorang yang ada delusion dan hallucination memenuhi ciri ciri psikosis .Psikosis lebih teruk dari neurosis.Jadi secara

mudahnya guru anda menyatakan semua orang beragama ialah orang gila…anda pula menyokong hujah guru anda ini dengan meletakkan sekali video youtube dalam

blog anda.Kenapa anda begitu berani berkata begitu wahai Surind? Siapakah yang gila sebenarnya ?….anda atau kami yang beragama?apakah pula jawapan anda

tentang firman Allah yang bermaksud “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,silih bergantinya siang malam ,terdapat bukti-bukti (tentang kekuasaan

dan wujud Allah) bagi orang-orang yang berakal.yakni orang-orang yang mengingati Allah,baik sambil berdiri dan duduk mahupun dalam keadaan berbaring.Dan

mereka(selalu)berfikir tentang penciptaan langit dan bumi…” ( surah Ali-imran : 190-191 ).Oleh itu apakah sudah penuh wad-wad psikiatri di negara ini dengan

umat islam yang selalu berfikir dan berakal ini sekiranya mereka semua gila menurut andaian kamu???..

Cuba renungi lagi firman Allah ini… “Diantara tanda tanda kekuasaanNya ialah penciptaan langit dan bumi serta perbezaan bahasa dan warna kulit kamu dimana

ia telah menjadi bukti yang nyata tentang kekuasaan Allah bagi orang-orang yang mengetahui.dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu diwaktu

malam dan pada waktu siang hari kamu berusaha mencari sebahagian dari Kurniaan-Nya”..(surah Ar-Ruum : 22-23)

Janganlah pula cepat emosional jika saya katakan orang yang tidak percayakan Tuhan itu sebenarnya orang yang tidak berakal.Orang yang tidak berakal juga

adalah orang yang kurang siuman dan mengikut hukum islam mereka ini tidak disyaratkan untuk menjalani syariat islam kerana syarat utama menjalankan syariat

islam ialah berakal.Golongan Atheis ini sebenarnya yang mengidap delusion,bukan orang yang beragama dan percayakan Tuhan!.mereka mempunyai keyakinan yang

teguh bahawa semua yang terjadi adalah semulajadi dan tidak ada Pencipta.Bagi saya ,golongan ini lebih teruk lagi kerana sekaligus mempunyai ciri-ciri

psikosis dan neurosis juga seperti ‘mania’,iaitu sifat ego ,sombong dan bongkak yang keterlaluan dengan menganggap merekalah yang paling bijak!

Sejarah membuktikan,penemuan hukum sains dengan penetapan Hukum Snellius yang ditunjangi oleh hukum dasar kedua dalam Termodinamik (1580-1626) telah menjadi

penemuan bermakna bagi sains moden,dimana menurut Leconte’ de Nevey,ketua jabatan fizik dan falsafah Universiti Sarbone,Perancis “ia adalah penemuan yang

menakjubkan terhadap terbukanya pemahaman kita kepada benda mati,dengan perhitungan alternatif-alternatif”.pendapat ini disambut baik oleh golongan Atheis

dan ditambah pula dengan kenyataan ahli fizik terkemuka Ludwig Boltzmann(1844-1906),menetapkan bahawa teori tentang tahap-tahap (evolusi) benda mati dan

menerima kembali tahap akhir kepada permulaan yang ditetapkan Hukum Boltzman.

Namun hukum fizik ini disangkal pula oleh ahli fizik terkemuka kemudiannya iaitu Edwar Lozekiel,dengan menerangkan bagaimana alam semesta ini tercipta seperti

katanya “Hukum kedua teori termodinamik iaitu yang berunsur panas atau kalori bertentangan dengan pendapat yang menyatakan bahawa kejadian alam semesta

ini secara azali atau tidak terkawal adalah salah.Sains menetapkan bahawa kejadian alam semesta tidak mungkin secara azali,kerana unsur panas terus menerus

akan menjadi dingin,dan tidak mungkin terjadi kekuatan zat sebaliknya.Maka benda atau alam akan rosak kekuatan energinya dalam waktu yang lama,juga akan

terhenti semua kegiatan pada wujud”.dengan itu penemuan ini menyimpulkan bahawa setiap benda mesti ada permulaan atau dengan kata lain ia mesti diciptakan.oleh

itu kejadian alam menetapkan kewujudan Allah.Allah memang tidak memerlukan permulaan kerana Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir.Tidak mungkin alam semesta

menciptakan dirinya sendiri.Firman Allah bermaksud “Apakah mereka diciptakan dari tiada,ataukah mereka sendiri yang menciptakan?ataukah mereka yang menciptakan

langit dan bumi?” (surah Ath-Thur : 35-26 )

Sebenarnya banyak lagi teori-teori yang boleh diketengahkan dalam membahaskan ilmu tentang kewujudan Allah ini seperti teori gerak elekron dalam atom,yang

dapat saya simpulkan disini bahawa sesuatu yang beredar,bergerak,berputar pasti ada titik permulaan,baik waktu mahupun ruang bermula putaran itu.Penemuan

sains tentang sel dan mitokondria serta DNA dan susunan protein RNA nya amat menakjubkan dan mengajak kita berfikir tentang hebatnya ciptaan Allah ini.Ini

belum lagi kita kupas berkenaan pembohongan Teori Evolusi Darwin dan banyak lagi.Oleh itu sekiranya golongan Atheis masih berdegil dan masih tidak boleh

menerima adanya Allah,maka wajar sekali Allah mengutuk mereka ini dengan firmanNya yang bermaksud. “terkutuklah manusia!Mengapa ia mendustakan(mengkufurkan)

Tuhannya?” ( surah ‘Abasa : 17)…firman Allah lagi bermaksud “Tidakkah manusia melihat? Bahawa kamilah yang menciptakanmu dari setitik mani? tetapi lihatlah!

Ia menjadi pembangkang yang nyata!” ( surah Yaasin :77 )

Saudaraku surind,

Saya tidak menyalahkan anda sepenuhnya atas tulisan atau kritikan saudara.saya juga tidak menyalahkan saudara Mahaguru58 atas laporan polis yang dibuat

keatas anda,mungkin dia mewakili suara umat islam secara umum,maka dia bertindak mengikut cara dia,cuma saya berjuang dengan cara saya yang tersendiri

iaitu ingin mengajak semua insan mengenali islam,hidup dengan cara yang dianjurkan islam dan mengajak anda mengenal diri kita,siapa kita,dari mana kita,apa

tujuan kita diciptakan dan kemana tujuan akhir hidup kita.Saya juga amat menyintai keamanan dan persaudaraan kerana itu saja kunci kebahagiaan hidup kita

dalam sebuah negara majmuk berbilang agama,bangsa dan warna kulit ini.Buat apa kita bermusuhan kerana natijah permusuhan itu amat dasyat dan akan berpanjangan.Dendam

kesumat akan berterusan dari satu generasi ke satu generasi yang akan memusnahkan manusia , dunia dan segala isinya.Bukankah sejarah telah mengajar kita

bahawa perbalahan dan permusuhan pertama manusia antara Habil dan Qabil membawa kepada pembunuhan pertama manusia,ia hanya berpunca dari sifat dengki dan

dendam kerana merebut seorang wanita.Peristiwa ini juga berkisar kepada erti pengorbanan yang ikhlas dijalan Allah.

Bagi saya, saya setuju dengan pendapat anda pada khamis 14.2.08 dalam blog anda yang mengatakan “islam is not for everybody!”,maksud saya islam itu untuk

semua,ia adalah agama yang membawa kebenaran dan sesuai di sepanjang zaman.Sesiapa boleh mengkritik islam tetapi ingat,jangan sampai menghina islam dan

rasul kami.

Sesungguhnya keimanan itu adalah satu perkara yang rumit,hatta orang islam sendiri yang mengaku dirinya cukup sempurna pun kadang kala tersesat atau tergelincir

akidah dalam perjalannya menuju Allah.

Saudaraku Surind,

Saudara seorang "free thinkers".oleh itu jika anda seorang free thinkers maka lebih mudah bagi saya menyeru dan mengajak anda masuk islam dan anda mungkin

lebih mudah menerima islam nanti kerana anda sudah melepaskan diri dari ikatan agama lain berbanding dengan mereka yang ada ikatan agama dan kepercayaan

yang kuat.Tidakkah anda terbaca banyak kisah - kisah golongan atheis yang masuk islam setelah mendapat hidayah dari Allah dan setelah betul betul memahami

islam secara keseluruhannya?.Cubalah anda baca kisah mereka itu,bagaimana mereka mencari Tuhan dan penemuan mereka tentang wujudnya Tuhan.Percaya atau

tidak sebenarnya anda sedang mencari satu agama yang sesuai dengan jiwa anda...percayalah islam adalah paling sesuai untuk anda.islam itu indah ! islam

itu memudahkan kita bukan menyusahkan kita .Islam itu petunjuk bukannya root of evil seperti yang anda sangka!

Sekian dulu coretan dari saya : sangtawal sakranta….ahli BPN.

Surat terbuka kedua akan menyusul nanti menyentuh tentang kritikan anda berkaitan ketuanan melayu,racist,homoseksual,terrorism,sosialis,IFC dan pluralisme

dan lain-lain.!

Terima kasih kerana sudi membaca!!!

Posted by sangtawal at

12/11/2008 01:11:00 PM

Jumaat, Disember 12, 2008

RESOLUSI BPN 12/08 PADA 10 DIS 2008

Rabu, 2008 Disember 10

RESOLUSI BPN 12/08 PADA 10 DIS 2008

1. BPN dengan ini ingin menegaskan bahawa kami tidak akan sesekali membiarkan mana mana blogger menghina mana mana agama dengan sengaja sehingga mencetuskan perasaan kurang senang penganut agama tersebut. Lebih lebih agama kami iaitu Islam.

2. BPN akan sedia berkorban untuk memerangi mereka yang hendak menganggu dan mencemarkan kesucian agama islam lebih lebih lagi sempena dengan raya korban ini.

3. BPN akan menubuhkan biro pemantau blog bagi mengesan salah laku blogger sehingga melanggar undang undang termasuk menghina agama agama yang wujud di Malaysia terutama agama rasmi negara kita iaitu Islam...

4. BPN menubuhkan Biro Pemantau Blog hasil cadangan Cheguman Waadat untuk mengesan dan mengenalpasti blog blog yang tidak beretika serta melanggar undang undang negara dan Blogger Empayar Malaya bersetuju menjadi ketuanya… Ahli lain akan bersama membantu beliau.

5. Resolusi sidang maya harian BPN hendaklah disiar penuh di blog ahli BPN dan kegagalan berbuat demikian akan menjadikan mereka mungkin dibuang dari senarai ahli BPN. Kecuali jika ada alasan yang kukuh.

6. Keahlian BPN akan dihadkan kepada 100 blogger sahaja bagi memantapkan lagi team yang sedia ada setakat ini…Perlanggaran etika sebagai Blogger akan menyebabkan keahlian mereka digantung..

7. Kelab Penyokong BPN akan ditubuhkan bagi blogger tidak aktif menyuarakan sokongan mereka kepada BPN sebagai wadah perpaduan umat Islam bagi melawan musuh di ruang siber ini.

Di sediakan oleh; panglimaperangbcyber

Isnin, Disember 08, 2008

Cerita pewaris.

Ha, tadi, dengaqlah cerita tentang pewaris di siaran Ikim.fm.  Wah baguslah kupasan yang dibuat oleh tetamu undangan.  Tapi tak kenallah siapa.  Yang penulis kenal ialah Tok Ki.  Sebab dia tiap minggu ada.

 

Tetapi, perjuangan Pewaris ini seolah-olah tidak dihargai oleh akhbar Harakah Daily.  Beberapa tuduhan telah dilemparkan ke atas pewaris.  Namun, tuduhan itu telah dijawab satu-persatu oleh tetamu undangan Tok Ki.

 

Bagi penulis, pewaris ditubuhkan tepat pada masanya.  Ia amat perlu sekarang untuk membantu orang melayu yang sememangnya diketahui masih mundur dari segala hal.

 

Yang paling penulis tertarik ialah tentang halal.  Rupanya, ada banyak lagi hotel masih tidak punya sijil status tersebut.  Penulis amat bersetuju dengan pendapat tetamu bahawa kerajaan harus bertegas di dalam soal halal ini.

 

Tidak ada toleransi dalam agama.  Dalam setiap agama pun, kalau agama melarang sesuatu perkara itu, jawapannya, memang tak boleh.  Jangan dibincang lagi mengapa dan kenapa.  Kalau agama kata sesuatu itu haram, haramlah.  Peraturan agama kekal abadi.  Tidak boleh dipertikai.

Ahad, Disember 07, 2008

Sekolah satu sistem? Bagus.

Apabila Dato Mukhris mahathir melontarkan suatu cadangan perlaksanaan sekolah satu sistem, ramai yang marah.  Tak kurang jugak ada yang suruh ambik tindakan terhadap beliau.  Keadaan ini telah diburukkan lagi oleh pembangkang yang telah memutarbelitkan isu ini.

 

Adakah salah cadangan Dato Mukhris itu?  Adakah beliau menyiarankan supaya dihapuskan pendidikan yang lain selain bahasa melayu?  Tidak bukan?  Habis, apakah rasionalnya tindakan harus dikenakan ke atas beliau?  Sepatutnya, tindakan tegas harus dikenakan ke atas mereka yang selalu membangkitkan soal ketuanan dan hak-hak istimewa orang melayu.  Ini adalah kerana, mereka ini dengan sengaja, mencurahkan minyak ke dalam api yang sedang menyala.  Ini tak boleh dibiarkan.

 

Sekarang, penulis ingin bercerita sedikit tentang sekolah satu sistem ni.  Bagi penulis yang bukan melayu, ianya amat bagus.  Dengan cara ini, perhubungan kaum dapat dirapatkan.  Sistem yang ada sekarang, tidak merapatkan perhubungan kaum tetapi sedikit sebanyak, merenggangkan perhubungan antara kaum di negara ini.

 

Dulu penulis bersekolah di SRK St.  Nicholas.  Sebuah sekolah khas bagi orang-orang buta di Pulau Pinang yang kini telah berpindah ke Alma Bukit Mertajam.  Di situ, terdapat pelbagai kaum.  Cina, india, siam dan orang Sabah dan Sarawak.  Dan untuk pengetahuan, kami bertutur dalam bahasa melayu.

 

malah, kami yang cina ni, tak cakap cina.  Cakap bm.  Sampai sekarang, kalau bertemu, mesti cakap bahasa melayu.  Cina tu adalah sikit-sikit.  Tapi, mesti campur bm.  Sampai orang pun naik hairan.  Apa pasai ini cina sama cina tak cakap cina.  Bagi kami, biasa saja.  Tak pelik pun.

 

Dan sekarang, saya memang fasih bercakap dalam bahasa melayu.  malah sampai ada orang yang saya jumpa, tak berani nak kata penulis ni cina.  mereka cuma was-was bahawa, penulis ni sama ada melayu atau cina.  Sebabnya, bahasa melayu lebih elok dari orang melayu.  Sebab itu kekadang, penulis terpaksa memberitahu bahawa, penulis ini, bukan melayu.  Dan, mereka berterus-terang bahawa, jarang menjumpai orang cina di Malaysia yang fasih bercakap bahasa melayu seperti penulis.  Jawapan penulis mudah.  kalau mereka tak reti cakap bahasa melayu dengan fasih, jangan mengaku rakyat Malaysia.  Buat malu saja.

 

Jadi, kalau sekolah satu sistem ini dapat dilaksanakan suatu hari nanti, nescaya, akan rapatlah perhubungan kaum di negara kita ini.  Ini adalah kerana, masing-masing akan saling memahami antara satu sama lain.

 

Penulis di rumah hanya mendengar siaran radio dan tv berbahasa melayu.  Penulis memang tak reti dengar’tengok filem atau pun drama cina sebab penulis sendiri langsung tak faham.  Kecualilah kalau drama atau filem cina itu dialihbahasa ke bahasa melayu.  Penulis takkan berasa malu kerana tidak boleh bertutur bahasa ibunda penulis sendiri iaitu bahasa cina.  Tetapi, penulis akan berasa amat-amat malu jika sekiranya, penulis tidak boleh berbahasa melayu dengan fasih.

 

Penulis amat suka lagu dangdud dan juga lagu-lagu hindi.  Ianya, sungguh mengasyikkan.

 

Jadi, marilah kita sama-sama berdoa moga-moga, sekolah satu sistem akan dapat dilaksanakan suatu hari nanti.

Siapa pembunuh sebenar Bahasa Melayu?

Artikal dari Sinar harian.  Baca dan fahamilah.
 
Siapa pembunuh sebenar Bahasa Melayu?

"Jika kita ingin memahami orang Melayu, kita perlu tinggal di negerinya, bertutur bahasanya, menghormati agamanya, meminati apa yang diminatinya, melayan apa yang disukai dan tidak disukainya, bersimpati dengannya dan menolongnya dalam kesusahan, sama-sama merasai keseronokan dan mungkin juga menanggung kerugiannya. Hanya dengan kepercayaannya inilah kita dapat memahami jiwanya dan pengetahuan seperti ini hanya boleh didapati oleh orang yang diberikan peluang tersebut dan menggunakannya dengan sebaik-baiknya."

Ungkapan ayat di atas bukanlah lahir daripada cendekiawan Melayu, tetapi daripada seorang lelaki asing, Sir Frank A Swettenham, Residen-Jeneral British pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu, dipetik dari bukunya, 'Malay Sketches'. Tulisan Swettenham itu bukan sahaja patut dibaca pemimpin-pemimpin bukan Melayu tetapi patut juga dikaji oleh pemimpin-pemimpin Melayu sendiri. Kita boleh menempelak kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP kerana dangkal mentafsirkan status Bahasa Melayu sebagai bahasa rakyat, tetapi secara tidak sedar bahasa kebangsaan ini telah lama dihumban dan dibunuh oleh golongan-golongan elit yang mengaku pejuang bangsa dan negara.

Menurut satu teori sejarah yang kuat, bahasa Melayu dikatakan berpunca daripada bahasa Austronesia, yakni asal usul bangsa Melayu yang berasal dari daerah Yunnan (bermaksud awan selatan) di China. Kemudiannya, bangsa Melayu yang datang dari Yunnan ini digelar sebagai Melayu Proto setelah berhijrah ke Asia Tenggara ketika zaman batu sehingga terbentuknya masyarakat Melayu Asli di Semenanjung Malaysia, dayak di Sarawak, Batak dan Komering di Sumatera. Kata nama Austronesia itu sendiri membawa maksud 'Kepulauan Selatan', diterjemahkan daripada Bahasa Latin, 'australis' yang bermaksud 'selatan' dan bahasa Yunani, 'nesos' yang bermaksud 'pulau'. Bahasa bangsa Austronesia itu dikatakan tersebar luas ke merata dunia, dari Taiwan dan Hawaii di hujung utara sehinggalah ke Selandia Baru (Aotearoa) di hujung selatan dan dari Madagaskar di hujung barat sehinggalah ke Pulau Paskah (Rapanui) di hujung timur.

Menurut tokoh bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam kategori atau filum bahasa Austris yang diletakkan bersama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China. Bahasa Melayu termasuk di dalam bahasa-bahasa golongan Sumatera bersama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Ahli bahasa kemudiannya membahagikan perkembangan Bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu Bahasa Melayu kuno, Bahasa Melayu klasik dan Bahasa Melayu moden. Kegemilangan Bahasa Melayu mula terserlah bermula abad ke-7 sehingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Hindu-Buddha, Srivijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera sehinggalah ia menjadi bahasa perantara atau lingua franca di gugusan Kepulauan Melayu di Asia Tenggara. Di sini, jelas menunjukkan bahawa Bahasa Melayu bukanlah hak orang Melayu atau Bumiputera semata-mata, tetapi ia merupakan hak bersama semua penghuni tanpa mengira etnik di rantau sebelah sini.

Justeru itu, status Bahasa Melayu di Malaysia sepatutnya dipertahankan dan diangkat oleh semua bangsa yang mengaku dirinya warganegara Malaysia kerana citra bangsa dan nilai ketamadunan tanah airnya.

Keunikan dan gagahnya bangsa Malaysia ini dinilai kepada penghormatan warganya terhadap bahasa tanah tumpah darahnya sendiri. Hujah pihak-pihak tertentu yang cuba mempertikaikan hak Bahasa Melayu dengan alasan ia milik bangsa Melayu sahaja dan cuba menenggelamkan hak bahasa etnik lain adalah tidak dapat diterima sama sekali.

Perlu diingatkan bahawa kewujudan Bahasa Melayu bukanlah kerana mempertahankan hak bangsa Melayu sahaja tetapi kerana faktor sejarah demografi Malaysia itu sendiri di rantau Asia Tenggara ini.

Segala sentimen sempit mendakwa pihak 'itu' mahu mendominasi pihak 'ini' langsung tidak wujud, manakala pemikiran cetek mengatakan ketidakupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu serta penyatuan bangsa adalah pendapat individu yang tidak sedar di mana tempatnya berdiri.

Realitinya, ketika Bahasa Melayu diinjak dan dihumban, ia cuma dibela oleh pejuang-pejuang bahasa kebangsaan, melaung-laung apa yang termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, 'bahasa kebangsaan (Malaysia) ialah bahasa Melayu' yang terdiri di kalangan bangsa Melayu semata-mata. Namun, pembelaan itu pun turut mengundang kesangsian. Apakah mereka pejuang bahasa yang tulen atau sekadar pejuang bermusim?

Ketika Bahasa Melayu dikeji oleh kumpulan berfahaman dangkal, ia pantas dijulang di perhimpunan-perhimpunan. Namun selepas acaranya tamat, ia pantas pula dibuang oleh mereka yang mengaku dirinya pejuang. Menyedihkan, selepas 51 tahun mengecap kemerdekaan kita masih lagi dikastakan dengan bahasa bangsa masing-masing. Melayu dengan bahasa Melayunya, bangsa Cina dengan Mandarinnya dan bangsa India dengan Tamilnya. Toleransi bahasa tidak pernah wujud sedangkan kita tidak pernah menyedari bahawa Bahasa Melayu itu sendiri terbina daripada ribuan istilah pinjaman dan terbitan daripada bahasa Cina, Arab, Portugis, Jepun, India dan Inggeris.

Bagi sesetengah pihak, Bahasa Melayu semakin tidak relevan. Tetapi sekiranya diteliti, Bahasa Melayu sebenarnya sentiasa berkembang mengikut rentak ragam dan resam penuturnya. Walaupun timbul kata nama atau ungkapan yang barangkali kedengaran kasar dan agak lucah, tetapi ia boleh sahaja wujud tiba-tiba dan terbina tanpa disedari. Ia tidak perlu dikekang selagi penuturnya tahu menggunakan Bahasa Melayu itu bersesuaian pada tempatnya. Penutur mana-mana bahasa pun pastinya arif menggunakan bahasa masing-masing dan mereka pastinya dapat membezakan penggunaan bahasa ketika berbual dengan ibu bapa dan rakan-rakan serta ketika di kedai kopi dan juga di dewan Parlimen.

Bahasa Melayu sepatutnya dibiarkan anjal, tidak disekat dan diletakkan ke dalam acuan tertentu. Bahasa Melayu bukannya milik DBP atau kerajaan pemerintah, tetapi milik semua rakyat Malaysia. Semasa kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dahulu, Bahasa Melayu berkembang kerana kekuatan dan keyakinan penutur-penuturnya bereksperimen dan berpencak dalam memperkayakan perbendaharaan bahasa itu sendiri. Ketika itu Bahasa Melayu seakan air, ia mengalir laju tanpa disekat. Bahasa Melayu dipertuturkan dengan penuh yakin, mesra dan tanpa prasangka oleh semua bangsa. Tiada pula sejarah ada menulis bahawa Melaka mengeluarkan Perlembagaan 152 mengatakan bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi milik semua bangsa dan ia menjadi faktor utama penyatuan etnik dan bangsa di rantau ini sehingga berjaya merobah landskap ekonomi, institusi keilmuan dan kepelbagaian ideologi setiap warganya.

Kita tidak perlu pergi sejauh Perancis, Jerman atau pun Jepun untuk membandingkan status bahasa kebangsaan kita. Cukuplah sekadar menjenguk ke negara jiran serantau seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Bahasa Melayu kita di mana? Bahasa ibunda sendiri dikatakan tidak mampu menyerap istilah-istilah sains dan teknologi. Sudahnya, ia dinisankan di tanah airnya sendiri. Apakah pemimpin-pemimpin negara tidak sedar bahawa bahasa merupakan medium utama mengeratkan integrasi kaum? Bahasa Inggeris di Amerika Syarikat dan Britain telah mengangkat kaum kulit hitam di negara itu berbeza daripada kaum Afrika di negara lain. Sementara itu, di Thailand dan Filipina malahan Indonesia, biarpun struktur sosial, ekonomi dan politiknya berkecamuk, tetapi rakyatnya sudah meninggalkan rakyat Malaysia jauh ke belakang dalam hal mengapresiasi bahasa kebangsaan di bumi sendiri. Sebaliknya di Malaysia, isu bahasanya tidak pernah bernoktah. Bahasa Melayu di tanah airnya sendiri bagaikan pendekar tua yang ditujah keris, tombak dan parang oleh warganya dan dibiarkan mati perlahan-lahan.

Oleh :: Mohd Azhan Othman
Sekian terima kasih.
Dari Tai Khai Eong.
Mailling List :  http://groups.google.c om.my/group/komuniti_oku
Blog :  http://www.sedinginsalju.blogs pot.com/
Skype : teddybear510
Windows Live Messenger : toyol_cyber007@hotmail.com
Y ahoo Messenger : puteri_kencana_dewi1@yahoo.c om.my

Khamis, Disember 04, 2008

Ada orang bertanya.

Ada orang bertanya pada penulis, “Awat blog hang dah jadi blog politikkah?”  Maka penulis beritahu, bukan.  Kan dah kata mengisi masa lapang?  Yang banyak politik itu adalah secara kebetulan sahaja bukannya dengan sengaja.

Penulis memikirkan ada sesuatu yang perlu dibantu untuk menyedarkan mereka yang telah buta sejarah dan sanggup menggadaikan maruah bangsa semata-mata kerana politik dan jawatan yang diidam-idamkan.  Penulis merasakan, amat penting untuk membantu para bloggers yang ingin melakukan sesuatu untuk menyedarkan semua pihak.

 

Ada juga yang bertanya kepada penulis, mengapa penulis berbangsa cina tapi bermati-matian membela orang melayu tetapi tidak membela bangsa sendiri?  Bagi penulis, soalan yang dilontarkan ini kerana mereka sendiri buta sejarah dan mereka ingin menipu sejarah serta tidak faham apa yang berlaku.

 

Jawapan penulis mudah.  Sila rujuk sejarah sebelum kemerdekaan malaysia dari awal hinggalah kemerdekaan Malaysia dan bagaimanakah susahnya para pejuang melayu untuk berjuang memerdekakan negara Malaysia.  500 tahun lebih Tanah Melayu dijajah.  Yang menentang penjajah hanya orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.  Sementara yang lain-lain?  Lu fikirlah sendiri.  Adakah mereka juga bermati-matian berjuang dengan pahlawan-pahlawan melayu seperti Dato Bahaman, Mat Kilau, tok janggut dan banyak lagi?  Begitu juga dengan para pejuang di Sabah dan Sarawak.  penulis tidak kenal mereka, cuma yang penulis kenal hanyalah Mat Salleh.

 

Oleh itu, sebelum memperjuangkan sesuatu hal, sila selidik terlebih dahulu sejarah tanahair.  jangan main hantam kromo sahaja.  Memperjuangkan sesuatu itu dengan membuta-tuli, pasti akan mengundang bencana seperti mana yang berlaku sekarang.

 

Bagi penulis, siapa yang paling layak untuk negara ini adalah mereka yang sanggup berkorban selama lebih kurang 500 tahun berjuang untuk membebaskan negara ini daripada penjajah British dan Portugis.  Manakala yang lain-lain termasuklah penulis, bersyukurlah kerana dapat hidup dengan aman, tenteram dan damai di negara ini.

Rabu, Disember 03, 2008

Tiada pilihan selain wujudkan satu sistem pendidikan

Rencana Utusan online.
 
 

Tiada pilihan selain wujudkan satu sistem pendidikan

WALAUPUN sistem pendidikan Malaysia pada hari menuju taraf dunia, namun banyak yang perlu dikaji semula bagi memastikan perpaduan kaum terpelihara.

Sebagaimana dicadangkan oleh Datuk Mukhriz Mahathir supaya hanya satu sistem pendidikan diwujudkan maka sudah tiba masanya kerajaan menamatkan sistem persekolahan yang berbeza sekarang kerana ia menyumbang kepada masalah hubungan kaum di negara ini.

Semuanya bermula di sini. Tidak akan wujud perpaduan di dalam negara sekiranya rakyat dipisah-pisahkan sejak di peringkat sekolah lagi.

Realiti sekarang ialah sistem persekolahan telah menjarakkan jurang perpaduan di kalangan anak-anak mengikut kaum, sehingga menyebabkan mereka terpisah.

Negara kita agak 'unik' kerana mengamalkan aliran sekolah yang berbeza di peringkat asas pendidikan di sebalik sifatnya sebagai negara majmuk, yang sepatutnya menjurus kepada satu aliran sahaja.

Selama ini, bukan tidak disedari kelemahan dan kesan pelaksanaan pelbagai aliran ini terhadap pencapaian sebenar perpaduan tetapi dipendamkan kerana sentimen kaum yang tebal mengenai sistem persekolahan.

Untuk merawat perkembangan yang paling tidak sihat ini, kita memerlukan azam politik yang paling kuat. Langkah yang berani dan hebat perlu dibuat sebelum terlambat.

Kementerian Pelajaran digesa mewujudkan sistem persekolahan satu aliran dalam sistem pendidikan negara bagi meletakkan landasan yang lebih kukuh ke arah menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Kewujudan banyak aliran telah menyebabkan tidak ada acuan khusus yang boleh digunakan untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu.

Oleh itu kita menaruh harapan satu kajian perlu dijalankan untuk mencari satu sistem persekolahan yang menyatukan balik anak-anak Malaysia berbilang kaum di bawah satu bumbung.

Sistem yang ada sekarang semakin memisahkan generasi muda kita. Buktinya, kebanyakan anak Cina ke sekolah jenis kebangsaan Cina dan anak India ke sekolah Tamil.

Pemisahan ini pula ditambah apabila di kalangan Melayu cenderung menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan dan sekolah agama.

Demi masa depan negara, kita semua kena fikirkan kepentingan bersama ini. Janganlah politikkan perkara ini.

Hakikatnya, banyak pengorbanan besar yang perlu dilakukan oleh kaum-kaum di negara ini untuk merealisasikannya.

Pengorbanan paling besar ialah mengikis terus rasa cauvinis. Mungkin berat untuk melakukan pengorbanan ini, tetapi negara ini tidak mempunyai pilihan lain lagi jika kita benar-benar mahu melihat keharmonian yang berpanjangan.

Kita yakin sistem persekolahan satu aliran merupakan cara terbaik untuk memupuk perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Kita mesti mula menggerakkan usaha merealisasikan sistem persekolahan satu aliran sekarang juga.

Kita tidak nampak jalan keluar lain kecuali satu sistem pendidikan.

Idea Razak, Barnes dan Mukhriz: Satu sekolah, satu bangsa

Petikan Utusan Malaysia.
 
 

Idea Razak, Barnes dan Mukhriz: Satu sekolah, satu bangsa

MUKHRIZ Mahathir memberi satu cadangan yang bernas. Beliau mencadangkan supaya diwujudkan sekolah satu sistem - tiada sekolah Melayu, sekolah Cina mahupun sekolah Tamil, tapi menggunakan sistem sekolah kebangsaan Malaysia sepenuhnya.

Katanya, pelaksanaan satu sistem pendidikan kebangsaan adalah jalan terbaik untuk ''menghapuskan polarisasi kaum dan pada masa sama mengukuhkan perpaduan serta merapatkan penyatuan hubungan pelbagai kaum di negara ini''.

Walaupun ia bukanlah satu cadangan baru, namun ia dibangkitkan ketika suasana negara sedang panas ekoran cabaran demi cabaran pihak-pihak tertentu yang cuba mempersoalkan mengenai perkara-perkara sensitif membabitkan perkauman.

Cadangan itu sepatutnya diterima sebulat suara oleh rakyat yang menamakan diri mereka rakyat Malaysia. Di mana-mana negara sekali pun, pendidikan adalah asas pembinaan yang amat penting bagi membentuk satu bangsa yang kukuh.

Oleh itu, sistem pendidikan sesebuah negara harus berlandaskan satu sistem dan bukannya dua mahupun tiga. Di Malaysia kini, kita mempunyai tiga aliran sistem persekolahan yang berbeza yang secara hakikatnya telah melahirkan latar belakang rakyatnya yang terdiri daripada tiga aliran pemikiran dan pendekatan.

Jika ada pihak yang mahu mencabar cadangan ini, minta dikemukakan contoh negara mana di dunia ini yang mengamalkan sistem seperti yang ada di Malaysia ini. Sistem ini mungkin nampak elok, pada masa dulu dan kini, namun dalam kedudukan negara sudah berusia lebih 50 tahun, ia mulai menampakkan kelemahannya.

Generasi demi generasi yang dilahirkan oleh sistem itu mula menampakkan jurang perkauman yang semakin menebal. Sekolah Melayu (sekolah kebangsaan yang kurang diminati kaum Cina, misalnya) melahirkan kaum pemikir yang berteraskan kemelayuan, keislaman dan kekampungannya yang tebal, sekolah Cina melahirkan generasi yang berteraskan kecinaan, kiasu dan kebandarannya yang menebal, manakala sekolah Tamil (yang agak tercicir) melahirkan generasi yang pada hakikatnya tidak begitu cemerlang dan terkebelakang.

Dalam pada itu, wujud pula sekolah-sekolah khususnya di bandar yang melahirkan sekumpulan generasi yang terlalu liberal.

Namun, atas dasar kepungan sekuriti budaya yang menebal dan mungkin juga atas dasar egoistik sosioekonomi, teras tersebut telah dipelihara rapi dan tidak mahu direlaikan oleh mana-mana kaum berkenaan.

Ahli sejarah negara, Profesor Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim ketika memberi reaksi kepada cadangan itu kelmarin berkata: ''Cadangan Mukhriz itu sebagai sangat baik dan menyamai cadangan dalam Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Barnes 1951.

Apa sebenarnya Penyata Razak 1956? Menurut sebuah laman blog Sejarah Pendidikan Negara: Menteri Pelajaran ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak tahun 1956. Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957.

Tujuan Penyata Razak adalah: Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah; Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu; Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan; Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif; Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan; Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , liberal dan progresif, dan; Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan.

Bagi mengukuhkan lagi Penyata Razak itu, satu lagi dokumen penting mengenai konsep sekolah kebangsaan telah diwujudkan oleh sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Laporan Barnes. Ia disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes. Laporan itu disediakan dengan tujuan untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.

Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu: Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar. Pelajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.

Laporan Barnes juga turut mengesyorkan beberapa langkah. Antaranya ialah:

Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.

Kedua-dua laporan itu, sebagaimana yang dinyatakan oleh Prof. Kay Kim telah cukup jelas. Hanya satu sistem diwujudkan untuk kesemua ras yang ada di negara ini. Tujuan Penyata Razak telah menggariskan satu pendekatan yang cukup murni untuk melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu dalam pembentukan negara ini.

Bagaimanapun, oleh kerana wujud kebimbangan di kalangan orang Cina ketika itu terhadap kedudukan bahasa dan budaya kaum itu, satu kajian dilakukan oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersatu bagi Negara China) dan Dr. Wu, mewakili Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang kemudiannya dikenali sebagai Laporan Fenn-Wu (1951).

Laporan Fenn-Wu itu mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952). Antara beberapa syor tersebut ialah:

Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan bahasa Cina dan Tamil dan bahasa kebangsaan juga dibenarkan; Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan, dan; Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.

Maka, sejak itu lahirlah sistem yang ada pada hari ini. Oleh kerana kekuatan sesuatu kaum itu, maha corak fizikal bangunan sekolah juga menggambarkan pencapaian kaum tersebut. Sekolah kebangsaan yang dibangunkan oleh kerajaan terus dengan stail pendidikannya dan begitu jugalah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Kita tidak pasti sampai bila sistem-sistem ini akan terus berkekalan.

Mungkin juga, sebuah suruhanjaya Parlimen perlu dibentuk supaya rakyat Malaysia bersama- sama berganding bahu menggubal sebuah dokumen baru bagi membolehkan cadangan sekolah satu sistem itu, akhirnya menjadi realiti.

Apa makna 'Ketuanan'?

Semoga ini akan memberikan iktibar dan panduan kepada semua.
 
 

Apa makna 'Ketuanan'?

TANGGAPAN pemikiran Timbalan Presiden MCA, Dato Seri Dr. Chua Soi Lek bahawa ketuanan Melayu tidak relevan memang ada benarnya. Malah sokongan Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun terhadap kenyataan ketuanya itu pun ada maknanya. Percaya atau tidak, marah atau tidak, nampaknya ketuanan Melayu memang tidak relevan lagi. Tidak perlulah ditukar konsep ketuanan Melayu kepada konsep keabsahan Melayu atau kepimpinan Melayu, kekuasaan Melayu atau apa sahaja, pokoknya memang makna ketuanan Melayu sudah tidak relevan pun.

Cumanya tak relevan ketuanan Melayu pada pemikiran penulis tidaklah sama dengan pemikiran dua tokoh pimpinan MCA itu. Tidak relevannya ketuanan Melayu pada penulis ialah walaupun orang Melayu adalah 'tuan' di tanah airnya sendiri tetapi bak kata orang tua-tua 'menang sorak kampung tergadai'. Makna ketuanan Melayu sudah hilang relevan bila orang Melayu sendiri termasuk para pemimpinnya mula berperangai seperti Pak Kaduk.

Orang Melayu diakui dalam sejarah negara sebagai penduduk asal tanah air ini. Pada 2010 dijangka orang Melayu akan terus merupakan majoriti di negara ini dengan kadar 67 peratus, berbanding etnik Cina 24.3 peratus dan etnik India 7.4 peratus. Manakala lain-lain etnik akan berada pada tahap 1.3 peratus. Bagaimanapun data ini belum boleh memberikan makna tentang menjadikan ketuanan Melayu sebagai sesuatu yang relevan di kalangan masyarakat Melayu negara ini.

Ideologi

Dari segi politik, pemecahan orang Melayu memang sudah jelas. Atas nama ideologi yang berbeza orang Melayu berpecah kepada tiga kumpulan utama iaitu UMNO, Pas dan PKR. Berdasarkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri-negeri, jelas taburan kuasa politik menunjukkan bahawa negara ini adalah sebuah negara yang mengamalkan perkongsian kuasa yang kadang kala mencabar ketuanan Melayu. Jelasnya, secara politik orang Melayu bukanlah lagi tuan punya secara mutlak di tanah airnya sendiri.

Dari segi sosial, orang Melayu merupakan penyumbang terbesar kepada masalah sosial negara. Tidak benar jika dikatakan oleh kerana orang Melayu adalah penduduk paling ramai maka tentulah pelaku masalah sosial ialah kebanyakannya orang Melayu. Statistik PDRM 2006, menunjukkan orang Melayu masih merupakan kumpulan etnik yang paling ramai menagih dadah di Pulau Pinang walaupun orang Melayu bukanlah kumpulan majoriti di negeri tersebut.

Selain dadah, kes penderaan dalam keluarga, sumbang mahram, keciciran pendidikan serta pelbagai perlakuan delikuensi masih dikuasai oleh generasi muda Melayu. Jika tidak dibanteras segera maka ketuanan Melayu tentunya tidak relevan lagi, bukan sahaja menyediakan pemimpin negara malah sebagai tenaga kerja profesional negara pada masa depan.

Tetapi apa yang paling menarik untuk membicarakan makna ketuanan Melayu adalah dengan melihat daripada perspektif ekonomi. Menjadi 'tuan' bermakna seseorang menguasai sepenuh hartanya. Misalnya, tidak mungkin seseorang menjadi tuan rumah jika rumahnya adalah milik orang lain. Berdasarkan statistik tahun 2004 yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi menunjukkan pendapatan orang Melayu 37.5 peratus lebih rendah daripada orang Cina. Manakala pendapatan orang Melayu adalah 22.4 peratus lebih rendah berbanding orang India.

Ringkasnya, selepas 50 tahun merdeka orang Melayu masih merupakan kumpulan etnik yang berpendapatan paling rendah di kalangan etnik utama negara ini. Pelik bunyinya bila tuan di tanah air sendiri lebih miskin berbanding orang lain. Apakah maknanya ketuanan Melayu jika kuasa ekonomi orang Melayu jauh lebih rendah daripada kaum lain.

Berdasarkan data purata pendapatan bulanan mengikut kumpulan etnik utama pada tahun 2004 oleh Unit Perancang Ekonomi, purata pendapatan bulanan orang Melayu ialah RM2,711, orang Cina RM4,437 dan orang India RM3,456. Jelas sekali orang Melayu secara keseluruhannya masih merupakan kumpulan etnik yang berpendapatan paling rendah di kalangan etnik utama di negara ini. Malah lebih menarik, orang Melayu yang digambarkan sebagai tuan di negara ini merupakan satu-satu etnik yang berada di bawah paras purata pendapatan rakyat Malaysia iaitu RM3,246.

Malah bagi menunjukkan betapa tidak relevannya makna ketuanan Melayu itu, lihatlah data berkaitan pemilikan unit bangunan dan premis komersial berdasarkan kumpulan etnik Melayu dan Cina sebagai perbandingan asas.

Ketinggalan

Tentunya data-data ini menunjukkan kesimpulan bahawa orang Melayu sangat jauh ketinggalan di dalam semua bidang di negara sendiri. Bagaimana kaum lain berjaya menguasai kekayaan negara haruslah dihormati dan diakui. Mereka telah secara bersungguh-sungguh menguasai ilmu dan juga menunjukkan kekentalan mental dan disiplin kerja yang tinggi untuk mencapai kekayaan itu.

Malah terbaru, lihatlah bagaimana beberapa hari lalu Amanah Saham Wawasan (ASW) 2020 yang bernilai 490 juta unit habis dilanggan oleh bukan bumiputera dalam masa 6 jam 10 minit sahaja. Pada 18 Julai 2007 lalu, sejumlah 500 juta unit Amanah Saham Malaysia (ASM) telah dilanggan oleh bukan bumiputera dalam masa hanya 39 minit sahaja. Bayangkan nanti pada 1 Disember 2008 apabila satu bilion unit tambahan ASM akan ditawarkan oleh Permodalan Nasional Bhd. (PNB). Bagi orang Melayu, tidak perlulah menunggu sehingga minggu depan kerana unit ASM yang telah ditawarkan sejak sekian lama pun belum lagi habis dilanggan.

Nampaknya perancangan orang Melayu tidak begitu menjadi jika dibandingkan dengan jumlah tenaga manusia, kuasa politik serta segala macam kemudahan dan modal yang disediakan untuk memajukan mereka. Sebenarnya, sangat jarang berlaku di dalam mana-mana negara di dunia, sebuah negara yang dikuasai oleh etnik majoriti serta menguasai kuasa politik, kumpulan etnik tersebut berada jauh ketinggalan berbanding etnik minoriti seperti mana yang berlaku di Malaysia.

Sesuatu secara besar-besaran untuk membangunkan 'makna ketuanan Melayu' tanpa menyinggung kumpulan etnik lain mestilah dilakukan dengan kadar segera. DEB yang murni wadahnya dan disokong oleh segenap lapisan masyarakat pun masih tidak dapat mencapai sasaran untuk meningkatkan ekonomi Melayu pada paras 30 peratus.

Lebih menyedihkan bila data Unit Perancang Ekonomi pada tahun 2004 menunjukkan kemiskinan orang Melayu adalah 8.3 peratus jauh lebih tinggi daripada orang Cina (0.6 peratus) dan orang India (2.9 peratus). Pimpinan Melayu mesti berani untuk mengakui kelemahan DEB dan bersedia untuk belajar daripada pengalaman DEB dan perbetulkan kelemahan tersebut.

Oleh itu sesuatu yang jauh lebih besar perencanaan berbanding DEB mestilah dibangunkan oleh pimpinan Melayu di negara ini. Lebih daripada itu, orang Melayu khususnya pimpinannya harus meningkatkan integriti dan kredibiliti kemelayuannya. Pimpinan Melayu mestilah boleh menonjol dan menguasai ruang politik pelbagai etnik secara meritokrasi bukan kroni, terbukti cemerlang dan pada masa yang sama mempunyai sikap benci kepada rasuah, politik wang dan budaya mengambil kesempatan atas wang rakyat.

Mereka jua mestilah boleh membuktikan keberkesanan pengurusan yang cekap dan adil. Hasilnya mereka akan berupaya untuk mengubah secara langsung makna ketuanan Melayu untuk diterima oleh bukan sahaja orang Melayu tetapi yang lebih penting oleh kumpulan etnik yang lain. Jika pimpinan Melayu sekarang tidak bertindak meningkatkan integriti dan kredibiliti kemelayuan mereka, pastinya ketuanan Melayu akan tidak relevan lagi.

Punca ketuanan Melayu diperlekeh

Semoga dijadikan panduan buat semua.
 
 

Punca ketuanan Melayu diperlekeh - Surat 1

AMAT menyedihkan membaca beberapa kenyataan pemimpin bukan Melayu di kalangan Barisan Nasional (BN) sendiri yang tidak lagi segan-silu memperkatakan tentang hal-ehwal orang Melayu termasuk yang terbarunya tentang ketuanan Melayu.

Inilah sebenarnya sikap kiasu yang berada dalam kalangan pemimpin terbabit yang selama ini dipendamkan tetapi kini diluahkan dan dijelmakan dengan beraninya.

Kenapa? Kerana mereka melihat Melayu kini khususnya UMNO sudah tidak berdaya. Mereka juga beranggapan jika Melayu UMNO menentang mereka, akan ada Melayu PKR atau Melayu Pas yang datang 'menangguk di air keruh' dan menyokong i populariti antara kaum dan kuasa!

Dalam hal ini, saya lihat jelas wujudnya pertembungan antara sikap kiasu pemimpin Cina ini yang kini sudah tidak mahu dipendamkan; dengan slogan ketuanan Melayu yang agak kerap dilaung-laungkan.

Apakah yang dikatakan sikap kiasu? Perkataan kiasu berasal dari dialek Hokkien yang bermaksud takut kalah. Sikap kiasu yang popular diguna pakai di negara ini dan Singapura dengan itu bermaksud, sikap takut kalah.

Kamus Internet Wikipedia turut memberikan contoh mengenai sikap kiasu ini termasuklah "…accumulating too much food on one's plate during a uffet lunch in case there is no more later."Diterjemahkan bermaksud : "... mengumpul makanan yang banyak ke dal m pinggan sewaktu menghadapi makan tengah hari secara bufet, takut-takut makanan itu kehabisan kemudian".Daripada laman web www.asianjoke.com pula, ada artikel yang memberikan butiran A to Z of Kiasu Philosophy yang ditulis oleh Anonymous.

Dalam banyak contoh itu, saya rasa layak untuk mengatakan betapa sikap di bawah 'J – Jump queue' dan 'Y – Yell if necessary to get what you want' adal tepat berdasarkan banyak pengalaman mengenainya.

Dalam soal jump queue atau potong barisan dan yell atau menyalak; saya lihat ia banyak berlaku di kaunter pejabat pos dan bank. Alasan puak kiasu ini ialah, "saya banyak sibuk', 'banyak kerja lain mau buat'. Macamlah merek sahaja yang sibuk, yang kita ini tidak…Apakah pula maksud ketuanan Melayu? Sudah banyak diperkatakan mengenainya dengan terbaru sepertimana disebut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob ketika menggulung perbahasan Bajet Negeri 2009 di Dewan Undangan Negeri pada Jumaat, 21 November lepas.

"Apabila disebut ketuanan Melayu, bukan bermakna bangsa Melayu itu tua bukan Melayu itu kuli. Tidak. Maksud ketuanan Melayu ialah institusi raja-raja Melayu.

''Itu sebabnya dengan raja dan dengan KDYMM Tuanku Sultan; bila a menghadap, kita sebut Tuan Ku. Tuan Ku. Kerana Tuanku tuan kita. Dan apabila sebut ketuanan Melayu, bukan Melayu itu tuan tetapi Melayu itu dilambangkan oleh raja-raja Melayu," katanya.Daripada segi konotasipun, wujud perbezaan nyata antara sikap kiasu dengan slogan ketuanan Melayu. Jika sikap kiasu itu berkonotasikan negatif – tak kalah; ketuanan Melayu sebenarnya berkonotasikan positif yakni bagi menanamkan keyakinan ke dalam diri orang Melayu mengenai hebatnya Melayu.

Dan yang turut membezakan juga ialah, sikap kiasu diamalkan secara diam-diam sedangkan slogan ketuanan Melayu lebih banyak dilaung-laungkan dan kita amat memahami kenapa, kerana ia sebagai pembakar semangat orang Melayu sendiri untuk terus memperbaiki diri sendiri!

Ini tentu tidak ada apa salahnya apatah pula slogan ketuanan Melayu itu sendiri datangnya daripada wujudnya hak-hak keistimewaan orang Melayu sepertimana termakstub dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri.

Kini, dengan sikap angkuh dan kiasu pemimpin berkenaan, beranilah pula dia mendakwa ketuanan Melayu sudah tidak relevan lagi. Jika begitu, adakah pemimpin ini cuba mengatakan Perlembagaan Persekutuan khususnya peruntukan yang menyebut tentang hak-hak keistimewaan orang Melayu juga tidak penting lagi?

Jadi, apakah yang harus dilakukan kini sementelah sikap kiasu pemimpin sebegini sudah mula berani ditonjolkan secara luarannya hingga sanggup memperikaikan ketuanan Melayu kita?

Di sinilah seharusnya pemimpin-pemimpin UMNO khususnya, duduk dan memikirkan secara serius untuk berusaha memperkukuhkan kembali kedudukan sosio-politik orang Melayu.

Ini termasuklah dalam menghapuskan apa-apa juga hambatan yang terdapat dari dalaman khususnya mengenai gejala politik wang yang terus-menerus tidak memberikan gambaran baik tentang parti dan secara tidak langsung, Melayu kita.

Dengan kita kembali kukuh, bukan sahaja kita dapat mengatakan kepada pemimpin bersikap kiasu ini supaya tidak lagi buat hal; malah kita boleh memberitahu mereka agar mainkan peranan agar masyarakatnya yang terpengaruh dengan sikap kiasu, dididik supaya mengurangkannya.

Kita tidak mahulah menyebut kepada mereka supaya bersedia untuk diasimilasikan ke dalam budaya Melayu kita – perkara yang nampaknya menja pantang sangat kepada sesetengah pemimpin mereka.

Sekadar yang hendak dikatakan ialah, kurangkanlah darjah sikap kiasu itu sementelah pula kiasupun hanyalah istilah yang digembar-gemburkan serta diamalkan di negara ini dan Singapura, tidak pula kedengaran di lain-lain tempat di dunia.

Kalau pemimpin Cina sendiri tidak boleh mainkan peranannya melainkan asyik hendak go with the flow, mengikut arus hingga menuruti sahaja apa yang dikehendaki, kita juga boleh bertanya kepada mereka:

Apa gunanya jadi pemimpin. Tugas pemimpin ialah memimpin. Kalau hendak mengikut kehendak pengikut, janganlah jadi pemimpin sebaliknya jadilah sekadar pengikut sahaja!

YOPE KEY-DARE
Kuantan
Shah Alam

 
 

Punca ketuanan Melayu diperlekeh - Surat 2

SEJAK selesai Pilihan Raya Umum Ke-12 dan seperti mana yang kita ketahui akan keputusannya di mana lima negeri dikuasai pembangkang, kian dilihat setiap hari bagaimana kaum bukan Melayu semakin berani mempertikaikan akan Ketuanan Melayu.

Tidak kira kaum bukan Melayu dari parti pembangkang, begitu juga dengan rakan-rakan UMNO dalam Barisan Nasional (BN). Ibarat menikam kawan dari belakang, inilah yang berlaku dalam senario politik negara.

Penulis tertanya-tanya apabila UMNO diasak bertubi-tubi oleh pihak pembangkang, di manakah rakan-rakan utama UMNO dalam BN? Sepatutnya rakan-rakan utama BN inilah yang akan berdiri teguh di belakang UMNO untuk menangkis segala serangan dari pihak pembangkang. Ini tidak, bukan sokongan seperti yang diharap-harapkan malah UMNO sendiri menerima tekanan dari dalam BN. Seolah-olah UMNO dibelasah dari luar dan dalam. Malah ada rakan-rakan utama UMNO mula bertindak dengan berani mengugut untuk meninggalkan BN jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Di manakah semangat setiakawan dan persefahaman yang telah sekian lama dipupuk sejak merdeka lagi di antara parti komponen BN? Apa lagi yang kaum bukan Melayu mahukan daripada orang Melayu? Tidak cukupkah apa yang mereka telah peroleh dan kecapi setelah keturunan datuk moyang mereka diterima sebagai warganegara tanah air tercinta ini.

Tidak cukupkah lagi dengan penguasaan ekonomi yang mereka dominasi sehingga mampu mengurangkan tahap kemiskinan kaum-kaum mereka jika hendak dibandingkan dengan orang Melayu?

Ingatlah kaum bukan Melayu, orang Melayu juga berhak menikmati hidup yang sempurna di tanah air mereka sendiri.

Orang Melayu tidak mahu hidup merempat di tanah air mereka. Orang Melayu tidak meminta banyak kepada bukan Melayu, cuma diharap mereka menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Adakah orang Melayu meminta kaum bukan Melayu supaya mengabaikan atau memansuhkan bahasa, adat resam dan sekolah-sekolah bukan Melayu? Malah kebanyakan sekolah mereka telah turut dibantu oleh kerajaan.

Jangan cepat lupa sejarah pembentukan Malaysia. Untuk apa kita merayakan hari ulang tahun kemerdekaan pada saban tahun jika semua rakyat Malaysia tidak mahu menghayatilah sejarah pembentukan Tanah Melayu.

Inilah gunanya hari kemerdekaan disambut supaya rakyat dapat menghayati apa ertinya kemerdekaan dan bagaimana untuk terus mempertahankannya.

Pejuang-pejuang Melayu terdahulu sanggup bermandikan darah mempertahan bumi tercinta ini dari terus dijajah untuk menjadikan Malaysia seperti yang ada pada masa ini. Adakah kaum bukan Melayu pernah berterima kasih pada orang Melayu di atas pengorbanan pejuang-pejuang Melayu terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan negara?

Adakah kaum bukan Melayu tahu akan kehadiran Pahlawan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela dan lain-lain pejuang Melayu. Adakah kita pernah mendengar Kapitan Yap Ah Loy atau ceti-ceti sanggup mengangkat senjata berjuang bersama-sama dengan orang Melayu melawan penjajah? Tidak pernah!

Mengapa pejuang-pejuang Melayu sanggup bermandikan darah berjuang melawan penjajah? Kerana apa, kerana niat mereka cuma satu. Tanah air ini adalah tanah Melayu. Bermakna Melayu adalah tuan kepada tanah air bumi tercinta ini. Siapakah akan mempertahankannya kalau bukan orang Melayu itu sendiri.

Sama juga dengan Singapura. Siapakah tuan tanah kepada negara Singapura sekarang walaupun ia sebenarnya pernah menjadi sebahagian daripada Tanah Melayu. Bolehkah orang Melayu Singapura mengatakan mereka adalah tuan kepada tanah Singapura. Tentu tidak boleh kerana sudah bertukar "tuan". P>

Ingatlah yang orang Melayu sudah banyak berkorban untuk bukan Melayu. Orang Melayu tidak meminta banyak daripada bukan Melayu, cuma diharap bukan Melayu menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Seperti titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin baru-baru ini:

Masyarakat imigran yang datang daripada pelbagai budaya dan adat perlu berpegang kepada pepatah 'Dimana bumi berpijak, di situ langit dijunjung . Sama-samalah kita renungkan.

TAMINSARI
Shah Alam

 
 

Punca ketuanan Melayu diperlekeh - Surat 3

MENGHAIRANKAN kenapa ada di kalangan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) masih berani mempersoal dan memperkatakan tentang Ketuanan Melayu? Lepas seorang demi seorang kalangan pemimpin ini begitu berani bersuara, seolah-olah mencabar pula kekuasaan golongan Melayu itu sendiri.

Pemimpin beginilah yang terus bersuara apabila Obama dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat agar kita mengikuti jejak AS. Ingin saya ingatkan kepada semua pemimpin bukan Melayu, supaya menghayati perumpamaan, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Tidak pernah ada di mana-mana dunia terdapat pemimpinnya tidak tahu berbahasa utama negara tersebut. Biar apa pun warna kulit dan keturunan serta budaya mereka, mereka mesti tahu berbahasa utama negara tersebut untuk dipilih menjadi wakil rakyat.

Mengakui diri dan kemerdekaan negara menjangkau 51 tahun, tetapi ada wakil rakyat daripada kalangan bukan Melayu masih terkial-kial untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan memberi hujah. Apakah mereka ini tidak tahu malu. Masih ingin mempersoalkan ketuanan Melayu dan inginkan kesaksamaan.

Kalau Melayu mementingkan Melayu, maka semestinya di dalam Dewan Rakyat yang bahasa perantara dimestikan menggunakan Bahasa Kebangsaan, rasanya ada kalangan Ahli Parlimen yang tidak layak pun untuk menjadi wakil rakyat. Selama 51 tahun hidup di Malaysia, dilahir dan dibesar dan bersekolah di Malaysia, tetapi tidak fasih berbahasa Melayu. Apakah mereka ini layak untuk mempersoalkan ketuanan Melayu?

Kalau bahasa rasmi negara pun tidak fasih, layakkah mereka menjadi wakil rakyat untuk rakyat daripada pelbagai kaum?

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berpendapat jika terus mengungkit sejarah dan fakta negara, berpindah sahaja ke parti pembangkang.

Saya berkata, baik daripada kalangan BN atau pembangkang, jika asyik mempersoalkan hak dan kedaulatan Melayu, carilah jalan yang sesuai.

Kalau ingin dan masih mahu menjadi rakyat Malaysia, junjung langit di mana bumi di pijak.

Kepada pemimpin bukan Melayu, usah membakar api kebencian di kalangan rakyat dari pelbagai kaum di peringkat akar umbi, kerana kami yang bukan dari kalangan orang politik, tidak pernah bergaduh tentang ketuanan Melayu.

Kami hanya mahu mencari rezeki secara aman dan hidup dengan damai. Orang awam tidak pernah mencari populariti macam orang politik. Cuba jadi hero dengan sanggup mengadai keamanan negara.

MEZA
Keramat Permai

Mukhriz tidak akan tarik balik cadangan

Tahniah tok Mukhris.  Jangan berganjak dari cadangan anda.  Ianya amat bernas sekali.
 
 

Mukhriz tidak akan tarik balik cadangan

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan, beliau tidak akan menarik balik kenyataannya berhubung cadangan agar diwujudkan hanya satu sistem pendidikan di negara ini.

''Saya tidak nampak apa yang saya cakap itu salah kerana kita menyentuh soal perpaduan. Adakah tarik balik ini bermaksud kita tidak mahu kepada perpaduan?

''Sedangkan setiap hari saya dengar dalam Dewan Rakyat ini, kita sentiasa bercakap mengenai soal perpaduan, tetapi setakat cakap saja, retorik semata-mata, tetapi tidak mahu melakukan sesuatu, saya ingat ia langsung tidak bermakna," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Mukhriz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tentangan beberapa pihak dan gesaan beliau menarik balik cadangan yang dibuatnya semalam berhubung kewujudan satu sistem pendidikan kebangsaan yang bertujuan menyatupadukan rakyat dan mengatasi masalah polarisasi antara kaum.

Ditanya kenapa sukar bagi kaum bukan Melayu untuk menerima cadangan itu, katanya, beliau sendiri tertanya-tanya sebabnya.

''Pada satu pihak, mereka bercakap mengenai perpaduan, tetapi pada waktu yang sama, kita seolah-olah tidak ada satu keazaman politik untuk membawa perubahan yang positif kerana mungkin ada impak politik yang negatif terhadap diri mereka sendiri," katanya.

Minit Mesyuarat 2 Disember 2008

 

Minit Mesyuarat Meeting BPN pada Selasa bertarikh 2 Disember 2008

  1. Penasihat BPN masih kosong kerana Dr Novandri sangat sibuk di klinik dan juga di dalam bidang politik dan tidak dapat menerima jawatan tersebut.. Walau bagaimanapun beliau tetap dialu alukan memberi pandangan tentang BPN pada masa akan datang.
  2. Shahrezad Blogger Damai Abadi cadang Prof Madya menjadi penasihat dan Speaker mencadangankan bukan orang politik dipilih menjadi Penasihat. Ini bagi mengelakkan sebarang tohmahan BPN adalah pro atau alat kepada mana mana pihak.
  3. BPN juga dicadangkan oleh Azzuhrie Biro Seberang Laut untuk menjemput Dato Noh Omar hadiri sidang maya BPN. Pengerusi mengatakan BPN bersedia menerima sesiapa sahaja yang sudi bersidang dengan ahli BPN tidak kira dari parti mana sekalipun.
  4. Shahrezad http//sedarlahbangsaku1986.blogspot.com  akan menjadi wakil Melaka dan Farid http://pmukmkl0708.blogspot.< WBR>com dilantik sebagai wakil Negeri Sembilan
  5. Farid dilantik sebagai Biro Mahasiswa bagi menarik lebih ramai mahasiswa menyertai gerakan BPN ini…
  6. Speaker meminta sesiapa tak siarkan resolusi untuk berbuat demikian selain mengemaskini list ahli BPN di blog mereka.
  7. Hang Tuah dipilih sebagai wakil Kedah.

Sidang tamat 10.44 malam

Disediakan oleh :

Panglime Perang Cyber

http://penembak-tepat.blogspot.com

Ahli bpn baru hadir sidang  :

http://brokenthecode.blogspot.com

http://sedarlahbangsaku1986.blogspot.com

Selasa, Disember 02, 2008

Laporan Sidang kali ke 6/2008 bertarikh 1 Disember 2008


Hari Isnin 1 Disember 2008



Topik : Isu Gabungan Graduan Melayu Muda dan pendirian Blogger Pembela Negara


RESOLUSI


1 - BLOGGER PEMBELA NEGARA bersetuju dengan tindakan Gerakan Graduan Muda Mahasiswa mengambil tindakan tegas berlandaskan undang undang terhadap pihak yang menentang ketuanan Melayu sebagai tuan asal negara Malaysia. Selagi ia berlandaskan undang undang dan tidak mencemarkan keharmonian negara Malaysia yang didiami oleh pelbagai bangsa


2. Ahli BPN disarankan meletakka logo dan link GGMM sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu Islam ini dari dinodai oleh mana mana pihak


3. BPN akan menjadi badan tidak rasmi bagi mempromosi segala aktivit GGMM dan kerjasama ini akan dijayakan oleh semua ahli ahli di dalam BPN termasuk yang bertaraf pemerhati di blog mereka melalui usul dalam resolusi sidang maya.



Kehadiran ahli sidang  : Lihat imej di atas...


4. Memandangkan Melayu merupakan bangsa yang menitikberatkan budi pekerti dalam berbahasa, BPN memohon agar pihak jawatankuasa tertinggi GGMM mengulas mengenai sebuah blog yang menggunakan nama GGMM di mana ianya telah mencetuskan rasa kurang senang banyak pihak kerana kandungannya yang agak keterlaluan. Sila klik sini ( http://graduanmelayumuda. blogspot.com/ )


5. GGMM perlu membuat penambahbaikkan blog rasmi mereka sejajar dengan reputasi GGMM sebagai wakil graduan yang mempunyai daya intelektual yang tinggi dan Visi dan misi perjuangan GGMM perlu diperjelaskan bagi memantapkan gerakan penuh berani dan bijaksana selari dengan budaya bangsa.


6. Ahli BPN disarankan dan digalakkan menyertai tindakan dan aktiviti yang digerakkan oleh GGMM yang berteraskan dan berpaksikan menjaga nama baik bangsa dan agama di bumi melayu yang bertuah ini...manakalan GGMM pula akan menggalakkan ahli ahlinya membantu BPN di alam siber ini bagi menjadikan agenda menjaga ketuanan agama dan bangsa tetap terpelihara dan berjaya dengan satu suara yang bersepakat dan muafakat.Ia akan menjadikan BPN dan GGMM saling melengkapi antara satu sama lain di dalam menjadikan perjuangan lebih kemas dan fokus kepada arah yang sama walau di alam yang berbeza...



Sekian.



Disediakan oleh,


Panglima Perang Cyber
<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->

http://penembak-tepat.blogsp ot.com

12.01 pagi 2 Disember 2008

Isnin, Disember 01, 2008

Tragedi Mumbai India. Nama islam tercalar lagi.

Pada minggu lepas, satu kejadian yang menggemparkan dunia telah berlaku di Mumbai India di mana lebih kurang 25 orang ahli komando bersenjata dari Mujahidin Islam telah melancarkan serangan di Hotel Tajmahal dan tempat-tempat strategik yang lain.  Diberitakan, lebih 125 orang termasuk seorang warga negara kita telah terkorban dalam serangan tersebut.  Dengan kecekapan pihak berkuasa india, kesemua komando ini telah dapat ditumpaskan.  Ada yang mati dan ada yang ditangkap.

 

Bagi penulis yang bukan islam, penulis merasakan, sekali lagi nama dan imej agama islam tercalar.  Tercalar dek perbuatan umatnya sendiri.  Dan ini sekaligus telah membuka ruang kepada musuh islam untuk melancarkan propaganda tentang keganasan orang islam dan keganasan yang diajarkan oleh agama islam kepada umatnya.  Walau pun ianya tiada langsung dalam islam, tetapi penganut islam seolah-olah memberikan jawapan kepada musuh islam bahawa, agama islam agama keganasan dan pembunuhan.

 

mengapakah mesti melakukan perbuatan yang kejam dan keji ini?  Bukankah agama islam telah menyuruh umatnya berkasih-sayang antara manusia di bumi ini?  Tetapi, mengapakah yang baik itu tidak mahu diikut?  Kenapa tidak mengikut ajaran Muhammad?

 

Adakah Nabi pernah berkasar dengan musuhnya?  Kan ada sebuah kisah di mana seorang yahudi pada tiap pagi nabi keluar, si yahudi itu berbuat macam-macam pada Nabi.  Ini termasuklah membuang najis.  Pada suatu hari seperti biasa nabi keluar.  Tapi, hari itu si yahudi itu sudah tidak kelihatan lagi.  Apabila nabi bertanya sahabat tentang yahudi tersebut, sahabat beritahu, yahudi itu sakit.

 

Nabi pun pergi menziarahi yahudi tersebut.  Apabila pergi menziarah, nabi suap makanan pada yahudi tersebut.  Bila yahudi itu tahu yang datang menziarahnya itu nabi yang selalu dia sakiti itu, terus dia masuk islam.

 

Sebab apa begitu?  Kerana keluhuran hati nabi Muhammad.  Siapa tidak kenal Saidina Umar sebelum beliau masuk islam?  Semua kaki dia ada.  Tetapi, dek kerana kehebatan islam dan Nabi Muhammad, akhirnya, Umar Al-khatab masuk islam dan menjadi seorang peminpin yang amat disegani dan ditakuti.  Sampai syaitan dan iblis pun takut kat dia.

 

Itu cerita dulu.  Tapi sekarang?  Apa dah jadi dengan islam?  Islam hancur.  Hancur dek perbuatan umatnya sendiri.  Musuh-musuh islam hanya melakukan sikit sahaja dan selebihnya umat islam itu sendiri.

 

Cuba kita lihat Palastein.  Mengapa puak Hammas dan Fatah mesti berebut kuasa?  Bukankah islam itu bersaudara?  Ini sekaligus telah memudahkan lagi Israel untuk memusnah dan seterusnya, menakluki Palastein.

 

Cuba lihat pula negara islam.  Adakah semuanya bersatu dan sekata?  Jawapannya tidak. Iraq, Iran, Quait dan lain-lain.  Masing-masing, ada kepentingan dan agenda peribadi.  Mereka dibayangi Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya.  Sebab apa?  kerana pergantungan mereka dari segi keuwangan dan teknologi kelengkapan tentera.  Tanpa disedari, sekali lagi musuh islam tidak payah bersusah-payah untuk memusnahkan islam.  Sebabnya, biar orang islam yang lakukannya sendiri.

 

Lihat pula umat islam.  Segala-galanya mundur.  Dalam semua hal.  Dan tanpa disedari, sekali lagi musuh islam tak payah bersusah-payah untuk memusnahkan umat islam kerana umat islam itu sendiri yang akan melakukannya.

 

Tragedi dahsyat di Mumbai baru-baru ini sekali lagi menggembirakan musuh-musuh islam kerana, mereka tidak payahlah penat-penat buat propaganda untuk memburukkan islam.  Tragedi ini akan dijadikan senjata sepenuhnya dalam agenda mereka.

 

Selagi kemunduran umat islam dalam segala segi tidak diatasi, selagi itulah musuh islam tidak akan takut dan gentar terhadap islam.  Kita kena ingat, segalanya bermula di rumah dan bukannya di luar.

 

Pemikiran sempit terhadap islam oleh orang islam harus dibuang.  Contohnya jihad.  Ramai yang beranggap, jihad itu angkat senjata dan bunuh orang.  Walhal jihad itu luas sekali.  Jihad dalam berniaga, menuntut ilmu, bekerja mencari nafkah untuk keluarga, bercucuk tanam, menolong orang lemah, berniaga dan banyak lagi.

 

Kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana kemunduran dan masalah lain yang melanda umat islam.  Bagi penulis, semuanya bermula di rumah.  Kalau didikan di rumah telah kukuh dan kuat, ribut taufan yang membadai di luar sekali pun, dia tidak akan tumbang.  Datanglah padanya apa-apa kemungkaran atau kemaksiatan, dia tidak sekali-kali akan tergoda dan tunduk.

 

Tapi masalahnya sekarang, kuat dan kukuhkah didikan di rumah itu?  Yang paling parah apabila gejala sosial berlaku, dia tuding jari salahkan pihak lain.  Siaran tv terlampau banyaklah, Astro bukak siaran merepek-repeklah, siar kartun waktu solat dan macam-macam.  Seperti penulis kata, kalau didikan di rumah dan kuat dan kukuh, dai takkan tunduk dengan ini semua.

 

Tuhan kan ada berkata yang dia tidak akan membiarkan umat islam mengaku islam.  Umatnya ni akan diuji keislamannya.  Penulis pernah suruh satu budak beritahu berapa rakaat untuk solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isha.  Dia tak dapat.  Penulis bertanya pada satu orang lagi apa itu 24434?  Tak dapat dijawab walhal nombor tersebut ialah rakaat untuk waktu solat.  Subuh 2, Zuhur dan Asar 4, Maghrib 3 dan Isha 4.  Semuanya 17.

 

Kita amat bersimpati dengan mangsa-mangsa yang tidak berdosa yang telah terbunuh di dalam Tragedi Mumbai baru-baru ini.  Dan selepas ini, apakah lagi kehancuran yang akan dilakukan oleh umat islam yang langsung tidak mengenali islam ini?

Arkit blog